SW : 2

18 1 0
                                    

"tt-tak m-mungkin mm-macam mana dia tahu lokasi kita m-mustahil." Ibu sudah mula sesak nafas, tangannya digumpalkan menandakan rasa marah lalu bergegas bangun ke biliknya.

Bagi mendapatkan jawapan untuk persoalan yang dari tadi bermain di dalam kepala otak aku ni. Aku mesti...

"Sekejap! Sekarang ni siapa yang nak amik saya dari abang? Kenapa ibu takut sampai macam tu sekali?"

Soalan aku diendahkan oleh ibu dan Zakwan. Aku bukan apa tapi aku tak suka orang tak jawab soalan.

'Ish dah la baby lapar nak makan ayam masak lemak. Ini tak boleh jadi berani dia orang tak jawab soalan aku.'

Aku terus gerak pergi bilik ibu untuk mendapatkan jawapan.

'Ibu mesti tak boleh resist dengan mata arnab aku ni.'

"Ibu, kita nak pergi mana sebenarnya? Ibu ada sorok apa - apa dari Daneen ke?" Tak mahu la jerit - jerit dekat ibu tu. Nanti kena cop anak derhaka pula. Tapi tu la soalan aku dibiar sepi.

'Aish sejak bila kuasa mata arnab aku tak menjadi ni.'

Ibu sekadar mengeluh panjang mendengar pertanyaan aku. Dia bukan tak tahu perangai anak dia seorang ni, selagi tak dapat jawapan selagi tu dia tanya package mata arnab HAHAHA.

"Saya rasa Daneen perlu tahu perkara sebenar ibu. Sampai bila kita nak berahsia dengan dia." Kata satu suara.

Aku menoleh belakang menghadap Zakwan. Raut wajah dia tu aku tak dapat baca sama ada dia sedih, simpati, marah eh i don't know what to say. Tapi aku dapat rasa sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Tiba - tiba kata- kata ibu membuatkan aku terkejut.

"Sebenarnya babah Daneen hidup lagi."

Ternganga mulut aku bila dengar ibu cakap macam tu. Yelah selama 19 tahun aku hidup, baru sekarang aku tahu babah aku masih hidup dan bukannya meninggal. Tangan ibu tidak berhenti mengemas baju, mulut je bersuara. Mustahil aku tak ingat, ibu sendiri cakap punca set kromosom xx aku yang satu lagi tu dah meninggal.

"N-nama b-babah Daneen Haaman Asyar. Dia terlalu sayangkan ibu sampai sanggup buat apa sahaja asalkan ibu bersama dia. Tapi dia syaitan yang bertopengkan manusia Daneen." Aku terkedu tidak terkata.

"Bukan itu sahaja dia sakit, dia gila, dia pembunuh, dia suka tengok orang terseksa. Dia psikopat. Dia minum darah dan makan daging manusia." Aku cuba menghadam segalanya.

"D-dia culik ibu dari keluarga ibu waktu ibu 18 tahun, dia seksa ibu, d-dia p-perkosa ibu. Ibu kata sakit dia pukul ibu lagi kuat. Ibu kata lepaskan ibu, dia ugut untuk bunuh atok dan nenek. Kami tak pernah berkahwin sebab dia kata kami dah berkahwin waktu kami bersama. Dia selalu fikir yang dia tuhan. Dia sendiri gelarkan dirinya sebagai God. Ibu berjaya larikan diri daripada dia selepas 4 tahun ibu tinggal dekat neraka dunia tu." Tersekat - sekat suara ibu menceritakan tentang babah.

"Dah banyak kali ibu keguguran sebab dia dera ibu, tapi tak sangka ibu masih boleh mengandungkan Daneen. Jadi ibu buat keputusan untuk selamatkan kamu dengan minta bantuan dari pembantu rumah nek Milah untuk letak ubat tidur dalam masakan mereka biar semua orang dalam rumah tu tidur. Nak letak racun tapi dah banyak sangat dosa ibu dah buat selama bersama jantan tu."

"Sewaktu semua orang dah terlena akibat ubat tidur tu ibu lari jauh - jauh sampai ternampak lori angkut barang, ibu pun sorok lah dalam tahu. Sedar - sedar ibu dah sampai dekat kampung ni. Orang kampung ini yang tolong ibu jagakan kamu waktu kecik. Yelah apa je perempuan 22 tahun ni boleh buat waktu tu. Mengandung anak luar nikah dengan kesan lebam sana sini"

Aku lihat ibu tersenyum mungkin teringatkan peristiwa di mana nenek - nenek dekat sini sayang sangat dekat aku yang comey ni.

"Ibu tak tahu apa jadi dekat jantan tu sejak dari itu, sebab ibu tak suka orang baru yang datang kampung ini atau kita keluar dari kampung. Tak sangka dia berjaya tahu lokasi kita. Maafkan ibu sayang, disebabkan kami kamu jadi anak tak sah taraf." Terang ibu panjang lebar sambil menangis teresak - esak.

Shall We? - OGWhere stories live. Discover now