Mayat Junmin dibawa ke hospital sebaik sahaja Minjae menelefon pihak bantuan kecemasan. Doktor pun telah mengesahkan bahawa Junmin telah meninggal dunia akibat perbuatannya itu dengan memotong urat nadi sendiri. Minjae menjadi tidak tentu arah.
Walaupun Junmin bukan kawan baiknya, tetapi Junmin pernah membantunya dulu walaupun sekali. Malah pertolongan Junmin itu jugalah Minjae sangat terhutang budi. Sungguh dia tidak menyangka mengapa Junmin memilih untuk bunuh diri?
Teringat dia dengan kejadian tempoh hari, yang mana Sumin cuma mahu berjumpa dengan Jinsik tetapi akhirnya Jinsik memilih untuk bunuh diri dengan terjun dari tingkat atas hospital. Kejadian itu masih bermain-main dalam mindanya. Ia juga perkara yang amat mengejutkan buat Sumin ketika itu.
Namun kali ini dia merasai perkara yang sama. Mungkin beginikah perasaan Sumin ketika Jinsik membunuh dirinya dahulu? Terkilan dan tidak mampu untuk berkata apa-apa sekarang.
Minjae melihat sahaja bagaimana mayat Junmin itu dibawa ke bilik penyimpanan mayat. Keluarga Junmin belum tahu lagi tentang hal ini. Sekiranya mereka tahu, pasti mereka menjadi tidak tentu arah juga.
Siapa sahaja tidak sedih bukan bila salah seorang daripada ahli keluarga kita mati bunuh diri?
Lama Minjae mendiamkan dirinya. Akhirnya muncul satu idea yang bernas dalam mindanya. Dia mengetap bibir sebelum berpaling keluar dari hospital. Dia sudah memasangkan niatnya. Dan dia mesti lakukannya!
"Aku akan tolong Junmin pula."
-----------------
Kecoh di sekolah apabila guru kelas mereka, Cikgu Park menyampaikan berita tentang kematian Junmin semalam. Masing-masing tidak dapat menyembunyikan perasaan yang terkejut. Sungguh kehilangan salah seorang rakan kelas memberikan kesan yang dalam buat mereka semua.
"Sampai sekarang kita tak tahu mengapa Junmin membunuh dirinya. Dia baik dengan kamu semua bukan?" Soalan Cikgu Park itu membuatkan semua orang menjadi terkaku. Minjae perasan bahawa riak wajah semua rakan kelasnya berubah serta merta.
"Dia sangat baik! Kami sendiri suka berkawan dengan dia." Jawab salah seorang daripada mereka. Disokong oleh beberapa rakan kelas juga.
"Ya. Dia tak pernah pun sombong dengan kami! Kami rasa selesa sangat!"
"Kami sangat terkesan dengan pemergian Junmin."
"Tipu..."
Minjae terdengar suara halus dari sebelah kirinya. Apabila dia menoleh, dia amat terkejut melihat roh Junmin berdiri tegak di sebelahnya sambil memandang mereka semua dengan tatapan tajam.
Hampir terjatuh dari kerusi Minjae dibuatnya menyebabkan semua orang dalam kelas terkejut.
"Minjae? Kamu kenapa?" hairan Cikgu Park. Minjae menggelengkan kepala.
"Ma-maafkan saya," ucapnya sambil mengusap dada perlahan. Apabila dia menoleh ke kiri semula, bayangan roh Junmin sudah tidak kelihatan lagi.
Minjae dapat merasakan bahawa Junmin menyimpan dendam dengan mereka semua. Rohnya seperti tidak tenang. Dia juga tahu bahawa semua orang dalam kelas ini membuli Junmin dahulu. Minjae memerhatikan setiap wajah rakan kelasnya membuatkan mereka semua berasa kurang selesa.
"Kau kenapa pandang begitu?" soal pelajar lelaki yang duduk di sebelah meja Minjae.
"Aku tahu yang kau orang semua tipu."
Kata-kata Minjae itu menimbulkan rasa curiga Cikgu Park. Manakala semua orang dalam kelas terkejut.
"Apa kau merepek ini? Bila masa pula kami menipu?"
"Yalah! Kau jangan nak tuduh sebarangan boleh tak!"
"Kau bukannya tahu pun fasal Junmin! Kau cuma bercakap dengan hantu sahaja!"
Timbul perbalahan dalam kelas 6-1 disebabkan oleh Minjae. Akibat keadaan menjadi tidak terkawal, Cikgu Park segera menghalang semua anak muridnya daripada terus bergaduh.
"Cukup! Kematian Junmin ini pastinya tiada kaitan dengan kalian semua! Tolong jangan bergaduh lagi!"
Suasana dalam kelas mula menjadi senyap. Cikgu Park menghela nafas berat. Lalu dia mengambil perhatian mereka semua untuk menyambung semula pembelajaran yang mana mereka terhenti tadi.
---------------
Loceng berbunyi menandakan sekarang adalah waktu rehat. Ramai pelajar bergegas menuju ke kantin untuk mengisi perut mereka yang dari tadi kelaparan itu. Minjae pula tidak kemana-mana. Dia hanya duduk dalam kelas sambil bermain dengan telefon pintarnya.
Dia cuba mencari semula video-video tentang pembulian Junmin. Tetapi anehnye video itu semua sudah hilang daripada sosial media. Minjae dapat merasakan bahawa pemilik akaun itu pasti telah memadamkan video tersebut supaya dia tidak disabitkan kesalahan atas punca kematian Junmin sebenar.
Minjae termenung kosong memandang di hadapan. Kemudian dia dapat merasakan bahawa kakinya disentuh oleh seseorang. Apabila dia menundukkan pandangan ke bawah, dia hilang keseimbangan badannya kerana Junmin muncul secara tiba-tiba di bawah mejanya.
"Warghh!" Jeritnya. Minjae menjauhkan diri daripada mejanya.
"Apa kau buat di sini?" Soal Minjae. Lantas dia melihat di sekelilingnya untuk memastikan bahawa tiada orang lain berada dalam kelas sekarang.
"Tolong aku, Minjae... Aku benci mereka semua... Aku nak mereka dapat balasan setimpal!"
Kata-kata Junmin itu membuatkan Minjae terkesan sedikit. Dengan perlahan-lahan dia menghampiri Junmin.
"Cerita pada aku apa sebenarnya sudah berlaku pada kau? Kenapa kau dibuli?"
"Aku cuma nak pertahankan kau dulu..."
Minjae terkelu lidah selepas mendengar kata-kata Junmin itu.
YOU ARE READING
[C] Ghost Talker ☾ 김민재 ☽
Fanfic❝ Even the soul, I can sense their feelings. ❞ ✧*:.。.✎xikers minjae's random fanfiction Start : 24 Jun 2023 End : 6 August 2023 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover