"Assalamualaikum atuk nenek" jerit Adam sambil berlari masuk ke dalam rumah.
Tersenyum aku dibuatnya. kanak-kanak. kehidupan penuh dengan pelangi. Tidak seperti orang dewasa, kilat menyambar setiap hari.
"Waalaikumsalam. ha balik dah?" mama menegur dari arah dapur.
"Dah. Nenek, Adam lapar" adu Adam sambil membuat muka kesian. apa kau ingat nenek kau tergugat?
"Alololo sian cucu nenek ni. Ha pergi mandi dulu lepastu turun bawah makan"
Yup, nenek kau tergugat.
Tanpa menunggu lama, Adam berlari naik ke atas. Tergeleng kepala mama melihat tingkah laku Adam. Aku yang sudah labuhkan duduk di sofa berangkai dua hanya melihat Adam menaiki tangga dengan laju.
Papp!!
"Adui!" peha yang menjadi tamparan mama tadi diusap perlahan. Faham jelah kalau dah kena penangan mak-mak. Sakit!
"Apani mama. Sakit lah" aku memuncung.
"Eleh macam tak biasa" mama menjeling dengan ekor mata. Menyampah.
"Kamu ni Mira, jarang balik rumah sini dah" mama bersuara.
"Mira busy mama. Banyak kes mahkamah kena handle" bantal kecil di penjuru sofa aku capai.
"Tak sudah-sudah kes mahkamah dia"
"Alaaa along dengan kak long pon jarang balik kan. Takde pon sesiapa duk tanya" hujung bantal aku pintal-pintalkan.
"Along dengan bini dia tu dah kahwin. Mama faham kalau diorang tu jarang balik. Kamu ni! Single lagi tapi jarang balik. Lainlah kalau balik tu tiba-tiba bawak bakal suami ke apa"
ha sudah. Mereweng sampai ke bakal suami cerita mama sekarang ni. Kalau bercakap bab kerja ni, mesti mama akan selit bab-bab kahwin. Aku aku ni dah tua sangat ke? baru ehem ehem tahun.
"Kan Mira dah cakap. Mira busy. Balik rumah sini pon jarang lagikan nak cari bakal suami. Hurmm lambat lagi"
Aku mengutarakan fakta. Kalau balik pon tiada masa, lagikan nak cari bakal suami. Lagipun aku malas nak fikir hal perkahwinan ni. Ada jodoh tu adalah, kalau takde nak buat macam mana.
"Ha ada je menjawabnya" mama bercekak pinggang. Aku hanya mengangkat bahu menandakan 'taknak percaya sudah'.
"Assalamualaikum" sekonyng-konyong suara ayah memberi salam. Serentak aku dan mama menoleh ke arah pintu.
Ayah memakai baju kurta beserta kain pelikat dan kopiah. pasti baru balik dari surau untuk solat zohor.
"Waalaikumsalam" mama menjawab salam ayah. Aku sekadar menjawab dalam hati. Malas nak keluarkan suara.
"Ingatkan lupa asal usul" tanpa amaran ayah bersuara. Kepada siapa lagi kalau bukan aku.
Mata dipejam rapat. Menahan rasa yang terbuku di dalam hati. Takpe mira, benda kau dah boleh agak. Sabar. Aku diam tidak membalas apa-apa. Mama pula sekadar menggelengkan kepala.
"Kalau dah tak reti nak balik. Duduk je dekat rumah kau tu diam-diam. Tak payah balik terus" ayah bersuara lagi
Aku yang bermain dengan bantal tadi terhenti segala kelakuanku. Kenapa? kenapa aku perlu diuji macam ni. Apa salah aku?
"Ayah kalau taknak Mira balik. Cakap awal-awal" aku menjawab. Had sabar semakin lama semakin menipis.
"Haah memang pon. Kau tak payah balik pon takpe. Buat sakit hati aku je"
Ya Allah. Ampunkan aku jika aku bersikap kurang ajar terhadap kedua ibu bapaku selepas ini. Aku penat ya Allah.
Bantal tadi aku genggam erat. Masih cuba bertahan.
YOU ARE READING
THE QUEEN [HIATUS]
RomanceAmira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi pertaruhan. Segalanya kucar kacir apabila dia melibatkan diri dalam satu kes jenayah. Hidup yang sekian m...