Minjae mula bersimpati selepas mendengar kisah tragis kematian Hyunwoo. Hampir sahaja dia menitiskan air matanya tetapi dia berjaya tahan.
Manusia zaman sekarang memang tidak berhati perut. Orang lain yang tiada kaitan langsung dalam hidupnya menjadi mangsa pembunuhan. Sungguh ia amat keji!
"Aku cuma nak Junghoon gembira masa hari jadinya dulu tetapi ia tidak seindah seperti yang aku inginkan. Tengoklah, aku mati waktu itu!" Ujar Hyunwoo lagi. Matanya sudah berkaca menahan sebak dalam hati.
"Jadi sebab itukah kau selalu mengekori dia?" Teka Minjae.
"Ya... Aku tak nak dia kesunyian... Aku rindu nak lepak dengan dia lagi..."
Luah Hyunwoo. Suasana di antara mereka senyap buat seketika. Minjae yang dari tadi terdiam itu mula mendapat satu idea yang bernas. Terus dia memandang ke arah Hyunwoo yang sedih bersedih itu.
"Aku boleh tolong kau."
"Huh?"
"Aku benarkan kau rasuk diri aku untuk lepak bersama kawan kau buat kali terakhir." Kata-kata Minjae itu mengejutkan Hyunwoo.
"Kau biar betul?"
"Kuasa aku bukan setakat boleh dengar dan melihat orang mati. Aku juga boleh jadi perumah bagi orang mati yang mana aku boleh menyamar diri aku sebagai jasad kau."
Terang Minjae lebar membuatkan Hyunwoo terkaku buat seketika. Sungguh dia tidak menyangka bahawa wujud juga manusia yang memiliki kuasa mistik seperti Minjae.
Kini barulah dia faham mengapa Minjae mengelarkan dirinya sebagai Ghost Talker.
Lama dia mendiamkan diri. Akhirnya dia setuju dengan cadangan Minjae itu.
Dia mahu bersama dengan Junghoon lagi...
"Baiklah... Izinkan aku rasuk diri kau."
"Dengan senang hati."
Hyunwoo pun mula masuk ke dalam tubuh Minjae menyebabkan Minjae pengsan buat seketika. Tidak lama selepas itu dia bangkit semula.
Namun tubuhnya berubah menjadi jasad Hyunwoo yang masih hidup. Kini yang mengawal tubuh Minjae sekarang adalah Hyunwoo sendiri.
"Tak mungkin..." Ujar Hyunwoo perlahan. Dia terus melihat dirinya dari pantulan cermin.
Memang benar.
Tubuh Minjae sekarang telah berubah menjadi tubuh asalnya. Wajahnya juga kelihatan sangat kemas. Dia seolah-olah masih hidup! Hyunwoo sangat kagum dengan kuasa yang Minjae itu.
Tanpa berfikir panjang, dia terus keluar dari kelas untuk mencari keberadaan Junghoon.
------------
"Kau tak nak balik lagi, Junghoon?"
Soal salah seorang rakan kelasnya kepada Junghoon. Dia membalas dengan gelengan kepala walaupun sekarang hari semakin gelap.
Sejak Hyunwoo tiada, Junghoon menjadi seorang yang sangat pendiam. Bukan setakat dia tidak bercakap malah dia juga banyak menghabiskan masanya di dalam kelasnya seorang diri. Kadang kala juga dia sengaja pulang lewat kerana rindu dengan suasana yang dulu.
Suasana yang mana Hyunwoo selalu masuk ke kelasnya dulu dan mengajak dia untuk lepak bersama.
"Haih..." Keluhnya perlahan. Dia baring di atas meja lalu melihat atap kelas dengan pandangan kosong.
Baru sahaja dia hampir terlelap, dia tiba-tiba terdengar suara seseorang memanggilnya.
"Junghoon-ya..."
Junghoon terbangun. Dia amat mengenali suara itu. Suara itu sama seperti...
"Hyung?"
Pantas Junghoon bangun dan melihat kawasan di sekelilingnya. Tidak mungkin dia tersilap dengar. Itu memang suara Hyunwoo!
Dia mengambil keputusan untuk mencari pemilik suara itu. Baru sahaja dia membuka pintu kelasnya, tubuhnya terus terkaku apabila melihat seseorang berada di luar kelas. Orang itu mengukirkan senyuman nipis ke arah Junghoon menyebabkan matanya mula berkaca.
"Hi, Junghoon." Ucap Hyunwoo lembut. Tidak sempat untuk Junghoon berkata, Hyunwoo terus memeluknya erat.
"Aku rindu kau..." Tambahnya lagi. Kali ini Hyunwoo dapat merasakan bahawa badan Junghoon mula menggeletar.
"Hyung... Bu-bukan hyung dah tak ada kah sekarang?" tanya Junghoon dengan suara yang serak. Hyunwoo lihat Junghoon sudah mula menangis di hadapannya. Dia hanya mampu tersenyum tawar.
"Aku rindu kau, hyung... Kau betul-betul pergi masa hari jadi aku dulu..."
Luah Junghoon lagi. Makin lama makin deras air mata Junghoon mengalir membasahi pipi. Benarlah bahawa dia sekarang amat merindukan Hyunwoo.
"Aku minta maaf. Kalau bukan disebabkan aku pergi ke bank hari tu, mesti tak akan jadi macam ini. Aku pun tak sempat nak bagi hadiah pada kau..."
"Hadiah yang aku mahukan cuma kau saja, hyung. Kehadiran kau itu cukup buat aku rasa gembira..."
Hyunwoo terkaku selepas mendengar ujaran Junghoon tadi. Selama ini dia fikirkan Junghoon mahukan sesuatu yang berharga tetapi dia lupa bahawa persahabatan mereka ini lebih bermakna daripada yang lain.
Dengan masa yang ada ini, Hyunwoo manfaatkan sepenuhnya untuk bersama dengan Junghoon lebih lagi sebelum dia meninggalkan dunia buat kali terakhir.
--------------
"Terima kasih sebab tolong aku."
Minjae sekadar tersenyum mendengar ucapan Hyunwoo tadi. Hari pun sudah lewat malam dan mereka masih berada di kawasan sekolah. Junghoon pula sudah lama pulang ke rumahnya.
Agak sebak untuk meninggalkan satu-satunya kawan baik yang dia ada tetapi masa tidak begitu mengizinkan.
"Aku gembira dapat tengok Junghoon tersenyum sekali lagi," kata Hyunwoo lagi. Kemudian dia menoleh ke arah Minjae lalu mengukirkan senyuman manis.
"Terima kasih sekali lagi. Akhirnya aku boleh pergi dengan tenang."
Bayangan Hyunwoo tadi pun mula menghilang dari pandangan Minjae. Satu keluhan kecil dilepaskan perlahan. Minjae mendongakkan kepalanya melihat langit malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang.
Ia sungguh indah... Sama seperti persahabatan Hyunwoo dan Junghoon itu.
Tenanglah di sana, Hyunwoo.
YOU ARE READING
[C] Ghost Talker ☾ 김민재 ☽
Fanfic❝ Even the soul, I can sense their feelings. ❞ ✧*:.。.✎xikers minjae's random fanfiction Start : 24 Jun 2023 End : 6 August 2023 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover