"Cik Amira. Ini bukti lain yang kami perolehi"
Aku bersama Tuan Omar sedang duduk di sebuah bilik perbincangan dimana ianya menjadi tempat untuk kami membincangkan hal berkaitan organisasi Eternita ini.
Beberapa sampul kertas bersaiz besar diletakkan di hadapan aku. Aku tangkas mencapai sampul tersebut. Isi didalamnya aku keluarkan dan letakkan di atas meja.
Terdapat beberapa keping gambar lelaki. Yang pastinya aku tidak kenal mereka semua. Kecuali seseorang dalam gambar tu. Aku amati betul-betul lelaki tersebut. Seketika aku terkelu. Kepala aku panggung memandang Tuan Omar.
"Lelaki ni..." aku tak menghabiskan ayat.
"Ya betul. Macam yang saya cakap sebelum ni, kemungkinan ada menteri yang terlibat. Dan menteri tersebut ialah Tuan Bohari, menteri pertahanan kita. Kami juga agak terkejut kerana tidak menjangka sama-sekali yang dia terikat sama dengan Eternita. Semuanya terbongkar setelah beberapa orang kami menjalankan undercover dua hari lepas"
Tuan Omar memandang gambar lelaki itu. Seolah dia sendiri tidak menyangka bahawa orang dalam tersebut merupakan orang kuat dalam bahagian pertahanan di negara sendiri. Tidak sangka. Tidak sangka sama sekali. Aku agak terkejut.
Gila tak terkejut. Orang yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga pertahanan negara akhirnya dia yang menjadi pemusnah. Pengkhianat. Musuh dalam selimut.
"Tapi bukti ni tak cukup Tuan Omar. Tuan Bohari bukan calang-calang orang. Dia orang kuat negara kita. Kalau betul dia terlibat sama, kita perlukan bukti yang lebih kukuh" aku berkata kepada Tuan Omar.
Kalau kes jenayah biasa pon memerlukan bukti yang lebih, lagikan kes jenayah besar begini. Lagi pula Tuan Bohari merupakan ahli korporat negara. Jadi bukan mudah untuk jatuhkan dia dengan menggunakan bukti sekecil ini.
"Saya faham Cik Amira. Kami masih lagi dalam proses mencari bukti lebih kukuh. Lagipun, ada satu pasukan khas yang telah dilantik untuk membantu kami menjalankan siasatan kalini" Tuan Omar menegakkan tubuhnya.
"Pasukan khas?" Aku bertanya. Pasukan khas mana pula ni?
Setahu aku kes Eternita ni diuruskam oleh Pasukan Gerakan Khas iaitu gabungan VAT69 dan UTK. Pasukan ni merupakan satu pasukan anti pegganas dan sebuah pasukan elit dibawah naungan Polis Diraja Malaysia. Namun begitu pasukan ini juga membantu ATM dalam menangani penjenyah dan pengganas yang ada di Malaysia.
Jadi, pasukan khas mana lagi? Ke ada pasukan khas lain dalam unit jenayah di Malaysia?
"Ya. Disebabkan Eternita ni dah melibatkan beberapa buah negara luar. Tak mudah cik Amira untuk menyelasaikan kes yang berkaitan dengan negara luar. Oleh sebab itu satu pasukan khas turun membantu kami. Dan InsyaAllah jika semua berjalan lancar dengan bantuan pasukan tersebut bersama-sama dengan PGK, kes ini dapat diselesaikan dengan cepat"
Aku mengangguk. Kertas-kertas lain aku turut capai. Aku baca isi di dalamnya. Terdapat beberapa jenis dadah yang disenaraikan. Aku baca satu persatu. Kokain, ganja, heroin, flakka dan banyak lagi.
Ada jenis dadah yang biasa aku dengar dan ada yang baru pertama kali menjadi santapan mata. Bukan sedikit yang mereka edarkan, tetapi lebih daripada sepuluh jenis dadah. Dan aku pasti ada dadah yang bukan calang-calang. Melihat namanya yang pelik dan susah disebut sahaja aku dah tahu.
Berdasarkan maklumat ini, dadah-dadah tersebut dipasarkan ke tiga negara Asia iaitu Thailand, Vietnam, dan Myanmar. Namun perniagaan kerap berlaku dengan negara jiran iaitu Thailand. Aku mula membaca detail lain yang ada dalam dokumen tersebut.
"Ini sahaja yang saya mampu berikan kepada cik Amira buat masa ini. Saya minta cik Amira simpan bukti-bukti ni. Kita akan cuba cari bukti tentang Tuan Bohari dahulu sebab..."
YOU ARE READING
THE QUEEN [HIATUS]
RomanceAmira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi pertaruhan. Segalanya kucar kacir apabila dia melibatkan diri dalam satu kes jenayah. Hidup yang sekian m...