𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 38

5.6K 285 31
                                    

Malam sudah pun kunjung tiba. Malam ini adalah malam mereka kembali berperang setelah senyap seketika. Cobra kini mulai bergiat dan tekad dengan niatnya. Rahsia antara dia dengan Izrail masih menjadi misteri.

"Rael..." panggil Kharl. Dia mencari kelibat lelaki itu daripada pukul 10 malam lagi sekarang sudah hampir tepat pukul 12 malam. Sejak dari tadi mereka menunggu kehadiran ketua mereka itu untuk muncul.

Padahal kereta Lamborghini miliknya itu sudah pun berada di depan ruang markas mereka. Tetapi ke mana pula pergi tuan badan? Kena culik? Alah, tak akanlah kena culik! Siapa pula yang berani culik si malaikat maut tu?

"Rael, oh Rael ke mana engkau Rael. Dari tadi kami tunggu tak muncul-muncul" Danial pula mula menyanyi. Bosan pula dia. Fawish yang mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Danial itu pun mengerling ke arahnya.

Macam pelik lagu ni! Aku rasa intonasi muzik dia ni salah. Bukan salah malah jauh beza.

"Wish, kau kalau nak mengutuk aku jangan cakap di dalam hati. Aku ni special orangnya, aku kan boleh baca isi hati orang. Kau tak ingat ke?" seloroh Danial. Kharl dan Faheem hanya diam termenung.

"Eh, aku ingatlah! Kau ni bukan setakat special tapi spe-si-al"

BUK!

Kepala Fawish terus diketuk menggunakan telefon pintar miliknya yang dari tadi berada di tangan kanan.

"Sakit, gila!" Fawish meninggikan suaranya. Seketika suasana menjadi senyap. Hampir sahaja riuh-rendah namun kembali senyap bagaikan ada sesuatu yang menjadi asbabnya.

"Rael!" teriak Faheem. Segera dia berlari untuk mendapatkan kembarnya itu. Lemah longlai, Izrail berjalan. Badannya sudah berlumuran darah. Kelihatan tidak berdaya tetapi dia bukan seorang yang mudah mengaku lemah.

"Shh, diamlah! Rael dah datang tu" bisik Kharl yang melihat mereka berdua tidak menyadari kehadiran Izrail di situ. Pantas mereka menoleh ke arah Izrail yang baru memasuki ruang markas itu.

"Ya Allah, Rael! Kau ni dah kenapa?", soal Fawish dan segera berlari ke arahnya.

Mereka berempat mendapatkan tubuh Izrail. Habis lecun bajunya dengan darah. Dari mana datangnya dia itu pun tidak diketahui.

"Di-dia dah datang balik, Wish! Aku tak nak dia musnahkan keluarga aku. Dia datang untuk tunaikan janji dia kembali. Sasaran dia adalah aku dan Cobra. Tapi kelemahan kita, Wish! Kelemahan kau dengan aku adalah Qaira. Kelemahan aku yang kedua adalah Ayder" kata Izrail. Mata Izrail memerhati tepat ke arah Fawish. Dia mengerti apa yang dimaksudkan namun, dia harus berpura-pura tidak memahami apa yang Izrail cuba sampaikan.

Mereka berempat memandang satu sama lain kerana yang lain tidak memahami maksud Izrail.

"Aku..aku jumpa Starla" sambung Izrail kembali. Kini dia terduduk lemah di atas lantai. Anak-anak buah TD sudah bersiap sedia di luar markas untuk memastikan keadaan di dalam terkawal. Fawish adalah orang yang memberi arahan itu sebaik sahaja melihat Izrail melangkah masuk dengan lemah ke dalam markas itu. Hanya Fawish dan Izrail sahaja memgetahui segalanya.

"Siapa Starla? Kita tak pernah tahu pun kehadiran dia" kata Faheem. Dia sebagai kembarnya sendiri pun tidak mengenali siapa yang disebutkan oleh abang kandungnya. Persoalan yang diajukan tadi hanya diabaikan oleh Izrail. Lama Izrail memdiamkan dirinya. Hampir setengah jam dia mendiamkan diri. Hanya membisu .

Danial dan Faheem cuba mencari tahu maklumat daripada anak buah mereka yang menyamar di markas Cobra. Alangkah terkejutnya mereka mendengar jika markas Cobra juga turut diserang. Jadi ini angkara siapa? Bukan angkara TD dan bukan juga angkara anak buah Cobra. Seribu satu persoalan menjadi tanda tanya buat mereka.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now