SW : 1

28 3 3
                                    

"Daneen, nak tahu tak kenapa ibu selalu marah bila orang panggil Daneen 'miya', sedangkan miya tu pun nama Daneen juga?"

Daneen menyengetkan kepalanya. Kepalanya digelengkan. Matanya melihat tangan ibunya yang lincah mengacau lauk.

"Kakak pernah juga terfikir tapi kakak tak kesah pun. Yelah, ibu yang bagi nama pun. Dah la selama ni ibu bersusah payah lahirkan kakak, jaga kakak, besarkan kakak so ikut ibu nak panggil kakak apa pun" Daneen menyengih.

Ibunya, Danah Busainna tersenyum. Berdrama tetiba ni kenapa? Ada udang di sebalik sambal ke? Yelah asyik batu dengan mi je kita guna sambal pulak.

"Jadi, kenapa ibu tak bagi orang panggil Daneen 'Miya'?" Soalnya riang sehingga menampakkan barisan gigi putihnya package lesung pipit di pipi.

"Ibu tak kesah kalau orang nak panggil Daneen Nazmiyya tapi kalau dia orang panggil miya tu ibu pantang. Penat - penat aku fikir nama panjang kau suka suki dia orang je singkat - singkatkan nama orang." Tangan ibu sudah diletakkan di pinggangnya. Aku tersenyum melihat gelagat ibu.

Aku masih ingat lagi kejadian yang berlaku ketika tadika dulu. Masa tu Cikgu Sarimah menyuruh semua murid untuk perkenalkan diri.

Sampai sahaja giliran aku, "Nama saya Daneen Nazmiyya Anan Dhobithoh binti Abdullah." Habis tercengang satu kelas mendengar nama panjang itu.

Lepastu cikgu Sarimah tanya, "panjangnya nama awak sayang, cikgu panggil Miya boleh?" Lembut sahaja nada suara cikgu Sarimah itu.

"Jangan panggil dia miya! Panggil dia nama lain!" Terkejut seisi kelas apabila Puan Danah Bussaina melaung dari luar kelas. Bukan itu sahaja, sampai ada lebih kurang 5 orang budak kelas aku yang terkencing akibat laungan secara mengejut itu waktu itu. Habis cuak cikgu Sarimah ketika itu.

"B-baik p-puan, okay k-kelas kita panggil dia daneen je ye" kata cikgu Sarimah kepada rakan sekelas aku. Habis je waktu persekolahan ibu pergi jumpa cikgu sarimah untuk minta maaf dia kata dia teremo.

Bukan sekali tu je orang kena marah atau kena laung dengan mak aku. Jiran dengan pengetua sekolah menengah aku pun pernah kena. Kawan? Orang pun tak berani nak berkawan rapat dengan seketul Daneen ni. Mereka hanya menganggap aku macam biasa - biasa je classmate biasa tak ada la rapat cam bff best friend forever tu. Ibu selalu tak bagi aku keluar lepas sekolah, nak pergi mana - mana semua ibu yang hantar.

Ibu selalu paranoid semacam bila ada orang baru datang dekat kawasan perumahan atau dekat pekan kami. Semua orang dekat pekan ni kenal ibu dengan aku sebab ibu bijak. Macam - macam ibu dah tolong naik taraf dekat pekan ni. Pekan ni kecik je tersorok jauh dalam hutan pulak tu. Setiap minggu akan ada lori hantar barang - barang dari bandar supaya kami dapat teruskan kelangsungan hidup.

Bila aku tanya ibu kenapa tak nak pergi bandar, ibu selalu kata bandar tempat berbahaya untuk kita berdua. Aku malas la nak tanya lebih - lebih sebab aku hanya ada ibu je sorang dalam dunia ni.

Ada la juga aku tanya dia pasal babah, ibu jawab babah dah meninggal. Kadang aku ada minta ibu cerita babah aku ni seorang yang macam mana semua tapi ibu selalu mengelak dia kata babah seorang lelaki. Yelah mestilah lelaki tak kan perempuan pulak kan. Lepas tu, ibu kata babah sado hensem, kadang - kadang bodoh, panas baran sikit. Babah aku rambut perang sama macam aku, kulit dia sawo matang juga, mata dia je warna hijau dan aku tak dapat genetik mata hijau tu rugi betul.

Aku ni selalu curious kalau boleh semua benda aku nak tanya babah aku meninggal sebab apa? Mana atok dengan nenek? Kenapa ibu tak kahwin dengan mana - mana lelaki dekat pekan ni?

Jawapan ibu senang je dia tak sedia nak kahwin lagi. Kalau pasal atok dengan nenek, ibu cerita la pasal dia orang macam mana. Nenek dan atok sangat baik, penyayang semua. Ibu kata nenek suka berkebun dan atok suka main chess dengan ibu, maklumlah ibu anak tunggal. Ibu kata dia tak boleh jumpa atok dengan nenek sebab bahaya. I don't know la apa yang ibu takutkan sangat sebab ibu suka simpan sorang - sorang bukan nak share.

