PART 2

174 18 35
                                    

8/7/23.
.
.




Taehyung baru sahaja keluar dari tandas selepas habis diajar matematik oleh Kim Rowoon di kelasnya.

Taehyung berjalan - jalan dengan santai mengikut lorong sekolahnya tanpa menuju ke kelasnya. Taehyung malas nak masuk ke kelasnya sebab sekarang waktu belajar yang tidak disukainya.

Di lorong semua kawasan sekolah ini sangat sepi dan hanya dirinya sahaja yang masih bersantai berjalan ke sana dan ke sini. Taehyung berhenti langkah dan perhati di depan sana.

Taehyung terus menyorokkan dirinya ke dinding.

Taehyung mengintip lagi dan tengok dua cikgu lelaki di sana sedang berborak sambil berjalan.

Seorang itu berbadan sama seperti cikgu Junghyun juga tetapi orangnya pendek sedikit. Rambut hitam legamnya bergaya biasa. Mata bulat comel. Hidung tak berapa mancung. Bibir tipis. Berkulit putih.

Baju kemeja Cotton berwarna hijau muda dan berseluar Slack longgar berwarna hitam. Tali leher kosong berwarna putih. Pakaiannya sangat kemas. Jam tangan Rolex di belah tangan kirinya. Berkasut Clarks berkilat berwarna Dark Brown.

Seorang lagi, berbadan tembam dan tingginya lebih kurang sama dengan orang sebelahnya. Rambut Dark Brown-nya bergaya sikat tepi. Matanya tidak berapa bulat tapi tidak sepet. Hidung mancung tak seberapa. Bibir seksi. Ada tahi lalat di bawah bibirnya. Berkulit gelap sedikit.

Baju kemeja satin lembut berwarna coklat cair dan bertali leher bercorak berwarna hitam dan putih. Seluar Slack berwarna Dark Brown. Pakaiannya kemas juga. Tetapi yang ini memakai Earring di telinga kirinya satu. Kasut Clarks berwarna hitam.

Dua cikgu ini pun popular juga kerana hensem dan sangat kelakar tetapi tidak sepopular cikgu Junghyun.

Ramai pelajar sukakannya.



V: Shit. Itu cikgu Jeon Jungnam ngan cikgu Jeon Jungmyeon. Aku kena lari sebelum kena tangkap ni. *Bisik hati*


Taehyung melihat sekelilingnya untuk berlari. Taehyung berpatah balik dan pecut lari.

Dua cikgu lelaki tadi terdengar bunyi hentakan kasut itu seperti berlari dan pandang ke depan.

Mereka berkerut keningnya untuk melihat figura pelajar lelaki di depan sana yang tetiba berlari.

Mereka terkebil.

(Loading gamaknya..)

Taehyung berbelok dan sambung berlari.

Tetiba terdengar suara seperti memanggil Taehyung. Taehyung menoleh sedikit sambil berlari.



V: Fuck! Cikgu Junghyun pulak nampak. Kenapa dia ada dekat sini?! *Bisik hatinya lagi*



Taehyung terus bersambung berlari lagi.

Cikgu Junghyun melihat itu mula mengejar Taehyung. Cikgu Junghyun merasa Taehyung itu sepertinya tidak mahu masuk ke kelas.

Taehyung berlari sampai berbelok ke sana dan berbelok ke sini untuk melengahkan cikgu Junghyun yang sedang berusaha untuk menangkapnya.

Kawasan sekolah ini sangat besar dan luas.

Taehyung mengintip di belakangnya lagi dan tidak ada figura cikgu Junghyun itu. Mungkin sudah jauh darinya.

Taehyung pandang depan dan sambung berlari lagi lalu memijak sesuatu sambil melompat ke pokok besar.

Taehyung memanjat pokok dan naik ke atas yang agak tinggi sedikit. Taehyung duduk di atas batang pokok itu dengan rileks dan ambil nafas sekejap akibat berlari tadi.

Mute [TaeKook][Malay]Where stories live. Discover now