DING DONG!
Bunyi loceng pintu bilik mereka berbunyi. Qaira mengambil shawl yang dibawa sebelum mereka berangkat ke hotel petang tadi dari dalam bagasinya.
"Tasha?" Isteri Kharl rupanya yang datang mengunjungi bilik mereka. Dia juga baru berkenalan dengan saudara mara sebelah suaminya tadi. Ternyata semua orang sudah mengenali dirinya dan begitu juga dengan rakan perniagaan suaminya sendiri.
Lelaki itu sememangnya sudah gila akan dirinya dan bertekad untuk menjadikan dia sebagai isteri sehingga semua orang berkata ayat yang hampir sama kepada dirinya ketika majlis tadi.
"Rael is crazy, you know Qai? He will do anything to get your attention and once you ignore him. No one knows what crazy things he will do. But if someone hurt you, I can makesure that person will die"
Tasha senyum manis kepada Qaira.
"Maaf menganggu malam pertama awak berdua. Rasa bersalah pula saya..." kata Tasha sambil mengusap kandungannya yang berusia tujuh bulan itu.
"Awak ni tak ada apalah tu... Kenapa Tasha?"
"Sayangggg?? Siapa tu?" kedengaran suara Izrail dari belakang. Namun Qaira hanya mengendahkan pertanyaan suaminya itu.
"Sayang..." badan kecil itu terus dipeluk daripada belakang. Leher Qaira yang terlihat sedikit itu diciumnya. Tasha yang ada dihadapan itu hanya tersenyum.
"Daddy!" . Hayder menyilang tangan di dada. Mukanya mendengus.
"Ada lagi budak ini rupanya!" getus Izrail di dalam hati melihat anak lelakinya itu muncul daripada belakang Tasha.
"Pergi balik sana!" halau Izrail. Sengaja pelukkan dieratkan.
"Ish, awak ni!" tangan Izrail di pukul. Anak sendiri sanggup halau pula.
"Ayder tak nak balik sebab tu saya hantar sini", kata Tasha.
"Oh, tak apa Tasha. Biar dia malam dengan kita dekat sini", kata Qaira. Hayder tersenyum. Menang juga dia kali ini. Izrail berlawan mata dengan anaknya.
Hayder mencebik lalu terus berlari ke dalam bilik mereka. Tasha pun terus balik ditemani Kharl yang menunggunya di hujung koridor sana.
"Daddy tidur bawah!" arah Hayder. Qaira menutup mulutnya daripada ketawa. Izrail bercekak pinggang.
"Enough ya baby saya sekalian" Qaira bersuara. Perangai anak dan suaminya itu memang tidak mahu mengalah. Semakin dia mendiamkan diri semakin tidak akan selesai perdebatan mereka.
"Ayder, mommy dengan daddy so tired today. Can both of you sleep together?"
"NO!!" serentak mereka berdua menyebut. Qaira memicit kepalanya. Aduhai, kalau macam ni bila nak tidurnya?
"Okay kalau tak nak mengalah biar mommy tidur dekat tengah. So, daddy and Ayder dapat tidur dengan mommy. Deal?"
"Deal!" jawab mereka berdua dengan serentak. Lampu terus ditutup oleh Qaira agar anak beranak itu segera tidur. Kalau tidak adalah lagi yang bercakar nanti.
Sempat pipi Qaira dikucup oleh Izrail. Hayder menempik lembut pipi daddynya. Bertuah punya anak! Kalau aku tahu malam pertama aku macam ni memang dari petang tadi aku dah kurung kau dekat markas!
"Mosquito!" jawab Hayder. Padahal dia memang sengaja menampar kerana cemburu melihat Izrail mencium Qaira.
"Lepas ni Ayder jadi musuh ketat daddy!" Hayder hanya mengabaikan Izrail dan terus melelapkan matanya. Qaira dipeluk erat oleh kedua lelaki yang ada di sampingnya.
"MOMMY, lama lagi ke?" keluh Hayder. Ini sudah lebih satu jam mereka menunggu tuan puteri mereka berdua bersiap. Izrail yang duduk disamping anaknya itu hanya mampu mengeluh.
