Tubuh Hanna terdorong ke dalam dakapan seseorang.
"Are you crazy! Kau nak mati ke?!"
Hanna kaku. Dia juga terkejut tidak sangka dirinya hampir di langgar kereta yang dipandu laju untuk menyusur keluar dari tempat letak kereta tersebut.
Hanna mengusap perutnya. Nasibnya baik, jika tidak pasti nyawanya dan kandungannya dalam bahaya.
Hanna memandang wanita yang memeluknya dari arah belakang itu.
"Hanna?! Kau dah gila ke perempuan?! Kalau nak bunuh diri pun jangan depan aku!" Kuat Michelle bersuara sehingga menarik perhatian beberapa orang di kawasan itu.
Hanna hanya memekakkan telinga. Faham sangat dengan perangai Michelle Ava Spencer itu.
Mata Hanna masih bertakung lebihan sisa tanggisan mengkagetkan Michelle.
'Aku berlebihan memarahi dia ke?! Atau mungkin sebab dia lagi hamil. Ini ke yang orang kata emosi tidak stabil?! Dia menangis pula dah!'
Fikiran Michelle kusut. Memang dia membenci Mark tetapi dia tidak pernah menganggap Hanna sebagai musuh tambahan pula, Hanna kini membawa nyawa pewaris Spencer di dalam rahimnya.
"Ka... kau kenapa? Aku marah kuat sangat ke?"
Hanna hanya mengelengkan kepala. Namun air matanya terus laju mengalir membasahi pipi merahnya itu.
"Kau ada sakit mana-mana ke?!"
Michelle cemas. Adakah pelukkan dia terlalu kuat sehingga boleh menyakitkan Hanna dan kandungannya itu?
"Hei! Cakap lah kenapa kau ni?! Jom pergi hospital!"
Belum sempat Michelle menarik tangan Hanna.
Hanna pantas mendakap Michelle.
Sumpah Michelle kaku ketika itu. Sedangkan Melody, anak bongsu keluarga Spencer pun tidak pernah memeluk dirinya.
Manakan tidak, perangainya macam singa betina. Michelle sendiri mengakuinya.
"Kau kenapa Hanna? Kau gaduh dengan jantan tak guna tu ke?"
Hanna menganggukkan kepala.
Iya itu gelaran yang layak Hanna akui untuk diberikan kepada Mark ketika itu.
'Jantan Tak Guna!'
"Apa jantan tak guna tu buat dekat kau? By the way lepas lah! Jangan peluk-peluk! Rimas aku!"
Hanna melepaskan pelukkannya.
Baru Hanna nak 'feeling' peluk seorang kakak tetapi dia lupa kakak yang ini garang macam harimau.
**********
Pintu dibuka ganas dari luar. Mark melihat Michelle melangkah masuk. Macam biasa dengan wajah cemberutnya.
"Kau nak apa?" Malas Mark hendak berlaga dengan Michelle hari ini. Masih banyak kerja yang lebih berfaedah yang harus dia lakukan dari melayan Michelle.
"Aku malas nak masuk campur urusan keluarga kau. Tapi tadi aku tak tahu apa Nancy dah cakap dengan Hanna sampai Hanna berlari dengan menangis-nangis. Nyaris nak kena langgar dengan lori tayar 21 kau tahu tak?!"
Mark tersentak. Hanna nyaris kemalangan? Bagaiamankah isteri dan anaknya?
Mark pantas berdiri.
Lori tayar 21 itu sengaja ditambah Michelle. Walhal hanya kereta kancil sahaja.
Sengaja mahu Melihat reaksi wajah Mark.
"Macam mana dengan Hanna?!"
"Teruk juga. Aku dah hantar dia balik rumah. Kau kalau nak jadi jantan tak guna, jangan gatal nak married. You have hurt someone else's daughter. Do you think it's good to torturing other people's lives?"
YOU ARE READING
TUAN MARK AYDEN
RomanceHari pertama menjejakkan kaki ke Korea Selatan melakar banyak peristiwa hitam buat Hanna. "Sudahlah kekasih aku kantoi curang, aku diperkosa oleh lelaki yang aku tidak kenal. Kenapa malang sangat hidup kau Hanna Andersson?!" "Sumpah aku tidak sengaj...