Aku membelek dokumen yang sekian bersepah atas meja aku. Kepala aku ketuk dengan pen yang ada ditangan perlahan. Ligat otak memikir.
Perbincangan antara aku dengan ASP Omar kembali berlegar di kepala.
"Macam yang saya maklumkan. Ada orang dalam yang memang terlibat dalam organisasi eternita ni. Berkemungkinan menteri-menteri kita. Tapi kami masih belum kenal pasti"
"Pihak kami masih lagi menyiasat kegiatan organisasi ni. Nak diikutkan mudah sahaja. Tapi perkara jadi makin sukar apabila kami dapat tahu yang organisasi ini berurusan dengan negara luar. Kes ni dah melibatkan negara luar. Kalau salah langkah, boleh tercetus perbalahan antara negara. Disebabkan itu kami kena lebih berhati-hati mencari bukti"
"Tapi jangan risau. Kami sudah jumpa sedikit demi sedikit bukti yang ada buat masa sekarang. Dan saya serahkan bukti ni kepada Cik Amira untuk Cik Amira simpan sebagai langkah berjaga-jaga. Kami juga ada menyimpan bukti yang sama sebagai persediaan. Dan saya minta juga Cik Amira kaitkan bukti-bukti yang ada ni dengan organisasi tersebut. Jangan risau, saya akan hantar beberapa pihak kami untuk bantu Cik Amira"
Haihhh. Kusangkakan mudah rupanya susah. Sangat complicated. Dari tadi aku duk termenung tengok dokumen yang diberi oleh ASP Omar tadi. Sampai sekarang aku masih tak boleh nak kaitkan satu pon.
Gambar konco-konco organisasi tersebut aku teliti. Ada yang macam orang Malaysia. Ada yang bukan. Benarlah, organisasi ni melibatkan negara luar.
Kepala berbalut tudung aku garu. Aigoo. Rasa nak menjerit je sekarang ni.
Perkaitan yang berlaku dengan orang dalam memang menyusahkan. Bukti seolah wujud tak wujud. Mana tidaknya, semua dah di cover line.
Arghhh mama! Mira seteghesss
Tak boleh jadi ni. Gila aku dibuatnya. Aku kerling jam ditangan. Dah habis waktu kerja. Terus aku tutup segala dokumen tadi dan masukkan kedalam bag kulit aku. Peralatan menulis aku simpan dalam almari. Kot hitam yang tersangkut di belakang kerusi aku capai.
Lebih baik aku balik, landing sekejap dan sambung semula. Manalah tahu ada ilham tiba-tiba ketuk otak aku.
Tok...Tok...Tok
Aku menoleh ke arah pintu. Terjegul muka Piqa selaku rakan sekerja aku. Kot dibaju aku betulkan. Ha ni apa pasal?
"Baru nak balik ke Mira?" Dia bertanya.
"Haah. Baru je siap kemas"
"Ermm teman aku boleh?"
Aku yang sedang mencapai beg tangan dan beg kulit tadi menayang muka pelik. Bertaut kening.
"Teman pergi mana tu?" Aku melangkah ke arahnya.
"Pergi mall kejap. Esok birthday mama aku. Aku lupa beli hadiah" dia tersengih.
Bertuah punya anak. Birthday mak sendiri pon boleh lupa. Tak patut tak patut. Ini boleh digelar anak durhaka tau.
Elehhh. Kau pon sama lupa. Kalau bukan sebab abang-abang kau ingatkan. Kau pon dua kali lima, lima kali biawak.
"Hurmm okay jom" aku bersetuju. Kesian pula tengok muka Piqa. Takpe. Penat kita tolak tepi sekejap.
Tersengih lebar Piqa bila aku bersetuju nak teman dia. Suka lah tew. Sengih sengih. Aku teleng kepala tu baru tau.
"Mira. Jom singgah butik ni kejap" piqa menarik tangan aku. Ini dah butik ke sembilan kami singgah.
Aku pasrah mengikut dia. Aku syak mak dia ni datin lah. Semua benda anaknya kata tak sesuai. Memilih ke apa? Kalau mama, aku bagi coklat je. Hahah
YOU ARE READING
THE QUEEN [HIATUS]
RomanceAmira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi pertaruhan. Segalanya kucar kacir apabila dia melibatkan diri dalam satu kes jenayah. Hidup yang sekian m...