Dua pasang mata menoleh ke arah ayah yang berada di pintu dapur. Tangan yang laju ingin menampar tadi perlahan-lahan aku turunkan semula ke sisi. Aku paling semula melihat Fatin. Heh aku dah agak.
Fatin menayangkan riak takutnya. Air mata yang entah bila dia buat sudah mengalir di pipi. Sabar, ini baru permulaan. Kita tunggu sedikit lagi masa. Mesti muncul drama pukul 7.
"Paklong!!!! Tengok Mira ni paklong. Dia nak tampar Fatin"
"Tampar? Kau ni kenapa? Sanggup nak tampar sepupu sendiri?" Ayah bersuara.
Yeahh itu dia drama pukul 7 dah bermula. Aku diam mendengar tuduhan tersebut.
Aku memandang manusia yang sedang berdrama itu dengan pandangan sinis. Bahayanya wanita, mampu menjadi sepalsu ini.
"Siapa? Mira ke?"
"Kau jangan nak main-main Mira!" Ayah menengking lagi.
"Kau kenapa Mira? Kenapa kau nak tampar Fatin?" lantang suara ayah berkata-kata.
"Kenapa tanya Mira? Tanyalah anak saudara kesayangan ayah tu" aku menjeling Fatin yang sedang berdiri di belakang ayah seolah-olah ketakutan. Namun jelas diwajahnya yang menunjukkan reaksi puas hati apabila aku di marahi oleh ayah. Dasar perempuan tak guna.
"Kalau ya pon kenapa sampai nak menampar?"
"Dahlah ayah. Mira penat. Penat nak gaduh dengan ayah" aku berkata lemah. Sungguh saat aku berhadapan dengan sesorang yang bergelar ayah, aku tersangat lemah.
"Kau ni melampau. Terlalu lali menjadi peguam sampai kau jadi kurang ajar macam ni. Sanggup nak cederakan sepupu sendiri. Kau ni elok tak payah datang lah. Kau datang pon tak ada faedah langsung!"
"Ayah, dah kalau dia dah-"
"Melawan! Kau tak pernah nak dengar atau belajar dari kesilapan kau kan. Apa kau ingat kau dah jadi peguam, kau ada hak nak melawan kata-kata aku?"
Belum sempat aku menghabiskan ayat, ayah sudah memotong kata-kata aku. Aku terdiam mendengar bait bicara yang dilontarkan oleh ayah. Tangan aku genggam erat sehingga terasa tajamnya kuku.
Mama dan abang-abang yang berada di ruang tamu turut datang ke arah kami bertiga.
"Kenapa bang?" mama bertanya.
"Kenapa dik?" abang- abang aku yang melihat aku sudah diam tidak berkutik menghampiri aku.
"Tengoklah anak awak ni. Besar kepala sampai nak melawan cakap saya. Sesuka hati dia nak menampar si Fatin ni" ayah menjawab. Mata masih mencerlun menghadap aku.
"Betul ke dik?" abang bertanya. Aku menggelengkan kepala menandakan semuanya dusta dan fitnah semata.
"Tipu! Dia memang nak tampar Fatin tadi. Fatin tak buat apa pon" minah tak ada adab itu bersuara.
"Tak buat apa? Kau cakap tak buat apa? Hey perempuan, kau ulang balik ayat kau tu" aku mencabar Fatin. Patutnya memang aku tampar je dia ni tadi walaupun ada ayah.
"Kau yang tiba-tiba na-"
"Kalau kau tak paggil aku murah. Tak buat fitnah pasal aku. Aku takkan suka-suka tampar binatang macam kau ni lah!!" aku menjerkah. Sungguh sabar aku menjadi semakin menipis apabila berada dengan perempuan bodoh ni.
"Mira!!" tempikan ayah bergema di kawasan dapur. Tiba-tiba pipi terasa pijar. Kepala juga sudah tertoleh ke sisi. Aku ditampar.
"Abang!"
"Adik!"
Abang-abang terus memaut bahu aku. Melihat keadaan aku. Pipi yang merah itu aku tekap. Tanpa sedar air mata mula bertakung dan jatuh ke pipi. Bukan kerana sakit di pipi, tetapi sakit di hati. Terkilan kecewa semuanya bercampur baur.
YOU ARE READING
THE QUEEN [HIATUS]
RomanceAmira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi pertaruhan. Segalanya kucar kacir apabila dia melibatkan diri dalam satu kes jenayah. Hidup yang sekian m...