Chapter 25

2.2K 50 15
                                    

Mark pantas memalingkan Hanna untuk menghadap dirinya.

"Kenapa sayang cakap macam tu? Ingat cerai ini perkara main-main ke?"

Hanna menatap wajah Mark. Siapa sahaja yang sanggup untuk berpisah dengan suami sendiri tetapi dia tidak sanggup untuk berkongsi kasih dengan Nancy. Dia bukan bidadari yang sentiasa berhati suci dan terbuka, dia hanyalah Hanna. Lebih tepat lagi Hanna Andersson.

"Saya tak sanggup bila tengok suami saya lebih kan perempuan lain dari saya!"

Hanna memegang dadanya. Rasa mahu pecah menahan rasa amarahnya ketika itu.

"Apa lebihnya Nancy?! Benarlah kata orang, walaupun sudah berkahwin seorang lelaki tidak akan pernah lupakan cinta pertamanya!"

Hanna menahan air matanya dari mengalir. Dia tidak boleh menunjukkan yang dirinya lemah dihadapan Mark. Dia harus kuat demi dirinya dan kandungannya. Kali ini dia tidak boleh kalah.

"Please listen to me, Hanna. I love you, I'm not loving Nancy. You're my wife, one and only. But please understand me, Nancy has no one left in this world. Meanwhile, you still have me, your mom and dad. Don't you feel sorry for Nancy? If you don't feel sorry for her, at least kesian pada kandungannya!"

Hanna tercenggang. Kenapa dia perlu kasihan pada kandungan Nancy? Kenapa dia perlu fikirkan keadaan Nancy? Hanna pun manusia, dia punya perasaan cemburu dan tidak suka haknya diambil orang!

"Why should I care about her?!"

Hanna merenung tajam kedalam mata Mark.

"Does she mean too much in your life?!"

Kelihatan rahang Mark diketap kuat. Hanna sudah melampau, meninggikan suara kepadanya. Kesabaran dia kian menipis.

Susah ke untuk Hanna faham?! Nancy dianiaya. Dia telah dirogol! Tidak kasihan ke Hanna kepada Nancy?! Dimana perginya Hanna yang lemah lembut?

"Answer me, Mark!"

"Don't overdo Hanna! Don't test my patience!"

Hanna ketawa sinis, air mata yang mengalir dipipinya dilap kasar.

"Hebat cinta awak pada dia Mark. Don't you know, saya pun hidup tanpa kenal siapa ayah dan Ibu kandung saya yang sebenar. Saya mengalah Mark, saya berundur untuk kali ini."

Hanna mencapai tas tangan dan kunci kereta Myvinya. Dia ingin berlalu pergi dari situ.

Luka di hatinya kian menjadi barah. Dia perlu cari ketenangan.

"Don't leave me, Hanna."

Langkah Hanna terhenti.

"I'm not leaving you, Mark but now you're leaving us."

Hanna terus melangkah meninggalkan Mark berdiri seorang diri di dalam kamar beradu mereka itu.

Mark mencapai pasu kaca diatas sisi meja katil lalu di hempas ke lantai.

Dihamburkan segala amarahnya disitu.

Susah ke Hanna untuk mengerti situasinya ketika itu?! Dia juga tersepit diantara dua keadaan tetapi dia sanggup bersumpah, hanya Hanna yang bertahta di dalam hatinya.

💎 💎 💎 💎

Hanna memandu dalam keadaan huyang-hayang. Pandangan matanya kabur. Air mata deras mengalir.

Tangannya mengetuk-ngetuk stering kereta Myvinya.

"Sampai hati awak Mark!!"

"BOOMM!!!!"

TUAN MARK AYDENWhere stories live. Discover now