𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 26

6.1K 324 3
                                    

"Cemekom, tok ma", sapa Hayder yang baru sahaja memasuki ruangan wad Qaira itu bersama Alesya disampingnya.

Alesya mencium tangan  Datin Daznia dan Puan Sri Farida, Hayder juga turut mengikuti apa yang dilakukannya.

Waktu itu hanya ada mereka berempat sahaja berada disitu. Tan Sri Razil dan  Datuk Khusyairi tidak berada disitu kerana mempunyai urusan pekerjaan diluar.

Zafri pula disuruh keluar berehat sebentar oleh mama Qaira.

Dia tidak mampu menolak dan dia juga tidak boleh meninggalkan mereka bersendirian sahaja disitu. Jadi dia membuat keputusan untuk menunggu sahaja diluar wad itu.

"Mommy, sick ke tok ma?", sekali lagi soalan itu diajukan kepada Puan Sri Farida.

Hayder memanggil ibu Izrail itu dengan gelaran "tokma" manakala dia memanggil ibu kepada Qaira pula "nenek".

"Haah sayang, mommy sakit. Tapi nanti mommy sedarlah tu", jawab Puan Sri Farida hanya sekadar untuk menenangkan cucunya itu.

"Meh sini dekat nenek", panggil Datin Daznia. Hayder berjalan menuju ke arahnya lalu memeluk neneknya itu.

"Kenapa mommy selalu sakit? Ini semua mesti salah Uncle Khael!".

Membulat bola mata Alesya mendengarkan apa dikatakan oleh Hayder itu kerana terkejut.

Siapalah yang tidak terkejut jika tiada satu pun orang yang pernah menyebut apa lagi mengenalkan lelaki itu kepada Hayder, dan kini dia mengenal lelaki itu bahkan namanya juga.

Mereka bertiga menatap diri masing-masing. Puan Sri Farida juga sudah mengenal lama siapa  yang mereka maksudkan kerana anak lelakinya itu sudah menjelaskan kepadanya secara diam-diam sebelum ini.

"Ayder, maksud sayang Uncle Khael itu yang ni ke?", soal Alesya lalu menunjukkan gambar seorang lelaki yang mengenakan suit hitam itu kepada Hayder.

Dia memerhati gambar itu agak sedikit lama sebelum menjawab soalan yang ditanya tadi.

"Haah, itu uncle yang datang masa Ayder tengah school", jawab Hayder sambal memakan lollipopnya.

"Ayder jumpa dia?", kali ini Datin Daznia pula bertanya.

"Yes, grandma! Oh, yeaa Ayder lupa yang dia pernah bagi sesuatu dekat Ayder."

"Wait a minute", sambungnya lagi. Hayder mengeluarkan satu persatu barang yang ada di dalam bagnya itu. Satu kertas yang kelihatan kosong namun ada berisi nota di dalamnya diserahkan kepada Alesya.

"Uncle tu kata kalau mommy masuk hospital lagi baru boleh bagi kertas ni", kata Hayder lagi. Nota itu dibaca secara senyap oleh Alesya.

Belum sempat Datin Daznia dan juga Puan Sri Farida menanyakan isi surat itu, Alesya terus meminta izin untuk pergi sebentar.

"Ermm, aunty. Alesya minta diri dulu ye? Nanti Alesy datang lagi, kalau Qai dah sedar bagitahu Alesy juga tau", katanya.

Melihat kelakuan Alesya yang aneh itu dua besan itu dipenuhi dengan perasaan ingin tahu apa yang ada di dalam nota yang telah  dibaca oleh Alesya tadi sehingga membuat dia tergesa-gesa pergi daripada situ.




"Hello, Abang Awish"

"Ya, Alesy? Kenapa?", soal Fawish yang menerima panggilan daripada Alesya itu.

"Alesy ada benda nak cakap. Tapi kalau boleh Alesy nak Rael dengar sekali semua ni", kata Alesya. Dia masih lagi berada di dalam kawasan hospital itu cuma jauh sedikit daripada ruangan Qaira dirawat.

"Apa dia tu, Alesy? Tak boleh cakap dalam telefon ke?".

Fawish sedikit kebingungan apabila Alesya tiba-tiba ingin berbicara secara bersemuka dengan mereka.

