Minjae mengangguk faham selepas mendengar kisah hidup Seeun sebentar tadi. Kini barulah dia faham punca sebenar kematian Seeun dan bagaimana hubungan dia dengan Cikgu Park sewaktu masih hidup dahulu.
Tetapi dia seperti sukar untuk percaya. Cikgu Park yang kelihatan baik dan lembut ketika mengajar rupanya seorang yang sangat tegas dan kasar. Dia juga tertanya bagaimana sifat Cikgu Park itu berubah secara drastik.
Mungkinkah sejak kematian Seeun punca dia mengubah sikapnya seratus peratus?
"Kenapa kau selalu merayau di sekolah aku malam-malam?" Minjae mengajukan soalan kepada Seeun.
"Roh aku tidak tenang. Selagi aku tak dengar ibu aku ucapkan minta maaf atas kematian aku, selagi itu aku akan merayau-rayau di sini. Tetapi aku tak menganggu siapapun." Jawapan Seeun tadi membuatkan Minjae menjadi keliru.
Agak pelik juga kerana dia tidak mendapat jawapan yang kukuh sebab sebenar Seeun hanya munculkan diri pada waktu malam. Bukankah dia boleh sahaja merayau di sekolah ini pada waktu siang? Apa kaitan merayau-rayau di sini dengan ucapan maaf Cikgu Park?
"Kau ada dendam dengan ibu kau tidak?" Minjae bertanyakan soalan lagi kepada Seeun.
Seeun terdiam sambil memikirkan jawapannya.
"Ada juga. Tetapi aku cuma nak ucapan maaf itu sahaja. Yalah mungkin silap aku juga sebab aku tak dengar kata."
"Nak aku tolong kau tak? Aku boleh sahaja paksa Cikgu Park untuk meminta maaf atas kematian kau." Pelawaan Minjae itu membuatkan Seeun berasa pelik.
"Huh? Macam mana?"
"Macam ini..."
---------------
Lampu luar rumah dibukanya dari dalam. Walaupun sudah lewat malam, Cikgu Park tidak terasa mahu tidur sekarang. Matanya masih segar seperti dia baru sahaja bangun daripada tidur. Mungkin minuman kopi yang dihirupnya tadi punca dia tidak berasa mengantuk.
Cikgu Park mengambil peluang ini untuk menyelesaikan mana-mana kerjanya yang masih belum disemaknya. Tatkala dia sedang fokus, dia tiba-tiba terdengar bunyi loceng rumahnya ditekan oleh seseorang dari luar.
"Huh? Siapa pula datang malam-malam buta ini?" Hairannya. Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu rumah untuk melihat siapakah orang yang menekan loceng rumahnya.
Alangkah terkejutnya dia melihat Minjae sebaik sahaja dia membuka pintu rumah.
"Huh? Minjae?"
"Cikgu Park, bolehkah saya duduk di rumah cikgu buat sementara waktu?" Minjae bertanya dengan lembut.
"Ya...ya... Silakan masuk."
Cikgu Park terus mempelawa Minjae untuk masuk ke dalam. Lalu dia membuat air panas kepada Minjae yang sedang duduk di ruang tamunya.
"Kenapa kamu datang pada waktu malam macam ini? Kamu tidak balik rumahkah?" Soal Cikgu Park ingin tahu. Minjae terus menggelengkan kepala.
"Saya bergaduh dengan mereka."
"Bergaduh fasal apa?"
"Fasal keputusan saya baru-baru ini. Mereka kata saya tak ada masa depan kalau terus dapat keputusan teruk macam sekarang."
Cikgu Park agak terkejut selepas mendengar kata-kata Minjae tadi.
"Huh? Tetapi Minjae keputusan kamu itu boleh dikatakan cemerlang. Kamu tak pernah gagal dalam mana-mana subjek sebelum ini. Mungkin ibu bapa kamu yang tak nampak."
"Cikgu pun rasa begitu?" tanya Minjae dengan wajah yang sedikit sayu. Cikgu Park mengangguk sambil tersenyum.
"Ya. Jangan risau kamu boleh buat yang terbaik lagi selepas ini."
"Kenapa baik sangat?"
Senyuman yang terukir pada bibir Cikgu Park tadi terus berubah selepas sahaja mendengar soalan Minjae begitu.
"Minjae?"
"Kenapa baru sekarang nak baik?"
Cikgu Park terkedu. Suara Minjae juga mula berubah secara tiba-tiba. Suara Minjae sekarang sama seperti suara...
