" Emir!!Daniel!!Adam!! cepat siap, dah lambat nak pergi sekolah ni!" ."Ye Kak Aisha sekejap kami nak sikat rambut". sahut 3 beradiknya itu.
"HAH BETINA, KAU NAK PERGI MANA?". Ayah Aisha meninggikan suara.
Ayahnya langsung tidak pernah bertutur lembut dengan Aisha apatah lagi memberi Aisha kasih sayang.
"Aisha nak pergi hantar adik adik sekolah , lepastu pergi kerja" .
"Haih orang tua ni, bangun pagi pagi mesti nak minta duit macam aku tak tahu perangai kau! Dasar orang tua bodoh.Duit je kau tahu, bukannya nak cari kerja, sibuk dengan judi lepastu berfoya foya dengan perempuan dekat luar sana, mcm aku tak tahu". Bisik hati Aisha.
"Adik adik kau mana?".
"Tengah sikat rambut" . Jawab Aisha
" Aku nak duit, kau dah gaji kan?".
"Haih aku agak dah duit jeee yang kau tahu kan ". bisik hatinya
"Kau pekak ke apa?! Aku kata nak D U I T!".
"Ayah! Bukan ke Aisha dah bagi duit dekat ayah minggu lepas ? Mana pergi semua duit tu?".
"Tu minggu lepas, mana cukup" .
"Tak cukup? Rm 300 Aisha bagi dekat ayah,itupun tak cukup lagi ke?!". -Aisha meninggikan nada suaranya kerana terlalu geram dengan sikap pemalas ayahnya
"Wah? tinggi suara kau ya? Eh betina kau dengar sini baik baik duit yang kau bagi dekat aku
tu tak cukup kau faham tak? Aku nak kau bagi aku lebih, aku nak 500" ."500?! Ayah nak buat apa duit banyak banyak macam tu ha?! Kalau Aisha bagi 500 dekat ayah kita nak makan apa? Gaji Aisha pun 1500,duit makan lagi, duit bayar air lagi, banyak tahu tak nak kena pakai duit.Untuk adik adik lagi".
" Itulah siapa suruh kau kerja dekat tempat gaji yang murah. Memang tak cukup lah jawabnya. Itulah aku hantar kau pergi sekolah jadi pandai. Ni tak bodoh juga, kalau aku tahu aku jual kau dekat tempat pelac*ran" .
"AYAH! Ayah jangan melampau ya! Ayah itu apa kurangnya? Bodoh jugak kan? Mak bapak ayah hantar ayah sekolah jadi manusia bukannya jadi binatang macam ni?! Apa kata Ayah pergi cari kerja! Cari duit sendiri? Kalau betul lah pandai kan pergi la cari kerja. Cari dekat kl tu mesti dapat yelah ayah kan pandai sangat kan sampai nak jual anak sendiri!
Ingat Aisha... ".Pang! Tak sempat Aisha menghabiskan kata katanya, laju ayahnya menampar pipi Aisha.
YOU ARE READING
C | JIKA ITU TAKDIRNYA
RomanceAisha Amalia seorang anak perempuan sulung dalam keluarga Megat Helmie. Dia bekerja keras demi sebutir nasi untuk dirinya dan 3 orang lelaki adiknya. Megat Helmie seorang ayah yang kaki judi, kaki perempuan dan juga kaki pukul. Hari demi hari Aisha...