"Tak, abang Awish"

"Okay, sekejap lagi kita jumpa dekat kafe tingkat bawah. Alesy tunggu situ dulu, abang dengan Rael dah nak sampai dah"

Panggilan telefon itu terus diletakkan oleh Alesya. Dia bergerak menuju ke tempat kafe yang ada di hospital itu untuk menunggu mereka berdua sampai.

"Haa, Alesy what is that?", soal Izrail yang baru sahaja tiba di situ lalu menarik kerusi yang ada dihadapan Alesya.

Alesya tergamam apabila melihat bukan mereka berdua sahaja tiba di situ malah berlima termasuk Danial, Kharl dan Raffael.

Mereka berenam duduk di satu meja yang sama dan di kelilingi oleh beberapa anak buah The Demon's.

"Ini". Nota tadi dikeluarkan oleh Alesya dan dihulurkan kepada mereka berlima. Izrail mengambil nota tersebut dan terus membacanya.

Mi assicurerò che Qaira non sarà mai tua! Se possibile finirò Qaira io stesso. Kau tahu BR. Dia sepatutnya menjadi lambang perpisahan. ( Aku akan pastikan kau tak akan pernah memiliki Qaira. Kalau boleh aku sendiri habiskan Qaira)

"Alesy nak cakap. Benda ni pernah berlaku sewaktu Qaira tengah sambung belajar. Sebenarnya, Mikhael pernah jumpa Qaira balik dekat sana dan waktu tu dia bagi surat yang hampir sama macam ni dekat seorang lelaki yang cuba dekati Qaira"

Mereka berlima menatap diri masing-masing apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Alesya.

"Apa yang Cobra cuba buat? No, I mean Mikhael", soal Izrail.

Alesya sempat mendiamkan diri sebelum menarik nafas yang cukup dalam untuk menceritakan apa yang berlaku selepas itu.

"Qai, Qaira hampir dibunuh oleh Mikhael", dengan suara yang geram dia mengatakan perkara itu.

"Qaira, diculik dan dikurung di dalam sebuah kilang yang tak terpakai waktu di Turki..."

"Dan... seluruh pintu utama kilang dipasang bom oleh Mikhael"

"Ta-tapi Allah bagi Qaira selamat. Qaira sempat larikan diri..."

"Ka-kalau tak mesti dia dah tak ada sekarang", dengan air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi dia menceritkan semuanya.

Siapalah yang tidak akan bersedih jika sahabat yang kita anggap seperti keluarga sendiri berada di dalam bahaya namun tiada satu pun yang ada bersamanya ketika itu.

Dia tahu jika Mikhael menghantar surat ataupun nota seperti itu, tidak mustahil jika dia akan melakukannya lagi kali ni.

Lelaki itu hanya ingin Qaira dimiliki oleh dirinya sahaja. Bagi dirinya, jika dia tidak dapat memiliki atau mendapatkan apa yang dia inginkan maka orang lain juga tidak boleh memilikinya.

"Merda!"

Izrail menghentak kuat meja itu sehingga membuatkan yang lain berada disitu turut terkejut. Hampir retak meja itu dihentak olehnya. Tangan kanannya digenggam kuat.

Mukanya terlihat kemerahan menandakan bahawa tahap kesabarannya sampai di kemuncak.

Fawish juga tidak dapat menahan lagi rasa marah dan dendamnya ketika itu sehinggakan pasu kaca yang berada di atas meja itu dilemparkan ke lantai.

Alesya yang melihat kedua lelaki yang berada di hadapannya itu tiba-tiba berasa takut dan gerun apabila mereka menunjukkan perasaan marah mereka buat pertama kali.

KRINGG! KRING!

Telefon milik Izrail dan juga Fawish tiba-tiba berdering dalam masa yang sama. Kedua-duanya tertera nama orang tua mereka sendiri yang menelofon.

Tidak lama kemudian , Alesya juga mendapatkan satu pesanan ringkas daripada Datin Daznia.

"Okay, ma", kata Fawish dan terus meletakkan telefonnya.

"Ya, Rael pergi sekarang ma". Izrail memberikan isyarat kepada Fawish agar sama-sama bergerak.

Alesya juga turut mengikuti mereka berdua setelah mendapat pesanan tadi. Dalam keadaan tergesa-gesa mereka berlari ke arah ruangan Qaira dirawat.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now