Ibu aku ni kira perempuan paling lawa dalam kampung ni. Kedua terlawa mestilah aku ehek. Ibu ada sepasang lesung pipit, mata dia hitam biasa. Orang putih kata a pair of doe eyes gitu. Kulit dia sawo matang maklumlah duduk kampung kena pergi kebun, bentuk muka dia bujur sirih, rambut dia hitam ikal mayang tapi don't worry aku je yang boleh tengok sebab ibu pakai tudung. Hidung dia mancung macam Dokyeom seventeen sebab katanya ikut nenek punya ayah punya mak orang pakistan, suara dia lunak merdu kalau orang marah pun boleh reda la dengar suara ibu ni. 

Tapi kalau dia menjerit fuh hilang keayuan tu.

Rupa aku ikut muka bujur sirih ikut ibu, hidung aku mancung juga macam Dokyeom seventeen tu, mata hitam macam manusia lain tak ada la biru ke kuning kelabu bagai. Rambut aku je keperangan, ibu kata ikut babah. Ibu kata hampir 95% gen ibu yang aku dapat. Eh, apa yang lama sangat throwback ni bukan tadi nak dengar ibu bagitahu sebab kenapa tak bagi orang panggil aku miya.

Tak sempat ibu nak berkata - kata, tiba - tiba...

"Sayang! Ibu! Sayang! Ibu!" Jerit seseorang yang amat aku sayangi dari luar rumah.

" Iye kami dekat dapur ni. Apa yang jerit - jerit macam penguin hilang anak ni." Balas aku dari dapur dengan tawa kecil bersama ibuku setelah mendengar suara suami aku yang menjerit - jerit dari luar rumah.

"Sayang, Ibu kita kena kemas barang sekarang. Tengah malam nanti kita kena gerak keluar dari pekan ni. Saya dah sediakan bot untuk kita lari, tinggal packing barang je." Jelas kelihatan wajahnya tampak pucat dan gelisah. Dia tergesa - gesa ke dalam bilik kami.

Hammani Zakwan lelaki yang telah sah menjadi suami aku 5 bulan lepas. Kami berkenalan sewaktu dia on duty hantar barang dekat pekan kami, time tu lori dia rosak dan percaya atau tidak aku yang tolong betulkan lori tu. Bukan nak berlagak tapi aku ni anak dara terbijak dalam pekan ni maklum la aku dapat gen genius ibu aku.

Tok ketua ajak dia untuk tinggal dekat pekan kami sebab lori tu aku baiki keesokan harinya hihihihi. Zakwan ni baik orangnya, hensem pulak tu sampai anak - anak dara dengan makcik - makcik yang single mahupun yang taken dekat kampung ni pun meleleh air liur depa tengok Zakwan ni. Pakcik - pakcik dengan pemuda dekat sini semua bagi dia side eye.

Cinta itu mula berputik bila dia jadi imam dekat masjid pekan ni. Suara dia time baca surah al - fatihah time tu masya- Allah menusuk ke kalbu. Waktu tu i was like dia ditakdirkan untuk aku. Jantung aku time tu berdegup laju, bukan yang macam kena kejar atau time lumba lari tu. Dia macam eh susah lah nak describe perasaan tu. Hanya orang yang jatuh cinta pandang pertama je tahu.

Ibu mula tak bagi aku rapat dengan Zakwan ni sebab dia orang asing yang tiba - tiba lori rosak lepastu terus rapat dengan penduduk kampung dekat sini. So suspicious. 

Ibu dengan tok ketua pernah soal siasat Zakwan time dia melamar aku, entah apa yang dia orang borakkan sampai ibu benarkan dia kahwin dengan aku. Bersaksikan tok ketua dan seluruh penduduk kampung well anak dara hot kahwin kot, aku sah menjadi isteri Hammani Zakwan. Eh, sambung balik.

"Apa yang gelabah sangat ni Wan? Kita nak pergi tengah malam nanti?" Tanya ibu risau pulak dia tengok menantu dia sorang ni gelabah semacam.

'Jangan - jangan dia dah tahu aku dengan Daneen dekat sini. Ya Allah, kau lindungi la kami dari syaitan itu Ya Allah.' Kata ibu di dalam hati.

"Ibu, dia dah tahu tentang lokasi ibu dengan Daneen. Dia mesti akan ambil daneen dari kita ibu." Jawab zakwan sambil tangannya mencapai baju - baju di dalam almari masuk ke dalam beg dengan laju.

Aku keliru sekarang ni, siapa yang akan pisahkan aku dari mereka? Setahu aku Zakwan ni pemandu lori je bukan gangster atau ahli kumpulan mafia pun. Jelas riak wajah ibu berubah tangannya menggeletar, kakinya lemah longlai lalu melorot di muka pintu bilik kami, terus aku bantu ibu bangun.

"tt-tak m-mungkin mm-macam mana dia tahu lokasi kita m-mustahil." Ibu sudah mula sesak nafas, tangannya digumpalkan menandakan rasa marah.



*saya kanak kanak lagi, maaf jika bosan.

Shall We? - OGWhere stories live. Discover now