0 8 - R O S E S

211 19 1
                                    

KEESOKAN HARINYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEESOKAN HARINYA

ALIA melihat papa dan mamanya sedang bermesra di dapur sambil dia menikmati makanan diatas meja dapur. Kini, Alia rasa agak janggal dengan situasi itu.

'Apa aku nak buat sekarang?' Soal hatinya.

"Papa ni!! Kan ada kakak kat situ, agak - agaklah nak sweet - sweet pun..." Marah Azlia pada suaminya.

Rahzan ketawa. "Biarlah, dah tua sekalipun anak ramai manapun kasih sayang papa takkan pernah pudar. Kan?" Ujar Rahzan dengan nada mengusik.

"Mana papa pergi selama ni? Kenapa biarkan kakak dengan mama sendiri?" Soal Alia secara tiba - tiba. Dia bingung dengan keadaan sekarang apabila bapanya muncul secara mengejut.

Terhenti adegan mesra antara Rahzan dan Azlia selepas mendengar soalan Alia. Lantas, dia menoleh kearah Alia yang sedang berada di meja makan itu. "Maaf... Papa tak boleh bagitahu sekarang."

Alia mendengus. "Itu bukan apa yang kakak nak dengarlah!!! I need your explaination now papa..." Dia geram.

"Kenapa susah sangat papa nak bagitahu benda sebenar? Ke mama pun tahu punca kenapa papa pergi? Jawablah!!" Bentaknya terhadap ibu bapanya yang hanya memandang kearahnya.

Alia merasa sebal. "Tolonglah bagitahu apa sebenarnya yang dah jadi? Kakak mohon sangat mama, papa..." Rayunya. Hatinya kini rasa sakit yang amat dan terlalu perit.

"Masih tak nak berterus terang?" Alia memandang wajah Rahzan dan Azlia penuh harapan.

"Fine!!" Alia tak betah lama di dalam rumah, dia melangkahkan kakinya keluar dari rumah tersebut.

Selepas kelibat gadis itu mulai hilang dari pandangan mereka, Azlia menuju kearah suaminya. "Maafkan Az... Az tak mampu untuk buat Alia faham keadaan kita sekeluarga." Ujar Azlia sambil mengusap bahu suaminya lembut.

Rahzan memandang Azlia dengan wajah kesal. Kesal dengan diri sendiri yang sudah pun kecewakan hati satu - satunya anak perempuan yang dia ada. "Mama tak salah pun, tapi papa yang bersalah dalam hal ni... Papa yang sepatutnya bertanggungjawab dengan semua kesalahan yang papa dah buat pada keluarga kita." Ujarnya dengan nada kecewa.

Azlia menggelengkan kepalanya. "Papa tak salah..."

"Papa nak masuk bilik, papa nak rehat..." Pintanya lalu meninggalkan Azlia keseorangan di dapur.

Azlia yang melihat suaminya berlalu pergi terus berjurai air matanya turun. 'Ya Allah, kuatkan hatiku ini... Aku tak mampu hadapi dugaan ini seorang, bantulah aku Tuhan.'

Hati wanita ini seakan mahu teriak sekuat - kuatnya. Dia kecewa, sedih dan hancur melihat keluarganya berantakan seperti ini.

***

'Maafkan kakak sebab tak mampu untuk memaafkan. Hati ini masih belum redha sepenuhnya...' Kata hatinya.

Dia tahu yang mama dan papanya tak bersalah pun dan bukan ini yang mereka pinta. Tetapi, dirinya yang terlalu ego untuk menerima kenyataan. Dia yang salah, dia yang jahat, dia yang ego dan dia juga punca. Kalau bukan kerananya, mungkin keluarga dia hidup bahagia tanpa ada gangguan orang yang menghancurkan hidupnya.

Alia Rose : Secret To Be RevealedWhere stories live. Discover now