Rumah yang penuh dengan orang ramai itu aku lihat dari jauh. Meriah. Sangat meriah. Ada yang bergelak ketawa. Ada kanak-kanak yang berlari. Ada yang sedang menjamu selera.
Bahagia.
Tapi tidak bagi aku. Perasaan aku sekarang ni bercampur baur. Ada takut. Ada resah. Ada menyesal.
Mata dipejam rapat. Nafas ditarik dalam. Ini pilihan kau Amira. Setelah beberapa hari kau berperang dengan otak dan pendapat sendiri. Akhirnya kau tekad untuk hadir malam ni.
Aku buat keputusan untuk datang selepas kenduri selesai. Bukan apa. Aku taknak berhadapan lama-lama dengan manusia tak penting yang selalu menyakitkan hati aku. Jadi biarlah orang kata aku biadap atau apa sekalipun, yang penting aku munculkan diri.
Sekadar cukup syarat.
Nasib baik juga kereta siap tepat petang tadi. Semuanya terima kasih kepada Raja Dayyan. Kalaulah dia tidak membantu aku uruskan hal kereta, memang syok aku habiskan duit dekat grab.
Tali beg tangan yang tersangkut di bahu aku genggam erat. Dan bersama langkah yang berat, aku berjalan menuju ke arah rumah tersebut.
"Assalamualaikum" aku memberi salam bersama senyuman.
Masa ni rasa nak hentak kepala kat pagar rumah. Palsu betul senyuman.
"Ehhh waalaikumsalam Esha! Sampai dah anak dara ni" Mak ngah iaitu adik kepada ayah menyambut kedatangan aku.
Kemudian kami berdua berbalas salaman sambil bertanyakan khabar. Setelah itu aku bergerak ke arah saudara mara yang lain.
Ada yang ceria melihat kedatangan aku. Menyambut aku dengan penuh ikhlas. Dan ada juga yang tidak senang dengan kehadirankan aku. Dan aku dah lali dengan semua tu.
"Mama" aku menyalam mama yang berada di depan pintu rumah setelah selesai bersalaman dengan saudara mara.
"Alhamdulillah sampai pon anak dara sorang ni. Ingatkan tak datang" mama berkata. Aku hanya tersenyum. Tidak rajin ingin membalas ayat mama.
"Oi dik!" Satu tangan tiba-tiba menjalar di leher aku. Aku buat muka bosan. Nasib ada orang ramai ni tau. Kalau tak memang jalan tar luar kau terbaring.
"Dasar bocil. Tepilah" aku menolak tangan tersebut. Siapa lagi kalau bukan si Amir Ehsan. Mamat tiga suku.
"Kau bocilkan aku budak? Dah lah lambat" Bercekak pinggang dia memandang aku. Tergugat.
"Memang kau bocil pon" satu suara menyapa telinga.
Aku menoleh ke arah suara tersebut. Bibir tersenyum melihat Amir Ersyad, abang aku yang sulung dan kakak iparku, Hanum. Di antara mereka berdua ada Adam yang sedang berpimpin tangan.
Aku menghulurkan salam. Perut kak Hanum yang sedikti besar aku usap perlahan. Kak Hanum kini mengandung 5 bulan. Tak lama lagi, Adam akan mendapat adik. Lelaki atau perempuan itu masih lagi dirahsiakan.
"Sabar ya Mira. Budak ni lambat lagi nak keluar. Main dengan Adam tu dulu" kak Hanum berseloroh. Tergelak kami berdua. Adam yang berada antara mereka itu aku usap perlahan kepalanya.
"Along, kau jangan join Mira nak bocahkan aku eh"
Ingatkan hal bocil tadi dah selesai. Rupanya belum. Lahaii abang tersayang. Sekali aku backhand memang terjulur kau kat katil seminggu.
Sedang dua manusia tu ralit bergaduh. Kepala aku teleng mencari seseorang yang aku rindukan. Amir Eshal. Abang ketiga aku.
"Mama. Abang Esh mana?" Aku bertanya.
Dalam kalangan kami empat beradik, hanya Amir Ersyad sahaja menggunakan panggilan pangkat manakala aku, Amir Ehsan dan Amir Eshal menggunakan panggilan nama. Sebab apa? Sebab boleh dik.
YOU ARE READING
THE QUEEN [HIATUS]
RomanceAmira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi pertaruhan. Segalanya kucar kacir apabila dia melibatkan diri dalam satu kes jenayah. Hidup yang sekian m...