𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 7

9.9K 464 14
                                    

"ALHAMDULILLAH", kata Puan Farida sebaik sahaja cincin itu disarungkan pada jari-jemari Qaira. Tangan syurga Izrail itu diciumnya.

"Akhirnya, kamu dah bertunang dengan anak mama" sambungnya kembali. Qaira hanya mampu tersenyum. Dia masih lagi terkejut dan tidak menyangka ternyata lelaki itu betul-betul tekad untuk mengahwini dirinya. Persiapan dalam waktu singkat mesti banyak duit yang dihabiskan lelaki itu. Katanya di dalam hati.

"Lepas ini kamu tak payah kerjalah ya?" pinta Puan Farida lagi.

"Betul apa yang mama Rael kata tu. Kalau boleh kamu di rumah je lepas kahwin" sokong Puan Daznia. Satu senyuman manis diberi kepada anak perempuannya.

"Lagi pula Rael itu mampu bagi kamu segalanya tapi kalau dia tak tunaikan permintaan bakal menantu mama ni..." dagu Qaira dicubit lembut.

"Bagitahu mama. Biar mama silatkan anak lelaki mama tu"

"Insyaallah nanti Qai fikirkan balik"

"Kalau macam tu, kami sekeluarga minta izin balik dulu" Puan Farida meminta izin untuk segera beredar setelah acara pertunangan itu.

"Cepatnya, Rida. Tak nak rehat dulu ke dekat sini?" soal mama Qaira.

"Esokkan kita dah nak berbesan jadi biarkan sajalah bakal pengantin baru ni berehat dulu" Puan Daznia mengangguk. Betul juga apa yang dikatakan oleh mama Izrail itu.



Qaira masih lagi bagaikan di alam mimpi. Langit yang kosong itu ditatapnya. Angin tengah malam saat itu membuatkan bulu romanya naik kerana sejuk. Jam menunjukkan pukul 0100 pagi. Dia masih lagi belum tidur. Alesya yang sudah tidur pulas di atas katilnya itu hanya dipandang sekilas.

Esok merupakan hari di mana dia akan bergelar seorang isteri. Ternyata semuanya telah dirancang hanya dia yang lalai. Izrail sudah lama masuk meminangnya pada saat dia diberikan cuti selama tiga bulan oleh lelaki itu.

Ternyata memang benar ada lelaki yang betul tergila-gila akan dirinya itu. Jika benar niat Izrail itu baik dan orangnya juga turut baik apa salahnya jika dia menerima lelaki itu kembali. Lagi pula dia pun turut terjatuh hati kembali kepada Izrail.

TING!

Satu pesanan masuk ke telefon pintar miliknya. Bunyi itu membuatkan Qaira tersedar daripada lamunannya yang kosong tadi.

MIKHAEL ARJUNA

Qaira, aku dengar kau nak kahwin esok? Tolong balas chat aku.

Riak wajah Qaira berubah. Benci. Perasaan itu muncul. Lelaki yang tidak pernah dia harapkan untuk mencarinya kembali kini muncul mencari dia.

"Eh, mamat ni dah kenapa?" Pesanan tadi hanya dibaca. Telefon diletakkan ke atas meja kembali. Namun pesanan itu tidak berakhir di situ sahaja. Kali ini lebih daripada tiga kali telefonnya itu berbunyi menandakan pesanan masuk kembali.

Aku tahu kau dah baca. Kenapa kau nak kahwin dengan dia?

Aku boleh ceraikan bini aku kalau kau nak! Asalkan kau jangan kahwin dengan jantan tu! Aku tak suka!

Qaira! Balaslah! Aku tahu kau masih sayangkan aku, betulkan cinta?

Aku cakap balas tu balaslah susah sangat ke kau nak balas chat aku? Kau jangan sampai aku rosakkan segalanya, Qaira! Jangan cabar aku!

Okay, fine! Ini yang kau nak? Ingat pesan aku Qaira xia! Jangan salahkan aku dengan apa yang bakal terjadi! Kalau aku tak dapat kau maksudnya tak akan ada satu pun jantan di dunia ini boleh dapatkan kau! Itu sumpah aku!

"Ada lagi lelaki gila rupanya. Mikhael Arjuna, huh?" dengan sinisnya dia menyebut nama itu. Dia teringat kembali apa yang lelaki itu pernah lakukan.

Mikhael Arjuna. Lelaki kacukkan Chinese itu pernah bertakhta di hatinya. Dialah lelaki yang menjadi pengganti Izrail saat dia mulai putus asa mencari lelaki itu kembali. Hubungan yang dia bina bersama Mikhael bukan waktu yang singkat namun 3 tahun.

