1 7 - R O S E S

76 4 1
                                    

                     DIA segera mengeluarkan telefon pintarnya dan mencari nama Razen lalu menghubunginya.

"Razen, aku nak jumpa kau sekarang! Kat tempat biasa." Arahnya dengan tegas.

Dia ada sesuatu yang perlu dibincangkan bersama Razen. Dia kasihan melihat Alia yang diserang rasa trauma dan larut dalam kesedihan yang berpuncanya dari dua orang jantan tak guna itu, Alexander dan Razif. Mana mungkin dia mampu membiarkan Alia sendirian hadapi penderitaan itu, dia dah menganggap Alia seperti anaknya sendiri. Mereka terlalu kejam membuat gadis kecil itu derita, sengsara dari kecil dan hampir hancur hidup gadis itu. 

Dia melajukan kenderaannya agar cepat sampai ke destinasinya dan tidak sabar mahu membongkarkan cerita apa yang jadi pada Alia terhadap Razen. Sekurang - kurangnya Razen mampu mengawal keadaan apa yang jadi kini. Dia punya kuasa tapi kuasa lebih besar adalah Razen. 

Sampai sahaja di destinasi yang dituju, lantas dia keluar dari perut keretanya dan berjalan menuju cafe tempat lepak mereka berempat suatu tika dulu. 

Razen yang melihat Raizul menuju kearahnya merasa lega, dia tahu pasti ada cerita buruk yang ingin disampaikan tapi hatinya tak tenang jika melibatkan Alia Rose. Kenapa? Alia Rose adalah seseorang yang istimewa malah permata buat mereka berdua. 

"Ada apa tiba - tiba kau nak jumpa aku tergesa - gesa ni?" Soal Razen.

"Pasal Alia." Jawabnya ringkas. 

"Aku tahu ni bukan berita baik kan?" Soalnya semula. 

Raizul geleng kepala tanda bukan. Ianya akan jadi serius jika melibatkan Alia. 

"Berkaitan Rose, banyak perkara yang kau tak tahu sebenarnya, malah ia melibatkan orang sekeliling termasuk dua orang bekas sahabat kita." Razen tidak mengerti apa yang cuba nak disampaikan oleh Raizul.

"Aku tak faham, maksud kau?" Soalnya.

"Macam ni, Alia kenal siapa Alexander dan Razif. Tapi apa yang jadi pada Alia berpunca dari mereka. Awalnya, aku nak biarkan je sebab mungkin Alia cuma masih sedih sebab dihalau oleh Azlia tapi bila aku dengar dari mulut Alia sendiri ianya ada kaitan dengan Razif sebab itu aku terus datang sini jumpa kau." Ujar Raizul dengan suara mendatar.

Razen cuba menghadam apa yang dikatakan oleh Raizul. "Look, maksud kau dekat sini Rose kenal siapa Razif tapi bukan ke Razif musuh kita sekarang dan apa kena mengena dengan Rose?"

"Yes, itu apa yang aku maksudkan macam mana Alia boleh kenal Razif ataupun macam mana Razif boleh kenal Alia. That's it..."

"Rahzan?" Teka Razen. 

***

"Lia, mari makan sayang... Janganlah berkurung je dalam bilik, keluar sini ambil angin biar ada tenaga sikit." Pujuk Mak Mah, pembantu rumah Raizul.

Namun, Alia didalam bilik masih tidak menyahut. Mak Mah sudah mulai risau akan gadis itu, takut jikalau perkara lepas berulang dan bakal dimarahi oleh Tuan Raizul.

"Alia, jangan macam ni kalau Tuan balik nanti mesti dia marah Mak Mah kalau Lia tak makan lagi. Tak kesian dekat Mak Mah ke?" Mak Mah mengetuk pintu bilik Alia sedaya - upaya memujuk Alia.

Tapi, Alia masih lagi diam dan tak menyahut. Mak Mah terpaksa turun ke bawah mencari Jeb orang suruhan Tuan Raizul.

"Jeb!" Panggil Mak Mah.

Jeb yang berada di kawasan swimming pool itu mendengar panggilan dari Mak Mah terus menyahut. "Ada apa Mak Mah?" Soalnya.

"Mak Mah panggil Alia suruh turun makan, tapi dia langsung tak menyahut. Mak Mah ni risaukan budak tu, kalau dibuatnya perangai lagi, macam mana?" Adu Mak Mah pada Jeb.

Jeb yang mendengar itu lantas bergegas naik dan mengetuk pintu bilik Alia. "Alia, buka pintu ni please... Jangan buat orang risau macam ni Alia." Jeb juga sedaya upaya memanggil tapi jawapan tetap sama, diam.

Jeb turun sebentar ingin mencari kunci pendua. Dan dia naik semula untuk membuka pintu bilik Alia.

Setelah itu, pintu dapat dibuka dan dia terkedu, Mak Mah yang turut melihat tubuh Alia sudah terbaring itu mengucap panjang.

"Allahu Alia!!" Jerit Mak Mah dan menuju ke arah tubuh Alia yang terbaring dengan berlumuran darah di perut.

Terbuntang mata Jeb lalu melaung nama rakannya. "Zavier!! Call King now!!"

Zavier yang berada di bawah mendengar laungan dari Jeb terus menghubungi majikannya King Raizul.

Sementara itu, mereka berdua masih lagi sedang memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah yang menimpa Alia.

Secara tidak langsung, telefon pintarnya berdering. Dia mengambil telefonnya dan melihat nama yang tertera di situ.

"Zavier?" Dia segera mengangkat panggilan dari anak buahnya.

"Hello, ada apa kau call aku ni?" Soal King.

"King, kau kena balik sekarang! Alia..." Jawab Zavier.

"Kenapa dengan dia?" Soalnya lagi ingin kepastian.

"Aku tak tahu nak explain macam mana tapi kau kena balik sekarang juga."

"Okay, aku gerak sekarang." Dia lantas bangun dan ingin beredar.

"Kenapa dengan Alia?" Soal Razen cemas.

Raizul menggeleng kepalanya, dia tidak tahu apa yang jadi pada gadis itu tapi yang pasti perkara buruk

"Kau kena ikut aku juga." Mereka berdua terus bergegas pergi.

***

Sesudah sampai di rumahnya, Raizul dan Razen lantas masuk dan suasana di rumahnya begitu kecoh dengan adanya ambulan yang baru sampai bersama anak - anak buahnya yang membantu Jeb mengangkat Alia untuk dibawa masuk ke dalam van ambulan tersebut.

"Zavier, apa dah jadi ni?" Soal Razen. 

Zavier menghela nafas berat. "Jeb dengan Mak Mah nampak Alia dalam bilik dengan perut yang dah berdarah. Aku tak tahu apa yang Alia fikir, tapi dalam CCTV menampakkan Alia tikam diri dia sendiri." Terangnya pada Raizul dan Razen. 

Raizul yang dengar akan hal itu mengenggam rambutnya kuat dengan perasaan yang serabut. "Arghh!! Kalaulah aku tak tinggalkan Alia seorang diri dalam bilik tadi, semuanya takkan jadi macam ni..."

"Takpe, macam ni kita semua gerak ke hospital sekarang. Sebabnya, masa dah semakin suntuk." Ujar Razen. 

"Maksud kau?" Tanya Raizul ingin kepastian.

"Takde masa nak borak dekat sini, kita pergi hospital dulu tengok keadaan Rose..." Razen dan Raizul terus beredar dari rumah diikuti anak buah mereka. Sementelah, hanya Mak Mah yang perlu menjaga rumah.











Alia Rose : Secret To Be RevealedWhere stories live. Discover now