BAB 13

6 1 0
                                    

Aayan masuk ke ruangan pejabatnya. Dia mengatur langkah ke arah mejanya. Aayan mengeluh sedikit. Dia mencapai satu file yang berwarna biru gelap lalu membukanya. Aayan membaca kesuluruhan biodata Doktor Adyl. 

Aayan tersenyum sinis membaca biodata milik Doktor Adyl. Dia meletak file itu semula. Husna mengetuk pintu pejabat milik Aayan. Iaitu secretary Aayan.

"Masuk." arah Aayan dengan tegas. Husna melangkah masuk kedalam pejabat Aayan. Dia melangkah ke arah meja Aayan. 

"Saya akan baca kan schedule Tuan harini." ucap Husna. Aayan mengangguk kecil. Dia hanya terus buat kerjanya di iPadnya. Tidak memandang sedikit kepada Husna.

"Pada pukul 2:45 petang, Tuan ada meeting dengan Tuan Faleeq. Seterusnya , pada pukul 4:30 petang Tuan ada meeting dengan Tuan Hayder. Itu sahaja." ucap Husna. Dia turn off iPadnya.

Faleeq Ekmal, beliau merupakan pemegang shair di dalam syarikat TCL group. Beliau juga pemegang shair separuh dari syarikat itu. 

Hayder Endra, beliau adalah seorang Doktor dan pemilik Hospital H'E. Beliau juga adik kepada Haris Rayden. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aria berjalan-jalan di dalam bilik ward dia sendiri. Aria membuka semua almari termasuk peti ais. Aria mengeluh.

"bosannya...ok mari kita buat something." monolog dirnya sendiri. Beberapa minit kemudian semua ahli keluarganya lari masuk ke dalam bilik wardnya dengan rasa penuh cemas. Manakala Aria, dia sedang santai duduk di atas katil sambil makan buah tembikai.

"Aria? adik, kau kenapa nyahh. Terkejut kitaorang kau tahu?" marah kakaknya. Aria hanya tersengih. 

Beberapa minit yang lalu...Aria membuat satu video prank yang dia sakit perut

"aaaa mama...aria sakit perut..sangat ni datang cepat." 
Lalu menghantar ke dalam group keluarga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"dah bosan sangat ni, bukannya ada orang nak teman Aria pun. Leanne pun kerja, sally busy dekat ED. Hish, dah lah tak jenguk pun Aria ni." adu Aria. Datin Rosmalizah tergelak kecil dengan anak bongsunya yang satu ini.

Datin Rosmalizah duduk di kerusi bersebelahan katil Aria. "Lain kali cepat sihat sikit, barulah boleh keluar dari hospital. Ini tak ada buat juga kerja adik tu. Kan Leanne dah tahan adik tak dapat discharge hari esok."

Aria memuncungkan bibirnya. Bingung harus respon bagaimana lagi. "alaaaaa biasalah tu...Leanne memang macam tu...cuti ke tak cuti kena lah buat kerja juga."

Aayan melangkah masuk kedalam bilik ward Aria. Dia melihat Aria lalu melangkah ke Datin Rosmalizah. Dia menggariskan senyuman lalu memandang Aria.

"Kamu berdua borak lah dulu ya, mama pergi bawah beli makanan." Datin Rosmalizah bangkit dari kedudukannya lalu melangkah keluar dari bilik ward Aria.

Aayan berdehem. Dia mengambil tempat. Aayan duduk di kerusi Datin Rosmalizah duduk tadi.
"How's your day, princess? Are you okay?"

Aria mengangguk. "okay je, yang nak jadi orang putih harini kenapa? Sakit? kalau sakit boleh gantikan tempat aku."

Aayan tergelak kecil. Dia menyilangkan kakinya lalu menyilang tangannya ke dada. Aayan mengeluh kecil. "Bukan nak jadi orang putih lah sayang, kan kita memang ada belajar Bahasa Inggeris. Ke princess tak belajar?" soal Aayan dengan nada sinis sedikit.

Bukannya dia tak tahu Aria ni sensitive. Cakap sikit dah nangis. Tapi perangai mengalahkan dia sendiri.

"Belajar lah! tak payah lah menyindir bagai." Aria menjulingkan anak matanya ke atas. Benci!

Aayan mengangguk faham. "iyalah, sayang. Nak air?"

Aria menggeleng. "Tak nak."

Aayan mengangguk. "Nak buah?"

Aria menggeleng. "Dah makan tadi."

Aayan menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Okay kalau macam tu, kita tunggu mama lah."






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIS PRINCESS {EDITING}Where stories live. Discover now