BAB 10

773 37 2
                                    

"Ha Rayyan kenapa nak jumpa kitorang ni?" Tanya Azim yang baru sahaja sampai di situ. Begitu juga dengan Qhairil yang sedang duduk dihadapan Rayyan.

Sebelum sampai di restoran mereka berada di rumah masing masing. Rayyan menelefon mereka dan mengajak untuk lepak di sebuah restoran. Mereka pun ikut sahajalah. Bukan selalu lepak bersama. Masing masing busy.

"Hm tak ada apalah saja ajak lepak" Jawab Rayyan tersenyum nipis. Senyuman yang jelas kelihatan palsu. Dia hanya senyum tidak mahu kawannya perasan akan perubahannya itu.

"Tipulah kau. Muka macam baru nangis je aku tengok" Azim perasan mata dan hidung Rayyan yang merah seperti baru lepas menangis.

"Entah kau. Nak tipu kitorang pun tak beragak" Sambung Qhairil. Ada pula kata tiada apa yang berlaku. Dia tahu ada sesuatu berlaku.

Mereka bertiga sudah berkawan lama. Jadi mustahil untuk mereka tidak nampak perubahan pada Rayyan. Tidak seceria seperti beberapa hari yang lepas semasa mereka berjumpa dengan lelaki itu.

Tangan Qhairil pantas sahaja mencapai air minuman Rayyan. Air member tak apa kan. Dia pun dalam keadaan haus sekarang ini.

"Eh kau ni air akulah! Pergilah order sendiri" Geram Rayyan dengan perangai Qhairil. Suka hati dia je minum air aku.

"Alah aku minum sikit jelah" Qhairil menyambung menyedut air kawannya lagi. Dia punya sedut macam itu air dia sahaja.

"Your head brainlah sikit! Separuh dah ni bangang!" Rayyan menjelingkan matanya.

"Dah dah cukup! Aku datang ni bukan nak tengok korang bergaduh" Kata Azim. Bingit telinganya mendengar pertelingkahan mereka yang tidak semenggah itu. Itu pun nak gaduh ke?

"Kau ni Rayyan. Cuba beritahu aku mesti ada something happenedkan?" Tanya Azim. Antara mereka bertiga Azim lah yang paling prihatin. Perwatakan seperti bapa bapa sahaja.

"Sebenarnya.." Tidak sempat Rayyan menghabiskan percakapannya terus air matanya menitik. Dia menekup mukanya.

Dia pun tidak sangka laju sahaja air matanya turun ke pipi. Cengeng pula rasanya.

"Eh kau apa pasal ni. Belum habis cakap lagi dah nangis" Gelabah Qhairil. Dia bukannya reti pujuk.

Ha sudah. Ini bukan perkara biasa. Rayyan selalu jenis happy go lucky dan jarang sekali meluah.

"Kau kenapa ni Yan? Cuba beritahu kitorang. Siapa yang buat kau menangis ni?" Azim melembutkan percakapannya.

"Macam ni.. Korang tahukan aku dah jatuh cinta" Dia memandang ke arah Azim dan Qhairil. Air matanya masih mengalir. Mereka hanya mengangguk.

"Then?" Tanya Qhairil. Tidak tahulah mahu ketawa ataupun kesian melihat wajah Rayyan sebegitu rupa. Mungkin terlihat comel pada pandangan wanita tapi bukan pada mereka. Buruk benar rupanya.

"Lepastu aku tahu dia dah bersuami. Suami dia tu-" Rayyan teresak lagi. Ramai orang yang melihat mereka pun dia tidak peduli. Dia patah hati sekarang. Dia sedih. Sedih sangat.

"Suami.. So dia dah kahwinlah?" Tanya Qhairil. Rayyan mengangguk perlahan.

"Tapi macam mana kau tahu dia dah kahwin?" Tanya Azim dengan nada hairan. Bagaimana Rayyan tahu dia sudah berkahwin? Tersempak di mana manakah?

"Ini yang aku nak beritahu korang ni. Aku pendam benda ni hm. So now aku nak beritahu dekat korang" Rayyan mengesat air matanya.

"Dia kahwin dengan abang aku.. Korang ada tengokkan pengantin perempuan haritu? Ha itulah orangnya" Terbeliak terus mata mereka berdua. Patutlah Rayyan kurang bercakap pada hari itu. Rupanya ini sebabnya.

MY LOVE [IN EDITING]Where stories live. Discover now