0 3 - R O S E S

402 33 1
                                    

PAKK!!

Permukaan meja dihentak kuat. "Aku dah cakap kan awasi mereka? Korang buat kerja ke tak ni?" Amuk Tuan Rahzan kepada anak - anak buahnya yang sedang berdiri tegak menahan ketakutan.

"Tuan Rahz, saya dimaklumkan oleh Raikarl yang mereka berdua sedang merancang sesuatu untuk culik anak dan isteri Tuan. Apa tindakan Tuan sekarang?" Ujar anak buahnya iaitu Shahrin.

"Takpe, kita follow the flow dan lihat saja permainan diorang berdua... Kalini jangan pernah lepaskan mereka berdua, kalau mereka hilang dari pandangan mata korang, korang semua aku bunuh!! Faham?"

Mereka semua mengangguk kepala tanda faham.

Setelah bertahun - tahun dia menyembunyikan diri dari pandangan semua orang kini dia perlahan - lahan menunjukkan dirinya.

Kisah 10 tahun lepas masih tersemat dalam ingatannya.

"Kau ingat kau boleh hidup bahagia ke? Aku takkan benarkan kau hidup malah aku akan hancurkan hidup keluarga kau!!" Ujar seseorang wanita dengan nada psikonya terhadap lelaki yang sudah pun nyawa - nyawa ikan.

Ditikam bertubi - tubi, ditembak, dipukul dan diterajang bagai nak gila oleh wanita psiko itu. Nyawanya kini bagai dihujung tanduk sekarang dan dia tahu hidupnya bakal tamat selepas ini.

"Aku takkan mengalah Maria!! Mati hidup balik pun kau tunggulah apa yang aku akan buat lepasni..." Balasnya perlahan tapi cukup menunjukkan sifat dendamnya mula keluar.

"hahaha!!! Kau nak buat apa Rahzan? Kau nak bunuh aku juga ke? Tapi hakikatnya kau dah terlambat untuk semua itu!!! Kau pengecut, lembik dan lemah. Upss..." Rahzan memandang Maria tajam meskipun matanya kian tertutup.

Maria menunjal kepala Rahzan kuat. "Kau dengar sini Rahzan, aku akan rampas segala apa yang kau ada termasuk kebahagiaan keluarga kau... Harta itu yang pertama aku akan ambil dan isteri kau akan merana seumur hidup tanpa kau sekarang!!!"

Dia ketawa dengan penuh psiko. Pisau yang berada di tangannya dipusing - pusingkan. "Untuk pengetahuan kau Rahzan, dulu aku nakkan kau, kau tolak aku. Sekarang ni padanlah dengan muka kau dah terima balasan sebab kau tolak cinta aku!!"

Mata lelaki itu sudah tertutup dengan rapat. Maria terus beredar dari situ dan tanpa dia sedar ada kanak - kanak perempuan sedang melihat aksi ganas tersebut.

Dia terdiam dan terpaku apa yang dilihatnya.

"Kau silap bermain api, Maria... Tunggulah nasib kau." Gumamnya perlahan.

                    ALIA yang duduk di kerusi laman rumahnya hanya termenung terfikirkan sesuatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    ALIA yang duduk di kerusi laman rumahnya hanya termenung terfikirkan sesuatu. Apa yang dia perlu buat sekarang ini? Dia seperti tidak punya hala tuju. Mana mungkin dia mampu nak memberontak, dia tak nak menyusahkan mamanya lagi. Tapi kemungkinan juga, Azlia pasti lupakan dia sebagai anak selepas sahaja dia menjumpai anak - anaknya lama hilang.

Hatinya rasa sakit yang amat. Dia tak mampu nak menahan apabila terlalu banyak dugaan yang perlu dia hadap kini.

Salah diakah terlahir ke dunia yang penuh kekejaman ini? Apa perlu dia pergi je sekarang dari semua masalah yang datang padanya? Kalau dia pergi, bagaimana dengan mamanya? Tapi, dia sendiri tak mahu berada di sini dan kesakitan yang dia rasa masih terkesan hingga sekarang.

'Cukuplah dengan apa yang kau dah uji ni Ya Allah... Aku tak kuat dah ni!!' Alia cuba ingin melepaskan rasa yang lama terpendam. Tapi suaranya tak terkeluar.

Alia tidak boleh duduk disitu dengan lama. Dia takut mamanya lihat dia seperti tidak betul dan tak nak disoal oleh Azlia.

Dia beredar masuk ke dalam rumah dan terus mengurungkan diri ke dalam biliknya.
                
Tanpa dia sedari, ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh.

"Apa yang kau dah buat dengan anak kau, Azlia? Dia sakit sebab kau dan bapa dia sendiri. Dia hanya budak yang perlukan kebahagiaan. Alia tak patut rasa semua kesakitan ini." Ujar seseorang itu pada dirinya sendiri.



Done update chapter 3. Ringkas je chap harini, i hope you guys will enjoyed.

Alia Rose : Secret To Be RevealedWhere stories live. Discover now