His Revenge 03

61 15 0
                                    

"Minjae itu pelik betul lah." Umpat salah seorang rakan kelas Junmin, Kangmin. Dia mengajak semua orang kecuali Minjae untuk berbual bersama.

"Yalah, mana ada manusia boleh bercakap dengan hantu. Dia gila agaknya." Sokong Jaehyun.

Dalam kelas yang bising ini, mereka mengambil kesempatan untuk berbual memandangkan tiada guru masuk. Mereka lihat Minjae dalam kelas tidak membuat apa-apa. Dia hanya melelapkan matanya sahaja.

Sifat Minjae yang tertutup dan boleh bercakap dengan hantu itu menimbulkan rasa menyampah rakan kelasnya. Namun hanya Junmin sahaja tidak merasakan apa-apa yang pelik pada Minjae. Baginya Minjae juga manusia normal sama seperti orang lain.

"Ini kalau kita buli dia pun rasanya tak ada apa-apa berlaku bukan?" soal Kangmin sambil tersenyum senget. Junmin yang mendengar itu terkejut.

Kangmin, salah seorang rakan kelas Junmin yang sangat nakal. Dia suka membuli dan menganggu mana-mana pelajar yang tidak disukainya. Minjae adalah salah satu orang yang paling dia benci. Sejak dahulu lagi dia target untuk membuli Minjae tetapi entah mengapa ia seperti tidak kesampaian.

"Huh? Tak eloklah buli dia!" Tegurnya tegas. Namun Kangmin mengabaikan.

"Aku rasa memang patut kita buli Minjae. Budak pelik macam dia tak patut duduk dalam kelas ini!"

Jaehyun menyokong akan pendapat Kangmin itu. Rakan kelas mereka yang lain juga seperti setuju untuk membuli Minjae. Bagi mereka Minjae tidak sepatutnya wujud dalam kelas. Malah mereka juga terfikir sekiranya Minjae dibuli, sudah tentu tiada orang akan mengambil kisah kerana Minjae seorang yang sangat pelik.

Namun Junmin membantah sekeras-kerasnya. Dia menolak dengan pendapat Kangmin yang berniat mahu membuli Minjae.

"Janganlah buli Minjae! Kita tak tahu yang dia memang betul-betul boleh bercakap dengan hantu! Nanti kalau ada apa-apa terjadi macam mana?" Tegas Junmin namun ia membuatkan Kangmin memandangnya tajam.

"Tak masalahnya sekarang yang kau pertahankan sangat budak hantu itu kenapa? Kau kawan Minjae kah?" Kangmin menyoal sambil bercekak pinggang.

"Aku bukan kawan dia tetapi buli itu tetap salah!"

"Tolonglah jangan jadi nerd sangat, Junmin! Kau sendiri menyampah dengan Minjae bukan?" Sampuk Jaehyun. Junmin terkedu untuk menjawab.

Ya, kadang kala dia juga ada menyampah sedikit dengan Minjae hanya kerana perwatakan dia yang sangat tertutup itu. Tetapi dia tidak terfikir pula untuk membenci Minjae sampaikan mahu membulinya.

"Tengok! Kau sendiri tak dapat nak jawab. Jadi betul lah yang kau ini kawan Minjae!" Jaehyun melulu menuduhnya membuatkan Junmin terkejut. Semua rakan kelas kini memandang Junmin dengan tatapan sinis.

Kangmin yang dari tadinya terdiam itu mula tertawa kecil. Muncul idea gila dalam mindanya selepas perhatikan riak wajah Junmin. Lalu dia berjalan menghampiri Junmin sambil menepuk bahunya.

"Semua, aku nak tanya sesuatu."

"Huh?"

"Aku rasa semua orang dalam kelas ini tahu bukan yang aku benci dengan budak pelik seperti Minjae." Ujarnya. Lalu matanya melirik melihat Junmin yang masih dalam kekeliruan.

"Jadi siapa di sini berpendapat bahawa Junmin sebenarnya kawan Minjae dalam diam? Angkat tangan!"

Mata Junmin membulat selepas melihat ramai di antara mereka mengangkat tangan. Entah bila masa pula dia berkawan dengan Minjae. Dia cuma menganggap Minjae sebagai rakan kelas sahaja.

Kangmin tersenyum sinis. Lalu dia merangkul bahu Junmin erat.

"Wah! Ramai rupanya. Kalau dah nama kawan, mestilah Junmin ini pun pelik juga orangnya bukan?"

"Ya betul!" Jerit yang lain.

"Memandangkan Junmin cakap tak elok membuli Minjae, jadi aku putuskan untuk jadikan Junmin sebagai permainan kita tahun ini!"

Maka dari situlah, bermulanya pembulian rakan kelas terhadap Junmin. Namun tiada seorang guru pun yang perasan akan perbuatan mereka itu kerana mereka membuli Junmin bukan di dalam kelas sebaliknya dia bilik stor yang kosong. Malah Minjae juga tidak sedar akan perkara itu kerana dia langsung tidak mengambil kisah tentang rakan kelasnya.

Selain itu juga mereka membuli Junmin dalam media sosial. Kata-kata kesat serta penuh dengan kekerasan itu membuatkan Junmin semakin tertekan dalam hidup. Tiada sesiapa yang membantunya ketika dia dibuli. Semua orang mentertawakan dia. Oleh disebabkan tidak dapat menahan lagi kepedihan ini, Junmin memutuskan untuk membunuh dirinya.

Sebelum dia membunuh diri, Junmin sudah memasangkan niatnya dalam hati bahawa suatu hari nanti dia akan membalas dendam atas perbuatan Kangmin dan Jaehyun. Dia mahu mereka rasai apa yang dia telah alami itu.

Disebabkan mereka juga, hidup Junmin tidak aman!

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now