Selesai sahaja membersihkan diri , perutku terasa kosong kerana belum sarapan . Jam dinding menunjukkan pukul 7.30 pagi . Laparrrr.
KUAK
Pintu bilik air dibuka , Aria duduk di birai katil . Dia merenung kan keadaan dirinya. Dia mengeluh berat. Rindu , rindu terhadap bakal tunangnya . Sekali pun tidak dijenguk . Aria yang menanti akan kedatangannya , namun harapannya hancur. Hancur sehancurnya. Dia hairan kenapa Aayan yang selalu berada di sisinya namun Aria tidak mengenal akan siapa Aayan itu.Namun Aria tidak beritahu sesiapa bakal tunangnya termasuk keluarganya.
Mengelamun Aria berhenti apabila satu suara masuk ke dalam gegendang telinganya.
'' Hey kau kenapa ni ?'' soal Leanne.
'' Apa aku okay aje '' bohong Aria. Namun di dalam hatinya seribu satu luka.
'' dah makan ?'' soal lagi Leanne.
'' makanan pun tak sampai lagi haih '' jawab Aria .
'' hek yelah maap '' Leanne ketawa kecil .
KUAK
Aria dan Leanne memandang ke arah pintu itu .Sejurus Doktor Adyl memasuki ke dalam ruangan wad Aria. Dia melemparkan senyuman lebar kepada Aria. Doktor Adyl merupakan doktor pakar bedah saraf. Dia meyimpan perasaan suka kepada Aria sudah lama . Sejak Aria memasuki tempat ini dia mula jatuh cinta.
'' Yow melawat ke ?'' soal Leanne yang ditujukan kepada Adyl .
'' yep , hi Aria . Dah sihat ke ?'' sapa Doktor Adyl .Aria memberikan senyuman tipis kepadanya.
'' hm better sikit '' ujar Aria.Doktor Adyl mengangguk dan memberikan satu bekal . Dia menghulurkan kepada Aria.
'' Apa ni ?'' soal Aria.
'' bukalah'' . Pantas Aria membukanya . Dia tersenyum nipis . Strawberry ! . Kesukaannya.
'' thank you ''
'' welcome'' .
Pintu dibuka . Mereka bertiga melihatnya. Aayan dan keluarga Aria. Muka Adyl menjadi tegang .
'' hye princess '' sapa Aayan . Aria memberikan senyuman lebar kepadanya . Adyl membuat roll eyesnya . Aayan meletakkan satu beg kertas di atas meja .
'' alamak buah hati dah sampai lah '' Leanne mengusik Aria. Aria memberikan side eye . Bombastic side eye.
'' here we go princess , your sandwich strawberry . I made own myself eh . You should try'' Aayan membuka bekal itu dan memberikan kepada Aria. Aayan berkerut . 'mana datangnya strawberry ni ' bisik hati Aayan.
'' siapa bagi ?'' tanya Aayan sejurus dia menunjukkan buah strawberry itu kepada Aria.
'' Dokto Adyl '' sepatah Aria menjawabnya.
'' Who's that?''
'' Aayan ni ha '' Leanne menunjukkan kepada Adyl . Aayan mengangguk sedikit .
Aria memakan sandwich strawberry yang dibuat oleh Aayan .
'' Sedap tak ?'' soal Leanne. Aria hanya mengangguk dan tersenyum. Aayan tersenyum dengan respon yang Aria beri .Aria memandang Leanne . Dia menangguk kecil . Tersenyum Aayan melihat respon Aria .
Doktor Adyl mengetap rahangnya dengan ketap . Melihat roti sandwichnya tidak diusik sedikit pun oleh Aria . Sally masuk ke ruangan ward Aria dengan lenggang lenggok . Dia memandang Doktor Adyl .
'' huu hai doktor '' sapa Sally dengan gedik. Leanne menggelengkan kepala melihat Sally a.k.a Isdini Hayaat , menggedik dengan Doktor Adyl . Ada aku hempuk kau karang kang Sally .
'' gedik lah kau ni Dini '' bidas Leanne . Sally menjeling Leanne . Tersenyum Aria melihat rakannya berbalahan kecil . Tak gaduh tak sah.
