Aku menunggu Faris mengambil nafasnya sebelum dia kembali membuka kotak suara. Halwa telingaku sudah bersedia untuk mendengar bait bicara Faris.
"Apa maksud kau, Faris?" Soalku.
Faris pandang aku. Rahangnya diketap kuat seperti takut untuk memberitahuku dengan lebih lanjut. Dada aku terasa dihimpit setelah mendengar semua perancangan untuk menculik aku ini adalah idea daripada Serena.
Kenapa kawan baikku sendiri membuat rancangan untuk menculik aku dan gugurkan kandungan aku?
"Serena. Dia—" ayat Faris terbantut. Kening kiri aku terangkat sedikit.
"Dia plan semua ni, Laila. You kena percayakan I."
"Apa bukti kau? Macam mana aku nak percayakan kau, sedangkan bukti pun kosong?" Aku bertanya lagi. Walaupun apa yang dikatakan Faris itu mungkin benar, tak semudah itu untuk aku berpihak padanya. Dia pun bersubahat dengan Syafiq, macam mana nak percaya?
Tiba-tiba Faris menarik tanganku masuk ke dalam genggamannya. Terkejut aku dengan tindakannya. Mahu saja aku tarik kembali tapi dia tetap berkeras. Aku pun tidak berdaya untuk melawan kembali gara-gara sakit fizikal yang masih terasa.
"I boleh tunjuk bukti pada you, Lai. Tapi bukan sekarang. Apa yang I nak you tahu sekarang ni, Serena is—"
Faris menarik nafas dalam. Kemudian dia menghembuskan dengan perlahan sebelum kembali bercerita.
"Lorenzo's daughter."
Sebaris ayat itu cukup membuatkan mata aku terbuntang luas. Haha, semua ni... Mengarut, kan?
Penyataan yang meluncur keluar daripada mulut Faris itu membuatkan aku susah untuk terima. Entah kenapa hati aku terdetik mengatakan apa yang dikatakan Faris itu betul seratus peratus.
Badanku tiba-tiba terasa lemah. Segala tenaga yang aku kumpul tadi seperti lesap begitu saja selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki di hadapan aku sekarang ini.
Kenapa Serena tipu aku? Dia pernah beritahu aku yang papanya dah lama meninggal ketika dia kecil dulu. Dia tipu.
"Laila..."
Tanpa sedar, air mata perlahan-lahan keluar dari tubir mata, membasahi pipiku yang sudah bercalar.
Lantas itu, Faris melepaskan tanganku kemudian dia segera mengambil sehelai tisu di meja bersebelahan dengan katil. Dia hulurkan pada aku.
"Please, Faris... Cakap dekat aku yang semua ni hanyalah satu penipuan yang keluar daripada mulut kau." Secara spontan, kedua belah tanganku mencengkam kuat baju di bahunya. Tatapan mata yang sudah dipenuhi air dibawa memandang tepat ke wajah Faris. Aku sangat berharap bahawa kenyataan itu hanyalah satu pembohongan.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...