SUDAH beberapa hari berlalu. Aku duduk di halaman belakang rumah milik Azelia.
"Rose" ujar Azelia tiba-tiba muncul
"Hm" jawabku
"Aku dengar kau punya rumah dah siap pasang CCTV siap ada bodyguard lagi. Maksudnya, tak lama lagi kau balik la kan ? Hmm" Ujar Aze bernada sedih
"Ye ke Alhamdulillah. Taknak la tinggal kerja aku lama-lama , akhirnya , boleh jugak bekerja" ujar Rose
"Sunyi la aku nanti" ujar Aze sedih
"Alaa , kenapa? Ryan ada , suami kau ada"
Aze diam. "Kita bukan selalu nak berjumpa. Sebab aku dan Iyana dah ada suami , kita jarang nak berjumpa apatah lagi melepak. Mestila aku rindu" ujar Aze
"Itula , susah jugak kan. Nak buat macam mana" aku turut berduka
Sumpah aku rindu masa dulu. Masing-masing single.
Aku memberi makan ikan-ikan di kolam ikan itu. Besar-besar ikan dia.
Tiba-tiba Ryan muncul. "Mama , Papa panggil Mama dan Auntie rose" ujar Ryan
"Kenapa?" Tanya Aze
Ryan angkat bahu dan meninggalkan kami berdua disitu.
Lah?
Aku dan Azelia masuk ke dalam. Kelihatan Aidan bersama Haqeem berada di ruang tamu , sedang berborak.
"Kenapa panggil" ujar Aze
Aidan menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya menyuruh Aze duduk di situ. Heh.
"Pasal rumah kau. Haqeem dah uruskan" ujar Aidan
"Tapi kenapa? Saya ni asyik menyusahkan awak je" ujarku
Pelik la aku dengan Haqeem ni , buatkan aku terhutang budi. Tak best la camni.
"Takpe , saya tolong takat yang saya mampu" Haqeem tersenyum
"Lengan dah okay?" Tanyaku
Dia angguk senyum..
"Okay , baguslah"
"Rasanya korang berdua ni sesuai lah. Kenapa tak kenal-kenalan ke. Kalau rasa sesuai , kahwin ler", ujar Darwish muncul dari ceruk mana entah
Ada Adam bersamanya
",Itula kan. Sesuai la korang dua , bagai pinang dibelah dua" ujar Aze
"Itula , umur pun da meningkat. Masukla Qeem , sebelum orang lain ambik" ujar Aidan
"Eh , takda-takda. Takda masa nak fikir. Baik aku kemas barang , aku kena balik harini jugak. Kerja aku banyakkk sangattt belum siap , nanti boss aku marah pulak. Minta diri" ujar Rose berjalan laju naik ke bilik di mana dia tidur.
Aku melipat-lipat baju kepunyaanku. Baju Azelia , aku pulangkan semula. Baju aku sedikit sahaja yang Ayesha ambil.
Hmph.
Katil aku kemas dan tukar cadar. Sebelum pulang , aku cuci dahulu cadar katil yang aku pakai. Ye la , kat rumah orang kita kena sopan.
"Tak payah la Rose . Nanti aku buat" ujar Aze
"Ish" aku terus memasukkannya dalam mesin basuh auto .
"Rose" ujar Aze
Aku memandang Azelia. "Aku tengok kan. Haqeem tu macam suka kan kau. Dia ambik berat pasal kau , lebih dari orang lain. Dia sanggup cedera sebab nak kau selamat" ujar Aze
Aku diam. Ya aku tahu semua tu , aku perasan. Haqeem yang aku mula-mula jumpa dulu , tak sama macam Haqeem yang sekarang. Sangat berbeza.
"Kalau dia ada ungkapkan perasaan dia tu , kau cubala bagi dia peluang. Dia baik tau" ujar Azelia
Aku tunduk. "Macam mana , hati aku masih tertutup. Belum ada siapa-siapa boleh buka" ujar ku
°°°
HAQEEM yang ingin ke tandas itu mendengar perbualan antara Azelia dan Rose secara tidak sengaja. Dia cuba tidak ambil tahu , namun setelah mendengar namanya disebut , dia ingin mendengar lebih lagi.
"Macam mana , hati aku masih tertutup. Belum ada siapa-siapa boleh buka" itu yang dia dengar
"Semoga Allah membuka hati awak untuk terima saya Rose" ujar Haqeem di dalam hati
Dia memegang dadanya. "Aku betul-betul jatuh suka dekat kau Rose"
Dia cuba menepis perasaan pelik itu , namun semakin kuat rasanya.
Macam mana kalau hati milik Rose dah berpenghuni? Dan bukan aku orangnya. Tak apalah , kalau bukan jodoh nak buat macam mana. Redha dengan ketentuan maha esa.
Aku pun tidak mahu memaksa orang untuk menyukai ku semula. Aku bukan jenis yang 'tak boleh kena reject' tapi aku takut risiko 'kena reject'.
Aku faham.
Tak semua orang yang kita mahu , akan kita dapat. Kadang-kadang , maut lebih dahulu merampas nya dari kita. Sakit bukan? Ya , itula realiti.
Aku berjalan menuju ruang tamu dan minta untuk balik. Tak apalah , asalkan aku dah pernah buat sesuatu yang aku tak pernah buat lagi kat orang lain. 'Care'
Aku harap kau bahagia Rose. Aku ingin mengambil langkah pertama namun aku belum kuat. Belum kuat untuk memulakan segalanya.
Bagaimana kalau aku memberitahu aku menginginkannya , kemudian dia menghindar dariku.
Bagaimana?
Rose Yazeeda , kau benar-benar membuat aku buntu memikir cara untuk membuat kau halal untukku.
°°°
AKU memeluk erat tubuh Azelia.
"Aku pergi dulu tau. Jumpa lagi"ujarku
"Terima kasih dah tumpangkan" ujar ku kepada Aidan
"Rm2500×5 total kau duduk sini" ujar Aidan
"Ceh , tak ikhlas!" Ujar Rose
Aidan tersengih .
"Bye Ryan" aku mencubit pipi Ryan perlahan.
"Nah" Ryan menghulur coklat kepadaku
"Wow , baiknya Ryan. Thank you!"
"Bukan Ryan bagi , Uncle Qeem yang suruh" ujar Ryan
Ha? Haqeem? Eh mana dia eh , bukan dia ada ke tadi.
"Oh , Haqeem rush balik tadi. Ada hal kot" ujar Aidan
Aku angguk-angguk.
Kereta milik Ayesha aku pandu. Dia sudah ke kedai bunga miliknya pagi tadi , dihantar oleh Karl. Kereta dia aku guna untuk balik.
Bijak kan? Ni semua idea aku. Geniuse
TBC~
YOU ARE READING
ROSE'S©
RomanceThird book from 'AZELIA's' ---------------------------------- "Saya dah kata , saya taknak letak kolam ikan dekat sini. Letak dekat sudut kiri. Pokok bunga susun sekeliling taman" - HAQEEM ARYAN "kalau encik hebat sangat , design la sendiri. Ni masu...