0 5 - R O S E S

382 33 1
                                    

DUA MINGGU LEPAS.

                       "KAU ni kesian betul lah Raysha... Aku tak ganggu hidup kau pun why nak ganggu hidup aku? Aku heran betul dengan kau ni kadang - kadang, suka cakap putar belit dan suka play victim. Tak penat ke?" Ujar Alia tenang tapi hatinya cukup berdebar berhadapan dengan gadis psiko itu.

Raysha berdecit.

"Aku ni memang tak suka kau Alia, aku benci kau sampai muka kau pun aku tak nak tengok. Aku ganggu kau supaya kau akan mati kat tangan aku macam dulu. Tapi malangnya, nyawa kau ni boleh tahan liat ye nak mati?" Jawabnya psiko.

Alia hanya memandang Raysha tanpa sikit pun matanya berkelip. "Tak apalah, kau teruskan dengan apa yang kau buat sekarang ni Raysha. One day, kau pasti jatuh dan tersungkur. Ingat, kifarah tu ada."

Lantas dia beredar dari situ. "Woii!! Kau jangan jadi pengecut lah, aku tak habis cakap dengan kau lagi Alia!!" Jerkah Raysha apabila Alia terus pergi tanpa sempat dia berkata apa - apa.

Alia senyum sinis. "Untuk apa aku nak lawan mulut dengan orang yang memang tak faham bahasa. Dah cakap jangan ganggu aku, kau buat lagi. Tak apa, bumi ini berputar. Setiap perbuatan yang kau buat pada aku, akan ada pembalasan di hari kelak nanti." Gumamnya.

'Kau pukul aku, kau fitnah aku, hina aku, kurung aku dan hina mak aku perampas. Kau silap besar Raysha!! Kau takkan terlepas kalini. Lama aku tunggu hari - hari yang bakal tiba ni.' Kata hatinya.

Kini, dia bukan lagi seperti dulu. Dulu, dia lemah dan tak boleh nak buat apa - apa. Badannya terlalu kecil dahulu hingga senang orang nak buat dia seperti punching bag. Sekarang dia tak takut lagi. Apa yang dia buat ni demi keluarga.

                       "Alia?" Gumam lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                       "Alia?" Gumam lelaki itu.

Alia pandang lelaki itu tak berkelip. Dia terkejut. "Macam mana along boleh ada dekat sini?" Soal Alia dengan nada perlahan tapi cukup didengari oleh gerangan tersebut.

"I think, i'm the one who should ask you Alia. What are you doing here?" Soal gerangan itu kembali dengan nada dingin.

Alia terasa badannya agak terketar kerana takut dengan pandangan 'abangnya'.

Alia diam terkaku.

Dia tidak dapat menahan sabar. Lantas menarik tangan adik perempuannya.

"Kau ikut aku sekarang..." Abang sulungnya menarik tangannya kuat lalu bawa Alia keluar dari kafe.

Alia mengaduh sakit. "Arkk, apa along ni?" Marah Alia sambil memegang tangannya yang dicengkam.

"Kau kerja?" Sekali lagi dia bertanya.

Alia masih diam tidak menjawab.

Lelaki itu ingin mendengar jawapan Alia. Namun gadis itu masih mendiamkan diri. Dia bukanlah lelaki yang penyabar, tapi gadis ini membuatkan dia menjadi baran seketika meskipun gadis itu adiknya.

Alia Rose : Secret To Be RevealedWhere stories live. Discover now