"Amira Esha! This is beyond our capability" bergema suara lelaki itu.
"Come on Ad. I want to handle this case." Laju wanita itu menjawab. Bengang barangkali keputusannya ditolak mentah-mentah.
"Ya Allah, apa masalah si Amira Esha ni! Degil!!" lelaki digelar Ad itu meraup mukanya. Geram.
Amira yang melihat tingkah laku lelaki itu hanya diam dan menunjukkan wajah yakin. Aku tak kira. Aku nak juga handle kes ni.
Degil. Ya itu yang orang sifatkan tentang aku. Berani, tak mudah kalah juga salah satu sifatku. Sejak aku belasan tahun lagi aku dah terapkan sifat-sifat ni dalam hidup aku.
Jika aku nak A maka A lah jawapannya. Tiada B dan sebagainya. Amira Esha kan. Tanpa sifat yang aku ada tu, aku tak akan sampai ke tahap ni. Bergelar seorang peguam yang berjaya.
"Haih! I tak tahu nak cakap apa dekat you. Degil sangat!"
"Well i am" laju Amira menjawab
Mengeluh lagi lelaki tadi. Sedar bahawa dia memang tak dapat menghalang niat wanita itu. Dia sedar yang dia memang akan sentiasa kalah. Sifat yang dimiliki oleh Amira inilah yang menyebabkan dia menjadi seorang peguam yang dikenali ramai.
Keyakinan yang ada menyebabkan dia berjaya membawa beberapa kes yang pada awalnya tidak disangka mampu menang tetapi berjaya memperoleh kemenangan pada akhirnya. Sehingga kini, banyak firma guaman yang menginginkannya namun semuanya ditolak.
The perk of being Amira Esha.
"Fine Mira. I let you handle this case. But listen to me" serious wajah lelaki itu
"When i said this this case is beyond our capability, ini bermaksud kes ni bukan biasa-biasa. Ni kes jenayah. Ramai lawyer yang reject kes ni. Why? Risk. Being a lawyer yang handle kes jenayah macam ni pasti akan ada risiko."
"Nyawa you. Even nyawa orang keliling you pasti terlibat. And that is the reason kenapa i taknak you ambil kes ni. I dont want you to risk your own life. Memang you pernah handle kes jenayah sebelum ni. Tapi yang ini lain. Libatkan diri dalam jenayah dadah itu biasa. Tapi bila mafia ketuanya, ianya jadi luar biasa"
"So please Mira. Be careful. Find me if you need help. If you want to stop then tell me"
Lelaki itu menerangkan dengan panjang lebar. Setiap yang dikatakan semuanya fakta. Menjadi seorang peguam bukannya mudah. Bahaya dikeliling pinggang.
Mesti pelik. Kenapa peguam yang menguruskan kes jenayah dadah. Bukan kah sepatutnya polis atau tentera? Ya betul. Memang perkara berkaitan dadah sepatutnya diuruskan oleh badan beruniform negara.
Tapi uniknya kes ini. Khidmat guaman diperlukan. 'Eternita'. Itulah nama organisasi dadah ini. Dalam bahasa melayu disebut sebagai 'keabadian'. Organisasi dadah ini sudah lama ditubuhkan. Bahkan sentiasa berada dalam senarai polis dan badan beruniform negara yang lain.
Dulu pernah ditumpaskan. Tapi hanya seketika apabila bukti yang diperolehi tidak mencukupi. Sebab itulah nama organisasi itu ialah 'keabadian'. Mereka licik. Rasuah terlalu banyak berlaku. Sehinggakan beberapa orang korporat juga melibatkan diri. Dan sebab itu mereka susah untuk ditumpaskan.
Oleh itu khidmat guaman diperlukan. Untuk apa? Bukti. Bukti diperlukan bagi menumpaskan mereka secara kekal. Bukti berkaitan dengan ahli korporat juga diperlukan supaya organisasi ini tiada orang dalam untuk dijadikan benteng pertahanan.
Risiko? Ya. Sangat berisiko. Ini semua kerana pernah berlaku kes pembunuhan seorang peguam 7 tahun yang lalu. Dia dilantik untuk mengumpul bukti berkaitan dengan organisasi ini. Namun semuanya sia-sia apabila dia dibunuh.
YOU ARE READING
THE QUEEN [HIATUS]
RomanceAmira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi pertaruhan. Segalanya kucar kacir apabila dia melibatkan diri dalam satu kes jenayah. Hidup yang sekian m...