'' I gotta go first '' pamit Doktor Adyl . Kecewa , kerana Aria tidak makan strawberry sandwichnya. Mungkin tengahari nanti Aria akan makan. Doktor Adyl melepaskan keluhan. Kakinya mengorak langkah ke bilik pesakitnya.
***
Hari pun sudah masuk jam 12 tengahari . Aria duduk di sofa sambil makan buah tembikai. Tangannya lincah menaip di komputer ribanya. Aria sedang menyiapkan report yang perlu dihantar ke pejabat atasan. Leanne sudah memulakan kerjanya , manakala Aayan balik ke officenya .
Kakinya digoyang-goyangkan sedikit untuk menghilangkan rasa bosan . Kedua tangannya diregangkan sedikit . Lenguh . Dia harus menaip 100 ribu patah perkataan . Aria melepaskan keluhan , entah buat ke berapa kali dia melepaskan keluhan .
'' panjangnya mengeluh '' terhinjut bahu Aria . Leanne duduk di hadapan Aria . Masuk tak beri salam. Ada yang mati katak kat situ karang .
'' bagilah salam bijak '' Leanne tersengih . Aria memutarkan bebola matanya ke atas . Jarinya mula main peranan semula.
'' kau buat apa ni ?'' soal Leanne . Aria masih lincah menaip . Lambat - lambat dia menjawab soalan Leanne.
'' tengah siapkan report , nak hantar dekat prof'' jawab Aria . Leanne mengangguk . Dia tidak hairan dengan Aria . Suka bekerja keras , suruh rehat tak nak. Haih.
Pintu ward dibuka , in patient attendant masuk ke ruangan sambil memegang dulang makanan. Leanne memberikan senyuman ke arah pekerja itu. Pekerja itu meletakkan dulang makanan itu di atas meja makan .
'' thank you '' ucap Aria. Pekerja itu senyum lalu beredar dari bilik ward itu. Leanne bangun mengambil dulang makanan itu . Berkerut dahi Aria.
'' makan'' sepatah Leanne berkata . Aria mengangguk tetapi tangannya tidak berhenti menaip di komputer ribanya.
'' Aria ... makan ni '' sekali lagi Aria mengangguk . Leanne merengus geram . Pintu dibuka sekali lagi , Datin Rosmalizah melangkah masuk . Aria tersenyum kecil .
'' dah makan ?'' soal Datin Rosmalizah. Leanne memandang Datin Rosmalizah.
'' macam mana dah makannya auntie , dia sendiri tak makan lagi '' Aria hanya diam dan memandang kedua perempuan di hadapannya . Aria hanya menayang muka yang tak bersalah.
'' Aria .. kenapa tak makan ?" soal Datin Rosmalizah . Aria diam sejenak . Memandang ke arah Leanne.
'' sorry '' itu sahaja yang dikeluarkan oleh mulut Aria . Leanne menggelengkan kepala.
'' bila boleh discharge Leanne ?'' soal Dati Rosmalizah . Leanne tersenyum kecil .
'' lusa , kalau Aria masih degil macam ni kita tunda lagi minggu hadapan'' sengaja Leanne menyakat Aria . Aria menjelingnya.
'' ah kau.. banyak lah , aku nak keluar esok '' bantah Aria . Datin Rosmalizah menggelengkan kepala , dia duduk di sebelah Leanne . Memang patut kena tunda sampai minggu hadapan . Degil !
'' kau degil sapa suruh '' bidas Leanne . Aria mengambil dulang makanannya dan makan dengan perasaan yang geram . Leanne melemparkan senyuman mengejek.
YOU ARE READING
HIS PRINCESS {EDITING}
RomanceAAYAN MIKAEL AXEL X ARIA ELLA DALILAH Aria Ella Dalilah .Dia tipikal si ' beautiful with brain' dan dia dingin. Dia juga sudah menutup hatinya serapat rapat . Dia tidak menyukai apabila ada lelaki di sebelahnya melainkan itu kawan baiknya.Love is bu...