1 2 - R O S E S

223 26 0
                                    

                              "AKU tak benci dia King

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                              "AKU tak benci dia King..." Kata seseorang yang berada di dalam talian. 

"Kalau kau tak bencikan dia, kenapa kau pilih untuk hancurkannya." Bidas King. Dia sebal dengan Rahzan yang bertindak bagai tiada otak. 

"Apa yang bini kau fikir masa dia cakap perkara tu dekat Alia? Dia tak fikir ke Alia akan ingat setiap butir bicara yang menyakitkan tu?" Balasnya lagi. 

Rahzan terpaksa mematikan talian serta - merta. "Rahz?" Panggil King namun talian dimatikan. 

"Shit!!" Makinya perlahan.

"Bodoh kau Rahz!! Kau hanya fikirkan diri sendiri je tapi tak pernah fikir perasaan anak perempuan kau..." Gumamnya. 

Dia buntu. Apa yang dia patut lakukan sekarang demi Alia? Bawa gadis itu jauh dari sini? Memang itu yang dia fikirkan sekarang malah sekarang juga dia ingin pergi tapi memikirkan mereka yang ingin menjaga Alia terpaksa ditahan niatnya. 

"Aku dah pernah cakap dengan kau kan yang kata - kata Rahz memang tak boleh dipakai sejak dulu lagi." Ujar Tuanku. 

"Tapi dulu dia bukan macam sekarang. Apa yang membuatkan dia berubah sampai macam ni sekali, aku pun tak tahu. Tergamak dia sakitkan anak perempuan dia sendiri, biarkan Alia keseorangan, halau Alia keluar dari rumah dan sikit pun tak jaga perasaan budak tu..." Luahnya. 

"Dia budak lagi... Tak kesian ke dekat dia? Mana pergi sifat empati dia orang sebagai keluarga pada gadis sekecil itu? Sejahat - jahat aku pun tak pernah terfikir untuk jahanamkan dan rosakkan Alia tapi ini keluarga sendiri?" Sambungnya lagi dengan riak yang tidak puas hati. 

"Dia berubah kerana Maria puncanya." Kata - katanya membuatkan King memandang dia tanpa beralih.

MALAM ITU.

Alia duduk di atas rooftop hospital sambil melihat pemandangan langit gelap dan bintang - bintang diatas langit itu. Jiwanya kini mulai mati secara perlahan - lahan dan menanamkan rasa dendam pada keluarganya termasuk Maria perempuan sihir itu. 

"Korang yang jadikan aku seperti ini, jadi jangan salahkan aku kalau aku terpaksa kotorkan tangan aku dengan darah semata kerana korang semua..." Gumamnya perlahan. 

"Lia?" Dia dengar apa yang baru sahaja Alia katakan sebentar tadi. Alia mulai menyimpan dendam, gadis sebaik Alia sudah mulai mengeluarkan sisi gelapnya. 

"Aku ada, Alia." Pujuk Jeb.

Dia menghampiri gadis itu dan duduk bersebelahan dengannya. Dia memandang Alia yang masih tak lepas pandang kearah langit malam itu. "Aku sayangkan kau." Alia menoleh kearah Jeb.

"Apa maksud awak?" Soalnya yang nampak bingung dengan ujaran Jeb.

Jeb menggelengkan kepalanya. "Takde apalah, kau tak perlu banyak berfikir sangat Lia... Nanti kau makin sakit."

"Jeb pernah rasa ke apa yang Alia rasa?" Soalnya ingin tahu kisah hidup tentang Jeb.

Dia hanya tahu nama lelaki itu Jeb tapi bukan nama penuhnya. Kisah hidup lelaki itu pun tak pernah dia cerita kepadanya malah King pun tak tahu apa - apa tentang Jeb kecuali dari mana ia datang.

Menjadi anak buah King banyak cabarannya. Namun, pada awalnya dia hanya hidup semata inginkan duit tetapi niatnya berubah apabila berjumpa dengan Alia.

"Kau nak tahu tentang aku?" Soalnya semula pada Alia.

"Saya nak tahu apa yang jadi pada awak Jeb? Mana keluarga awak? Ibu atau ayah?"

"Aku takde mak ayah. Diorang buang aku sejak aku lahir lagi, aku sendiri tak faham kenapa ada juga mak bapa yang memang tak nakkan anak." Balasnya.

"Aku dapat tahu sesuatu tentang keluarga aku bermula dari umur aku 17 tahun masih muda dan remaja lagi. Aku tak sangka yang bapa sendiri sanggup buang aku hanya sebab aku tak layak nak warisi harta keluarga dia." Luahnya dengan mata yang tepat memandang wajah Alia.

"Aku ada empat orang lagi adik beradik tapi dia orang semua beruntung. Bapa dia orang tak buang mereka, tapi kenapa aku yang kena? Apa sebabnya? Aku sendiri pun tak tahu. Mak aku, lebih memilih anak dia yang lain berbanding aku. Kenapa dia tak cari aku? Aku tak layak juga ke nak hidup bahagia? Sakit yang aku tanggung sejak dulu lagi buatkan aku tersiksa makin hari." Dia mengepal tangannya kuat.

Marah? Tak guna dia nak marah walau macam mana sekalipun sedangkan keluarga dia tak berniat langsung nak cari dia. Dendam, ya memang dia ada tanam rasa dendam itu pada keluarga sendiri.

Tapi, dia tak akan gunakan orang lain untuk lepaskan rasa amarahnya.

"Hidup kita sama je kan sebenarnya?" Soal Alia.

Jeb angguk. "Memang sama pun Lia, kalaulah kau tahu siapa aku mesti kau akan rasa kecewa dengan sosok yang dinamakan keluarga..." Ujarnya.
















done updated chapter 12.
vote banyak - banyak tau korang...

Alia Rose : Secret To Be RevealedWhere stories live. Discover now