0 9 - R O S E S

202 24 0
                                    

                                       ALIA termenung sahaja selepas pergaduhan yang berlaku beberapa hari yang lepas antara dia dan keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALIA termenung sahaja selepas pergaduhan yang berlaku beberapa hari yang lepas antara dia dan keluarganya. 'Begini ye nasib hidup aku sekarang?' Gumamnya dalam hati.

"Kalau kakak rasa dah kecewa sangat dengan mama, just go!" Teriaknya pada Alia.

Alia terkaku seketika. Begitu saja ke mamanya sendiri minta untuk dia pergi? Dia meluahkan segala rasa yang dia pendam terhadap keluarganya dan meminta untuk mereka memahami, tapi ini yang dia dapat?

Oh sakitnya dia rasa sekarang hingga tak mampu nak berdiri.

"Heh, kakak kecewa dengan mama sebab lebih memilih orang lain berbanding anak perempuan sendiri." Alia terus memasuki biliknya dan mengemas barang - barangnya.

Dia tekad untuk keluar dari rumah ini dan pergi sejauh yang dia mampu. Tapi, tiada siapa yang kisahkannya kini dan tiada yang menghalangnya.

Dia keluar dari biliknya sambil menarik beg bagasinya. "Kakak minta maaf sebab tak mampu jadi anak yang baik dan mampu mendengar kata..."

Dia lantas keluar dari rumah dan berjalan tanpa tahu arah ingin kemana.

"Alia?" Panggil Afrina. Dia risaukan sahabatnya yang asyik termenung sejak dari dia bertemu dengan Alia beberapa hari yang lepas.

Alia memandang Afrina, sahabatnya. "Kenapa?" Soalnya.

"Aku sentiasa ada disisi kau Lia... Aku tak nak tengok kau macam ni menangis, termenung je..." Pujuk Afrina. Dia sebak melihat keadaan Alia tidak terurus sejak kebelakangan ini.

Alia tersenyum hambar.

"Aku okay je, kau je yang nampak aku macam tak okay." Balas Alia tidak mahu Afrina berterusan risau akannya.

"Walaupun seteruk apa kehidupan kau, aku sebagai sahabat akan sentiasa menjadi pendengar masalah kau Lia. Jangan anggap tiada yang sayangkan kau, sedangkan aku sahabat kau sayang sangat dengan kau..."

Alia memandang Afrina. "Aku sakit sangat Rina... Kenapa hidup aku macam ni? Apa salah aku? Aku ke yang terlalu ego?" Soalnya bertubi - tubi terhadap Afrina.

Dia perlukan jawapan. Samaada dia yang memang bersalah atau sebaliknya.

"Kau tak salah apapun, Lia. Kau dah buat perkara yang betul, cuma kesalahan mereka sebab tak berterus - terang. Itu je..." Afrina mengusap pipi Alia.

Dia hancur.

"Semua orang takkan terlepas dari buat kesilapan. Termasuk kau." Nasihatnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Alia Rose : Secret To Be RevealedWhere stories live. Discover now