Ansha | 29

423 26 0
                                    

Mak wan dan Maria berlari anak menuju ke Anais yang sedang berdiri.

Anais, Aisha macam mana ?. Soal mak wan.

Alhamdulillah mak wan, Aisha dah lepas tahap kritikal.

Alhamdulillah. Ya Allah macam mana boleh jadi macam ni. Apalah dosa Aisha orang buat dia macam tu.

𝐹𝑙𝑎𝑠ℎ𝑏𝑎𝑐𝑘...

𝐴𝑛𝑎𝑖𝑠 ,𝑘𝑎𝑢 𝑡𝑎𝑘 𝑛𝑎𝑘 𝑐𝑎𝑙𝑙 𝑚𝑎𝑘 𝑤𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑟𝑖𝑎 ? .

𝐾𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑐𝑎𝑙𝑙 𝑛𝑎𝑘 𝑐𝑎𝑘𝑎𝑝 𝑎𝑝𝑎 𝐹𝑖𝑞.

𝑇𝑎𝑘 𝑎𝑝𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑖𝑎𝑟 𝑎𝑘𝑢 𝑗𝑒 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑐𝑎𝑙𝑙 , 𝑎𝑘𝑢 𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑑𝑒𝑘𝑎𝑡 𝑑𝑖𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝐴𝑖𝑠ℎ𝑎 𝑘𝑒𝑛𝑎 𝑝𝑢𝑘𝑢𝑙 . 𝑁𝑎𝑛𝑡𝑖 𝑏𝑖𝑎𝑟 𝐴𝑖𝑠ℎ𝑎 𝑐𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑚𝑢𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑒𝑘𝑎𝑡 𝑑𝑖𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟 .

𝑂𝑘𝑎𝑦𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑚𝑎𝑐𝑎𝑚 𝑡𝑢 .

𝐸𝑛𝑑𝑓𝑙𝑎𝑠ℎ𝑏𝑎𝑐𝑘...

Mak wan tengok Aisha dekat dalam ya. Korang berdua dah tengok Aisha ke?.

Anais dan Rafiq hanya menggelengkan kepala.

Mak wan mengangguk faham. Lalu dia masuk ke dalam bilik Aisha.

Setelah beberapa minit, mak wan keluar dari bilik.

Mak wan memandang Anais yang duduk sambil baca majalah itu.

Mak wan bawak Daniel dengan Adam pergi kantin jap ya. Maria pun ikut sekali. Aisha dari tadi tak bangun. Dia perlukan rehat yang cukup. Tutur mak wan. Anais hanya mengangguk faham.

" Rafiq dah balik ke Anais?" . Soal Maria

"Belum. Dia ada dekat kantin."

Setelah mak wan dan Maria beredar dari situ. Anais melangkah masuk ke dalam bilik Aisha. Dia menatap sayu wajah Aisha yang terlantang di atas katil. Muka ada kesan lebam. Waktu dia jumpa Aisha dalam keadaan tak bertudung, lehernya pun ada kesan lebam juga, seperti kena cekik.

Anais menghampiri Aisha. Wajahnya di tatap lama.

Dia menundukkan pandangannya.

Lepaskan aku Daren!. Ibu tolong Aisha ibu!. Ibu tolong Aisha!. Badannya meronta ronta minta tolong.

Setelah dengar Aisha meminta tolong,  Anais ingin menyedarkan Aisha dari buai mimpinya itu.

Aisha! Calm down Aisha, kau selamat. Tutur Anais dengan cemas. Dia tak tahu nak buat apa, nak pegang haram pula.

Anais mendekatkan bibirnya ke telinga Aisha. Anais membisikkan selawat. Selepas dia membisikkan selawat, Aisha terus tenang. Dirinya tidak meronta ronta lagi. Air matanya mengalir deras. Dia terus terjaga dari buai mimpinya. Dia berpeluk tubuh.

Aisha memandang belah kirinya kerana dirinya berasa ada susuk tubuh lelaki memerhatikannya. Lagi sekali dia meronta.

Pergi! Jangan sentuh aku! Pergi Daren!. Tutur Aisha sambil menerkup mukanya dengan bantal.

" Aisha, Aisha" . Panggil Anais dengan lembut.

" Pergi lah bodoh! " .

Ya Allah Aisha kenapa ni?. Soal mak wan setelah dia nampak Aisha meronta ronta untuk suruh Anais pergi.

C | JIKA ITU TAKDIRNYA Where stories live. Discover now