"Se--seeun?"
Minjae terus menoleh ke arahnya membuatkan Cikgu Park terkejut. Anak matanya yang berwarna coklat itu berubah menjadi hitam, wajahnya yang bengis serta tubuhnya yang berubah itu membuatkan Cikgu Park sedar bahawa itu bukanlah Minjae!
Kini Seeun yang berada di hadapannya dengan menggunakan tubuh Minjae!
"Ibu memang jahat kan! Kenapa ibu layan Seeun teruk dulu? Apa salah Seeun pada ibu?"
"Jangan dekat!" Teriak Cikgu Park. Namun Seeun tetap berjalan menghampirinya sambil tersenyum sinis.
"Ibu tak tahu setiap hari Seeun sengsara sebab nak dapatkan keputusan cemerlang untuk buat ibu gembira! Tetapi kenapa sampai sekarang ibu buta dengan hasil yang Seeun dapat itu?" tanya Seeun lagi. Cikgu Park terkelu untuk bersuara.
"Ibu selalu anggap keputusan Seeun keputusan paling teruk yang pernah ibu tengok! Ibu selalu paksa Seeun untuk belajar! Ibu nak Seeun jadi apa sebenarnya? Apa yang sebenarnya ibu mahukan sampai ibu bunuh Seeun dulu!"
Tengking Seeun. Jelaslah bahawa roh Seeun tidak tenang sekarang. Selagi dia tidak mendapat jawapan, selagi itulah dia akan menganggu Cikgu Park. Wajahnya yang bengis itu juga menambahkan lagi ketakutan Cikgu Park sehingga dia tidak mampu untuk bersuara.
"Seeun tak cukup baik untuk ibu kah sampai ibu sanggup bunuh Seeun?"
"Bu-bukan macam itu!"
"Habis itu apa?"
"Ibu cuma tak nak kamu sengsara macam yang ibu alami dulu!"
Kata-kata Cikgu Park tadi membuatkan Seeun terdiam untuk seketika.
"Ibu sedar ibu dah melampau pada kamu, Seeun... Ibu terlalu tekankan kamu untuk belajar... Ibu buta sebab ibu cuma pentingkan diri sendiri dulu tanpa hiraukan sikit fasal kamu..." ujar Cikgu Park perlahan. Lalu dia memandang wajah Seeun dengan pandangan sayu.
"Ibu nak tunjukkan pada semua orang yang Seeun tak lembab macam ibu dulu... Tapi nampaknya ibu buat hidup Seeun semakin sengsara..."
"I-ibu?"
Seeun terkaku apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Puan Park.
"Maaf... Ibu minta maaf pada kamu sangat-sangat... Ibu yang jahat sebab bunuh kamu, Seeun. Ibu memang manusia yang kejam..."
Ucap Cikgu Park menyesal membuatkan air mata Seeun mula bertakung. Dia rindu perasaan ini...
Perasaan di mana ibunya mengambil berat tentang dirinya dahulu.
Seeun tidak berkata apa melainkan dia membalas semula pelukkan Cikgu Park itu. Bahkan lebih erat dia memeluk sehingga badannya bergegar kerana menangis di samping Cikgu Park.
"Ibu..."
"Maafkan ibu, sayang... Ibu betul-betul minta maaf..."
Suasana yang menyeramkan tadi berubah menjadi hiba buat mereka. Akhirnya Cikgu Park sedar bahawa sikapnya dahulu telah memusnahkan hidup anaknya sendiri.
---------------
Minjae menatap kosong rumah Cikgu Park dari luar. Suasana rumah Cikgu Park dari luar memang sangat sunyi. Tubuhnya pun sudah kembali normal sejak peristiwa itu tadi berlaku.
Satu senyuman nipis terukir di bibirnya. Roh Seeun pun sudah tenang selepas sahaja hajatnya itu tercapai.
Langkah dibuka besar. Minjae pun berlalu pergi dari situ kerana tugasnya sudah selesai.
Jadi apa yang mereka bualkan itu memang benar.
Namun sekarang, tiada lagi sudah roh anak Cikgu Park merayau di sekolahnya.
YOU ARE READING
[C] Ghost Talker ☾ 김민재 ☽
Fiksi Penggemar❝ Even the soul, I can sense their feelings. ❞ ✧*:.。.✎xikers minjae's random fanfiction Start : 24 Jun 2023 End : 6 August 2023 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover