Sudah lebih 30 minit Aisha menunggu suaminya kembali di bilik mesyuarat. Naik bosan buatnya menunggu tanpa membuat apa-apa.
Aisha mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut dan mencari suaminya.
"Ya Allah, dah lah besar hotel ni, dekat mana aku nak cari diorang?". Kata Aisha sendiri.
Aisha kini berjalan menurun anak tangga kecil. Terdapat banyak sijil yang digantung pada dinding. Anugerah hotel termewah. Dan syarat-syarat bekerja di sini di gantung juga. Besar!
Aisha masuk ke sebuah bilik yang jauh dari sijil-sijil yang tergantung tadi. Pintu kayu itu di buka. Terdapat lukisan seorang wanita seperti di kenali oleh Aisha.
"Ini macam Anu..." Tak sempat Aisha meneruskan kata katanya.
"Miss Aisha?". Tegur seorang perempuan di belakangnya.
"Alyena?".
"Yes, I'm Alyena".
"Puan buat apa dekat dalam bilik ni. Baik puan keluar segera. Bilik ni tiada siapa boleh masuk kecuali Mr. Ayden. Ini bilik privasi dia. Biasanya bilik ini di kunci, mungkin Mr. Zareed lupa nak kunci".
Dengar sahaja Alyena berkata begitu, Aisha bergegas keluar dari bilik tersebut.
"Macam mana puan boleh sampai ke sini?".
Aisha hanya memberikan senyuman. Soalan yang di tanya oleh Alyena di hiraukan. Sungguh cantik wanita bernama Alyena di hadapannya. Alyena seorang pekerja hotel milik Zareed. Di mana hotel ini sangat mahal, dan orang yang ingin mengunjungi hotel ini akan di siasat secara rahsia agar tidak ada musuh yang menyamar. Setelah mereka sampai di destinasi rahsia milik Zareed, Zareed membawa mereka ke hotel ini. Syarat-syarat berkerja di sini perlulah menutup aurat dengan sempurna. Itu adalah syarat yang Zareed tetapkan kalau ingin bekerja di hotel ini.
"Alyena, boleh saya tahu dekat mana Anais berada?".
"Sorry miss, who Anais?".
Aisha mengerut dahi. Aisha berdiam diri, cuba mengingati kembali nama yang disebut oleh Zareed semasa mereka di kejar musuh.
Ting!
"Sorry, I mean Alex".
"Oh, Mr. Alex. Dia ada dekat tingkat 23. Puan boleh guna lif privasi dekat hujung sana. Ini sampul surat yang Mr Alex beri dekat saya. Dia suruh bagi dekat Puan". Sampul surat bertukar tangan. Aisha mengucap terima kasih.
"Lagi satu, Mr. Ayden bagi pesanan dekat saya yang puan tidak boleh turun ke tingkat 20 . Puan boleh guna tingkat 22 hingga 30 sahaja".
"Sekarang saya berada di tingkat mana ya?". Soal Aisha.
"Tingkat 29". Jawab Alyena
"Thank you Alyena".
"Saya pergi dulu. Kalau puan perlukan bantuan apa-apa, telefon saya. Ini kad saya". Kata Alyena. Kad bertukar tangan.
"Happy working". Ujar Aisha pada Alyena.
Lalu Aisha menghayunkan langkahnya menuju ke pintu lif privasi yang di tunjuk oleh Alyena. Masuk sahaja di dalam perut lif. Aisha menekan password yang ditulis oleh Anais dalam sampul surat tersebut. Digit 23 ditekan.
Setelah pintu lif dibuka, Aisha bergegas keluar dari perut lif. Terdapat banyak bilik yang berada di tingkat 23 tersebut membuatkan Aisha menepuk dahi.
YOU ARE READING
C | JIKA ITU TAKDIRNYA
RomanceAisha Amalia seorang anak perempuan sulung dalam keluarga Megat Helmie. Dia bekerja keras demi sebutir nasi untuk dirinya dan 3 orang lelaki adiknya. Megat Helmie seorang ayah yang kaki judi, kaki perempuan dan juga kaki pukul. Hari demi hari Aisha...