Mereka bedua bersandar antara satu sama lain. Mata masih lagi mengantuk. Awal pagi lagi isterinya itu mengajak mereka keluar awal daripada hotel kerana alasan tidak selesa lama-lama berada di situ. Tetapi dia jugalah yang paling lambat. Sekarang menunjuk tepat pukul 11 pagi.
"Awak boleh tak kita singgah makan dekat sana?" tanya Qaira kepada suaminya yang ada disebelah. Izrail menoleh ke arah yang di tunjuk tadi.
"I don't have any reason to say no for my principessa" jawab Izrail. Signal sebelah kiri diberi. Seketika mata Qaira menoleh ke arah Hayder. Tidur rupanya, patutlah diam.
Izrail yang dari tadi hanya sibuk melihat ipad miliknya itu hanya dijeling oleh Qaira. Macam dapat projek juta emas laki aku ni, baru kahwin pun sibuk dengan kerja!
"Busy nampak? Busy kerja ke busy dengan pembantu peribadi yang seksi tu?" perli Qaira lalu menoleh ke arah Hayder yang masih sibuk makan di sebelahnya. Izrail mendengar isterinya berkata seperti itu pun segera mengangkat dagunya.
"Perli abang eh sayang?"
"Siapa abang? Abang saya Fawish"
"Sayang, should I kiss your lips in public right now? Supaya mulut sayang tu ada insurance sikit" Mata Qaira dikecilkan.
"Malaslah nak layan awak! Saya nak pergi tandas sekejap. Ayder dengan daddy sini okay?" pesan Qaira. Budak kecil itu hanya mengangguk. Izrail membiarkan anak lelakinya itu menjamu selera terlebih dahulu. Dia tidak mahu menganggunya. Ipadnya tadi dilihat kembali.
"Huh, baru sekejap aku tinggal dah bersemut perempuan ni goda laki aku! Macam tak ada jantan lain kau semua nak eh?" marah Qaira apabila melihat sekumpulan gadis sedang duduk di tempat meja makan mereka tadi. Namun suaminya itu hanya memandang tepat ke arah ipad.
"Abangg..." bahu Izrail dipeluk dan pipi sebelah kanan di cium oleh Qaira.
"Siapa mereka ni abang? Sepupu abang ke?" soal Qaira dengan lemah lembut. Izrail tersenyum. Cemburu ke ni? Lembut sangat layan ni. Semua gadis yang cuba untuk mengorat suaminya itu tadi kini mulai bermasam muka.
"Eh, nak pergi mana? Minumlah sekali sini" pelawa Qaira yang melihat sekumpulan gadis tadi mulai mahu beredar. Senyuman tawar diberikan.
"Tadi bukan main nak jadi madu saya. Tapi jangan sekarang sebab saya belum puas nak goda suami saya" sambung Qaira kembali. Izrail masih mendiamkan diri dan membiarkan isterinya itu mengawal keadaan.
"Apa kata awak semua pergi sebelum saya jadi singa terbalikkan meja ni!" suaranya ditekankan. Dengan langkah kaki yang besar mereka semua pergi. Seram juga tengok perempuan yang bercakap lembut tiba-tiba berubah menjadi singa seperti ingin memakan mangsanya.
"Sukalah kena goda?" soalan itu diajukan kepada Izrail.
"Suka. Sebab suka tengok isteri abang cemburu"
"Jomlah, saya nak balik!" . Tangan Hayder dipimpin. Nasib baik dia sudah selesai makan dari tadi.
Izrail hanya mengikuti isterinya daripada belakang. Dia menggelengkan kepalanya. Tak melayan gadis tadi pun kena marah, hmm nasib baik isteri kalau perempuan lain tadi dah makan penampar dah agaknya.
YOU ARE READING
𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]
Любовные романы"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan kau pun tak akan dapat dia!"- Cobra . "Selagi aku hidup, nyawa kita berdua juga akan menjadi taruhan. Aku akan buat kau menderita seumur hi...