"He.. Hello Fina.. Fina.. ambil aku sekarang.. Please Fina.."
Hanna mematikan panggilan. Tanggisannya pecah lagi. Bagaimana hendak berfikiran positif sekarang? Terang-terang dihadapannya, Mark lebih mementingkan Nancy. Apa kurangnya Hanna?!
Dalam 15 minit, lonceng rumahnya dibunyikan dari arah luar. Hanna terus mencapai tas tangannya, lalu melangkah keluar dari rumah banglo dua tingkat itu.
"Kau kenapa Hanna?! Kenapa nangis ni? Kau tahu tak aku risau sangat tadi!"
Hanna mendakap erat Fina. Dihamburkan segala tanggisan dibahu Fina.
"Sudahlah, jom naik kereta. Nanti kita cerita."
Fina kembali memasuki ke dalam perut kereta. Ini mesti kerana Mark, jika tidak. Tidak mungkin, Hanna akan keluar dari rumah ini.
Seperti menjadi tempat kegemaran, Hanna dan Fina akan ke Taman Rekreasi Desa Gelora.
Sejak dibangku sekolah lagi, Fina dan Hanna sering meluangkan masa terluang dengan menenangkan diri di hadapan tasik Desa Gelora ini.
Nama sahaja Gelora, tetapi air tasik ini sungguh tenang dan mendamaikan sesiapa sahaja yang melihatnya.
"Ceritalah Hanna, kenapa ini?"
Fina membuka tin air minuman yang tertera perkataan 'Milo' itu kepada Hanna.
"Mark.. Dia curang dengan aku!!" Tanggisan Hanna kembali kedengaran.
Fina tersentak sebentar. Tidak mungkin! Bukan ke Mark begitu mencintai Hanna.
"Hmm, dengan siapa dia curang?"
"Dengan Nancy.." Tersedu-sedu Hanna menahan tanggis.
Fina menghulurkan pula tisu.
"Jangan nangis Hanna, kesian baby kau. Nanti sedih pula dia. Jom la kita makan malam dulu sebelum aku hantar kau pulang."
Hanna hanya mengangguk. Perlu ke dia memberitahu suaminya bahawa dia keluar dari rumah?
Hanna pun tidak tahu. Apa yang Hanna tahu, dia perlukan ketenangan sewaktu ini.
********
Hanna melambai ke arah kereta yang dipandu Fina. Kenyang sudah perutnya dalam menyantap Spaghetti Bolognese kegemarannya di Cafe' Petite Jean. Sudah lama dia tidak ke situ dengan Fina.
Setelah kereta Fina sudah hilang dari pandangan Hanna. Hanna segera mengantur langkah memasuki rumah banglo itu. Kereta Mark kelihatan diparking kemas dihadapan banglo itu.
BMW 4 Series Coupe itu baharu dibeli oleh Mark. Katanya bosan dengan kereta yang lama. Adakah lelaki semua begitu? Bila bosan dengan yang lama, terus dicampaknya jauh-jauh. Tetapi akulah yang baru dalam perhubungan ini.
Hanna mengeluh perlahan. Dipandang kereta miliknya, Perodua Myvi. Hanna tersenyum kereta inilah banyak berjasa dengannya dari zaman universitinya sehingga ke hari ini, walaupun banyak ragam kereta itu, tetap disayangi Hanna.
Pernah juga Mark mempelawa untuk membelikan kereta baru untuk Hanna tetapi Hanna menolak, bukan ingin menolak tuah tetapi dia lebih selesa dengan Myvi silvernya itu.
Hanna menyarungkan kunci kedalam perumahnya untuk membuka pintu utama banglo itu.
Hanna terlihat Mark sedang duduk dalam keadaan tangan menyilang.
"Where are you going, Hanna?"
Tegang sahaja wajah Mark ketika ini.
"Saya keluar makan dengan Fina."
"Kenapa tak bagi tahu aku kalau kau nak keluar? Susah sangat ke untuk menulis sebaris mesej?"
Hanna mengeluh perlahan. Dia rasa cukup penat untuk bertelagah sekarang ini.
"Maafkan saya, saya tidak tahu awak balik seawal ini."
"Kenapa kau berharap aku pulang lebih lewat ke? Agar yang kau berfoya-foya diluar?"
Mark berjalan mendekati isterinya. Hanna perasan perwatakkan Mark lain sangat selepas bertemu Nancy.
