Ansha | 5

954 34 1
                                    

aduh letihnya, time to eat!! kata Maria pada dirinya.

Aisha, cerita lah dekat aku kenapa kau kena tampar dengan ayah kau lagi.

Macam biasalah Maria.

Duit?

Aisha hanya menganggukkan kepalanya.

Haih, aku ni bukan apa tau Aisha, aku kesian dekat kau, jom lah duduk dengan aku, ajak adik adik kau sekali.

Aku bukannya tak nak duduk dengan kau Maria, kalau aku duduk dengan kau orang tua aku macam mana?.

Ibu kau? Lah kau boleh je kan pergi hospital, tak ada masalah pun.

Yee memang laa, masalahnya bapak aku tu, dia nak makan apa,dah lah pemalas cari duit, lagi satu hutang along dia tak bayar lagi, tak pasal pasal along datang rumah pukul dia macam mana?

Haih kau ni Aisha, walaupun bapak kau macam tu, kau masih baik kan, kau masih kisah pasal dia, kalau aku, aku blah je weh buat semak otak aku fikir.

Baik buruk dia, dia tetap bapak aku Maria.

Hmm, Oh ya apa cerita?

Cerita apa kau ni?

Alaaa mamat yang kau tolong kemalangan tu lah. Hensem tak?

Ish kau ni lah, aku tak dapat tengok muka dia.

Aik? Kau tolong dia tapi tak dapat tengok muka dia?.

Ye dia tak bukak dia punya helmet.

Aik? Oh ya aku ada dengar, kawan dia ada juga kan? Hensem tak? Hehe.

Ish kau ni. Aisha ketuk kepala kawannya , ada saja soalannya.

Aduu, sakitlah.

Nak kata hensem tu hensemlah tapi miang gila weh!!

Seriouslah? tanya Maria.

Ye weh, tapi mamat helmet itu tak macam kawan dia.

Tak macam kawan dia? Maksud kau?.

Kawan dia tu miang, dia tu tak, cara percakapan pun nampak kasar,tapi weh dia ni baik tau, dia suruh si kambing tu belikan tayar baru untuk aku.

Eh cop cop cop, kambing? Siapa kambing? Tanya Maria dengan muka kehairannan.

Kambing tu kawan dialah yang miang tu.

Kambing nama dia? HAHAHA kelakar gila.

Kan weh HAHAH, tapi aku rasa tu nama samaran mungkin.

Samaran?

Sebab aku ada dengar yang mamat helmet tu cakap, "dah lupa ke apa kerja kita"

Maybe diorang kerja polis??.Tutur Maria kepada Aisha.

Ish taklah sebab kawan dia tu pakai baju macam kerja office. Dah lah makan cepat nanti lambat masuk kerja, membebel boss kita tu.

Oghey!

☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎

Tolong aku bukakan helmet aku jap, tangan aku sakit.

Sekejap.

Lalu si kambing menolong kawannya membuka helmet tersebut.

Ni nak aku bawak kau pergi hospital terus ke? Tanya si kambing.

Tak perlu, bawa aku balik rumah aku, lepastu aku nak kau siasat siapa yang langgar aku.

Okay boleh, tapi kau serious tak nak pergi hospital? Aku tengok kau ni teruk.

Tak apa, aku minta Mak Wan yang cuci luka aku.

Haih kau ni, ye lah. Oh ya kau tak nak aku siasat tentang budak tu ke?

Budak? Budak mana?

Alaaa, perempuan biri biri yang tolong kau tu.

Nak buat apa siasat dia?.

Aku tanya je mana tahu kau nak kenal dia ke? Boleh tahan lawa juga tu. Lagipun kau tak ucap thanks pun dekat dia kan sebab dia tolong kau?.

Tak perlu.

Kau ni jual mahal sangatlah, tak kahwin sampai tua tahu lah kau.

Lebih baik jual mahal, daripada kau miang sana sini.

Si kambing hanya diam kerana dia sentap dengan percakapan kawannya.

Oh ya motor kau jangan risau aku dah call towing, dia hantar motor kau pergi bengkel. Apa apa aku roger kau.

Thanks bro.

Anything for my baby boo. Kambing sambil buat flying kiss.

Baby boo kepala kaulah.

Apa salahnya nak manja manja dengan sahabat aku sorang ni.

HAHAHAHA"mereka pun gelak bersama.

Aduh. Adu helmet sambil memegang kepalanya yang dipenuhi darah.

Kau okay tak ni,aku tak ada kain lah pula.

keadaan kau ni teruk, aku nampak badan kau ni lemah. Aku terus bawak kau pergi hospital terus.

Tak perlu.

Argh tak ada alasan, tak pasal pasal bertambah teruk. Habis seat aku kena darah kau.

Hak alah, nanti kau basuh lah. Aku bagi duit.

Ceh, bagi duit konon, kau tu dah lah haji bakhil.

Sejak bila pula aku haji bakhil?

Aku pinjam 3 ringgit haritu pun kau suruh aku bayar balik, ni nak cuci kereta kau nak bagi duit? Kiamat dunia ni.

Itu sebab aku nak beli gula gula, aku tak bawak wallet.

Alasan.

Dah lah, kau pandu lah kereta tu, aku nak rehat sekejap, sakit badan aku ni. Jangan lupa siasat apa yang aku suruh.

Baik boss.

☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎

Setelah sampai di rumah, Aisha terus masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan dirinya.

Haih penatnya ya Allah, kenapalah semua benda yang teruk berlaku pada harini?. Haih..

Ish Aisha, tak baik cakap macam tu, mungkin ada hikmahnya, astagfirullalahalazim. Bisik hati Aisha.

Aisha menepuk kocet seluarnya dan merasakan sesuatu.

Eh, wallet? wallet siapa ni eh? Macam wallet lelaki.
Aisha membelek belek wallet tersebut sambil memikirkan bagaimana wallet lelaki berada dalam kocet seluarnya.

☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎
Ish topi ni pun takkan tak nak bagi kerjasama, dah lambat ni.

Sambil memakai topi keledar Aisha ternampak wallet di rumput yang diduduki jejaka tadi.

Eh jap, ni wallet mamat tu ke ha? Argh simpan dulu lah, dah lambat ni.

☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎☼︎

Ohhh ni mesti wallet mamat tadi.

Aisha membuka wallet tersebut kerana ingin mengetahui milik siapakah wallet tersebut, mungkin jejaka yang dia tolong tadi atau orang lain?.

Bapak banyak duit dalam wallet ni,kalau aku lah simpan dalam tabung, kalau hilang naya mat. Haih.
Ish mana ic dia ni, tak ada ic langsung? Serious lah, berani gila tak bawak ic.

Aisha membelek belek wallet tersebut hingga terjumpa sebuah cad yang dikandugi nombor telefon dan nama.













𝑡𝑜 𝑏𝑒 𝑐𝑜𝑛𝑡𝑖𝑛𝑢𝑒𝑑.....

Sabar sabar sikit je lagi nak tahu nama lelaki tu HAHAH,

Maaf kalau banyak kekurangan, saya writer baru, saya mencuba yang terbaik!.

C | JIKA ITU TAKDIRNYA Where stories live. Discover now