Tetapi sayangnya hubungan mereka berakhir setahun yang lalu. Satu-satunya kejadian yang tidak akan pernah dia lupakan dan akan dia ingat sampai mati itu mulai bermain kembali di dalam fikirannya.

FLASHBACK

"Sabar Qai, sabar", pujuk Alesya. Mereka berdua tidak pernah melakukan perkara gila seperti ini. Apatah lagi jam menunjukkan pukul 0200 pagi sekarang.

Qaira tidak menghiraukan Alesya. Pantas kakinya dilangkahkan menuju ke pintu masuk hotel itu.

"Encik , bagitahu saya ada bilik  atas nama Mikhael Arjuna tak?" tanya Qaira kepada penyambut tetamu di situ. Lelaki itu segera mencari nama yang di sebut tadi.

"Ada kak. Bilik nombor dia 320. Tingkat 3" Qaira terus pergi mencari di mana bilik itu berada. Sampai sahaja di depan pintu bilik itu, kunci yang diserahkan oleh pekerja hotel tadi diletakkan depan pintu itu. Ia terbuka sendiri.

"Mikha-el..." suara Qaira yang lantang tadi mulai perlahan. Lelaki yang ada di atas katil itu memang benar Mikhael. Sebelahnya pula wajah yang tidak asing dan tidak bukan, Zhea. Gadis yang sedang baring di sebelah lelaki itu ternyata kawan satu bilik ketika berada di universiti.

Patutlah gadis itu suka mengikutinya ke hulu ke hilir ketika Mikhael ada di sisinya. Ternyata ada udang disebalik batu.

"Zhe-Zhea...?" Selangkah kakinya di undurkan ke belakang.

"Hey, sweetheart!" sapa satu suara yang baru memasuki ruangan itu. Pintu bilik terus ditutupnya rapat. Alesya yang ada bersamanya tadi masih ketinggalan dibelakang.

"Faris?". Dia sepupu lelaki Mikhael. Faris Zuran. Itu namanya. Lelaki yang dikenali cukup hanya ingin memiliki wanita atas sekadar nafsu.

"Apa kata malam ni kau dengan aku? Aku lapar ni..." Tangan Faris yang cuba untuk menyentuhnya itu segera ditepis. Faris tersenyum sinis. Jual mahal! Aku suka.

"Mikhael dah mabuk! So kalau aku apa-apakan kau mesti dia lagi suka" . Perasaan Qaira ketika itu celaru. Dia tidak tahu harus sedih ataupun dia harus takut di apa-apakan oleh lelaki dihadapannya sekarang.

"Qaira! Qaira!" kedengaran suara memanggil-manggil dirinya di hadapan. Dia tidak tahu harus berbuat apa kerana lelaki itu menghalangi satu-satunya jalan untuk keluar.

"Kau nak keluar baby girl?" tanya Faris dengan sinis.

"Kau lepaskan aku! Aku nak balik dan mulai sekarang aku tak nak ada apa pun urusan antara kau atau Mikhael!" Qaira cuba memberanikan diri untuk keluar. Tapi sayangnya dia terus ditolak oleh Faris hingga menyebabkan dia terjatuh ke atas sofa.

"Alesyaa! Tolong aku! Alesyaa!" Dia cuba untuk teriak dan berharap agar Alesya dapat mendengarnya. Faris menghampirinya dan cuba untuk memperkosa diri dia.

Qaira cuba melawan. Namun pipinya di tampar berkali-kali oleh Faris. Bunyi bising itu menyebabkan Mikhael tersedar seketika. Kehadiran Qaira itu hanya dipandang sebelum dia memeluk kembali gadis disebelahnya.

"Khael ! Tolong aku , Khael!"

"Percuma, Qai ! Percuma! Khael tak akan pedulikan kau! Hari ini kau akan jadi milik aku" kata Faris dengan bangganya.

"Jantan tak guna!"

PAKK!

Belakang Faris dipukul menggunakan pasu kaca yang ada di dalam bilik itu oleh Alesya. Pukulan yang kuat itu menyebabkam Faris terjatuh pengsan. Qaira sudah menangis teresak-esak. Tubuhnya dipeluk erat oleh Alesya.

Nasib sungguh berpihak kepada dirinya ketika itu. Tindakan pantas Alesya meminta tolong dengan segera kepada pekerja di hotel itu menyelamatkan diri dia daripada dianiaya.

END FLASHBACK

"Aku ingat apa yang kau buat Khael! Sampai mati aku tak akan pernah maafkan kau! Sanggup kau biarkan aku di rogol sepupu kau sendiri!"

"Jantan tak guna!" kata Qaira dengan nada yang geram. Air mata mengalir di pipinya. Itu bukan menandakan kesedihan tetapi perasaan marah yang terlampau dia rasakan.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now