"Kenapa awak ni? Saya cuma keluar makan dengan Fina. That's all!"
"Fina.. Fina! Kau jangan tipu aku Hanna! Kau jangan main-main dengan aku! Aku ni suami kau!"
Hanna tersentak. Hantu apa yang telah merasuki badan Mark ketika ini?
"Kalau awak tidak percaya pergilah tanya Fina sendiri?!"
Mark pantas mengangkat telefon bimbitnya lalu diarahkan ke wajah Hanna.
Gambarnya dengan James Evans terpampang disitu.
"Macam mana awak dapat gambar ni?"
"Jangan tanya aku mana aku dapat gambar ni Hanna! Aku tak sangka kau sanggup tipu aku selama ini!" Telefon bimbit yang tertera lambang Apple dibelakangnya itu dihempas oleh Mark.
Hati Mark panas ketika itu, manakan tidak isterinya dipegang oleh lelaki lain selain dirinya. Dia tidak dapat menerima semua itu.
"Awak jangan salah faham.." Hanna tahu Mark sedang marah sekarang. Ini hanyalah salah faham. Sebetulnya Fina pun ada disitu, cuma gambar itu seolah-olah disunting untuk membuangkan posisi Fina disitu.
"Apa yang salah fahamnya Hanna.. Kau sanggup keluar dengan jantan lain tak bagitahu aku.." Mark melabuhkan punggungnya diatas sofa. Panas hatinya kian berkurangan tetapi kekecewaan jelas terpancar di wajahnya.
Hanna cuba beralah kali ini. Hanna mencapai telefon Mark diatas lantai lalu melangkah mendekati Mark.
Hanna tahu Mark sedang marah jadi tiada guna untuk dia ikut marah sekali. Jika dia melawan itu seolah-olah dia mencurahkan minyak ke dalam unggun api yang sedang menyala. Mengalah bukan beerti kalah.
Hanna duduk bersebelahan dengan Mark. Tangan Hanna membuka telefon bimbitnya sendiri, ditunjukkannya kepada Mark gambar sewaktu dia makan malam bersama Fina. Memang James Evans ada disitu, mereka terjumpa secara kebetulan tetapi turut berada di situ Melody Spencer, adik bongsu Mark.
Mark memerhatikan dengan teliti posisi tempat duduk Hanna dan James Evans juga jauh kelihatan, dari foto yang Mark dapat dari Nancy seolah-olah hanya Hanna dan James Evans sahaja yang berada disitu.
"Look dear, at first it was just me and Fina eating together but by accident we met with James and Melody. Jadi semua ini hanya salah sangka."
Mark terdiam, lega juga hatinya. Mark merangkul pinggang Hanna.
"Maaf sayang, aku terlalu ikut emosi. Aku cuma takut kehilangan kau." Mark melabuhkan ciuman di dahi milik Hanna.
Tiba-tiba Hanna teringat yang Mark keluar untuk bertemu Nancy. Terus sahaja mencuka wajah Hanna. Dengan pantas Hanna menolak Mark lalu melangkah menaiki tangga.
Mark tercenggang disitu. Benar kata orang, emosi perempuan hamil memang susah diduga, sekejap musim bunga, sekejap lagi musim hujan ataupun guruh.
Mark pantas mengejar langkah Hanna.
Setiba didalam bilik, Mark memeluk Hanna dari belakang.
"Kenapa ni sayang?"
"Awak lebih pentingkan Nancy dari saya Mark. Siapa isteri awak sebenarnya?!"
Mark memperketatkan pelukkan.
"Tadi Nancy telefon kerana dia beritahu, berlaku pendarahan dan meminta aku teman dia untuk ke hospital."
"Kenapa awak Mark? Kenapa tidak orang lain?"
"Dia hanya ada aku sahaja Hanna. Mak ayah dia sudah lama meninggal dunia."
Dia hanya ada aku, ayat ini membuatkan Hanna rasa sangat sakit didadanya.
"Jika dia hanya ada awak sahaja Mark. Maka ceraikan saya.."
YOU ARE READING
TUAN MARK AYDEN
RomanceHari pertama menjejakkan kaki ke Korea Selatan melakar banyak peristiwa hitam buat Hanna. "Sudahlah kekasih aku kantoi curang, aku diperkosa oleh lelaki yang aku tidak kenal. Kenapa malang sangat hidup kau Hanna Andersson?!" "Sumpah aku tidak sengaj...