12/5/23.
.
.Taehyung, 18, tengah menongkat kepala sambil memandang cikgu Shindong yang sedang mengajar di depan. Kekadang Taehyung menguap tetapi tetap menahan ngantuknya.
Taehyung harus fokus pada pembelajaran.
Setelah mengajar itu dan ini, cikgu Shindong akan menyuruh para pelajar menulis karangan dan juga terus beri latihan pula.
C.Shindong: Latihan tu, nanti esok saya akan Check. Hari ni, siapkan karangan dulu.
6-3: Baik, cikgu.
C.Shindong: Siapa cepat siapkan karangan, saya akan bagi kamu rehat awal.
Semua pelajar kelas 6-3 mendengar itu, terus berbinar mata lalu tulis karangan cepat - cepat.
Benda boleh Copy di dalam buku teks. Memang kena Copy pun sebenarnya.
C.Shindong: Tulisan kamu kena cantik ya~? Saya tak nak tengok tulisan cakar ayam. Jangan tulis kecik kecik macam semut. Lagi lagi tulisan doktor. Faham?
Mereka pun menjawab "Ya, Cikgu~". Hshshshs.
Mata Taehyung menengok isi karangan di dalam buku teks lalu tengok di dalam buku notanya pula sambil menulis.
Buku nota panjang ya. Bukan buku nota kecil macam nak Order makan dan minum tu.
Taehyung sangat fokus menulis karangan.
Kawan sebelahnya mula tengok Taehyung itu tengah sibuk menulis.
Jimin: Tae.
V: Mm..
Jimin: Berapa kali aku dah ajar kau? Pakai lah Color pen lain. Dua Color pun jadi lah. Ceria lah sikit penulisan kau tu. Haa tengok lah aku punya ni, berwarna warni tau~?
Taehyung pun tengok karangan Jimin itu. Ya, berwarna - warni tulisan Jimin. Satu perkataan, warna lain - lain.
Jimin terlalu rajin sangat. Bila mahu cepat siapkan karangan macam tu?
Jimin: Haa~ amacam? Cantik kan kan kan? Contohi lah aku, Tae~
Jimin dengan bangganya sambil senyum lalu sambung tulis karangan bagi siap.
Taehyung mengeluh kecil dan sambung. Taehyung pun ikut kata - kata Jimin, dua warna.
Satu perenggan, pakai warna pen hitam. Dua perenggan, warna pen biru pula.
Setiap perenggan, berwarna selang - seli.
Jimin sahaja lain dari yang lain. Biasalah, Jimin budak paling rajin.
Berwarna - warni terus karangan si Jimin.
Beberapa minit kemudian sebelum waktunya rehat dalam masa 10 minit lagi.
Taehyung sudah selesai karangan lalu pandang Jimin.
Jimin belum selesai agaknya. Taehyung bersandar belakangnya ke kerusi sambil menunggu Jimin.
Ada beberapa pelajar lain sudah selesai dan mula hantar buku notanya kepada cikgu Shindong.
Cikgu Shindong akan periksa karangan pelajar ini ada berapa perenggan.
Perenggan karangannya ada 6.
(Awoakwoakwoakwok)
Semua cukup dan cikgu Shindong akan beri pelajarnya pergi rehat awal.
YOU ARE READING
Mute [TaeKook][Malay]
أدب الهواةBook yang ke-13. Baca di dalam. Watak : Kim Tae Hyung/V Jeon Jung Kook/Kookie Start : 12/5/23.