WARNING!
Terdapat unsur ganas.
[ malam ]
Jam menunjukkan tepat 7 malam. Hanya kereta kami yang berada di atas jalan kampung ini. Kiri kanan hanya pokok sahaja.
"Saya dah dapat bot untuk kita lari tapi saya tak letak bot tu dekat jeti. Saya park dekat persisir pantai takut tuan besar nampak." Kata Zakwan memecah kesunyian di dalam kereta.
Ibu hanya menanggukkan kepalanya. Tanganku digenggam erat oleh ibu. Laki aku ni bijak juga sebenarnya.
"Awak kalau saya tanya sesuatu boleh?" Aku meminta izin sebelum bertanya.
''Tanyalah sayang.'' Lembut sahaja suara Zakwan menjawab. Haish malulah kita!
"Kita nak lari pergi mana? Dekat sana diyakini selamat ke?" Soal aku sambil mengusap perut aku yang comel ni. Maklumla sejak mengandung ni aku dah tak aktif sangat jalan sikit pun penat, baby asyik ajak makan je padahal baru 4 bulan.
''Kita akan ke indonesia lalu jalan air. Sayang dengan ibu jangan risau saya dah cari laluan yang sesuai dan selamat untuk kita lalu. Rumah pun dah tersedia dekat sana sebab saya ada kawan yang sudi tolong." Dia tersenyum sambil sebelah tangannya memegang erat tanganku dan sebelah lagi memegang stereng.
BANG! BANG! BANG!
"Argh!!!"
Zakwan cuba mengawal kereta yang tayarnya meletup akibat di tembak sebentar tadi. Ibu pula melindungku.
"A-abang itu bunyi pistol kan??" Terketar - ketar aku menuturkan ayat tu. Gila tak terkejut kau tengah syok sweet - sweet dengan laki kau tiba bunyi pistol. Nasib tak terberanak dekat sini.
''Sayang! Ibu! Tunduk!'' Arah Zakwan kepada kami. Bunyi pistol masih kedengaran.
"Sayang, awak tak apa- apa? Ibu o.."
Belum sempat zakwan menghabiskan ayatnya. Tiba - tiba tingkap kereta kami dipecahkan. Zakwan terus peluk aku risau kaca terkena aku. Ibu dekat belakang terus menutup kepala. Sekumpulan manusia berpakaian jubah hitam datang menyerbu kereta kami. Mereka menarik kami keluar dan menutup kepala kami dengan kain hitam lalu menolak kami ke dalam kereta lain. Jujur aku kata memang aku takut sekarang ni.
'Jangan - jangan ini ahli kumpulan babah. Habis la kalau dia orang ni tahu aku mengandung. Nasib aku tergerak hati nak pakai baju besar. Harap dia orang tak perasan perut aku ni.'
'Ya Allah, tolong hamba mu ini.'
Sreett.
"Arghhh!"
Badan aku tergerak ke hadapan sedikit disebabkan inersia.
'Bengong tul berhenti mengejut macam tu. Fikir style ke.'
Aku dengar pintu kereta di buka dan aku di tarik untuk keluar dari kereta.
'Eh bahenol ni main seret je anak orang. Buatnya aku tersungkur dekat sini memang nahas aku kerjakan kau.'
Aku hanya mampu mengutuk di dalam hati. Ye la kang cakap kuat - kuat lain jadinya.
"Well, well, well, Danah, Danah, Danah, nice to meet you again baby. Dah puas lari sweetheart? Akhirnya selepas 19 tahun kita terpisah, kita bertemu kembali. Kau masih cantik macam dulu." Jelas kedengaran suara lelaki menyebut nama ibu.
"Kenapa kau lari tinggalkan aku Danah?! Kau tahukan betapa aku cinta dan sayangkan kau! Sampai hati kau sorokkan ciptaan aku!" Kata lelaki itu sebelum ketawa sinis.
YOU ARE READING
Shall We? - OG
ActionAnak sulung daripada anak pertama. Sepanjang enam tahun masa berlalu, setiap malam aku dihantui mimpi ngeri ini. Namun, sejak bertemu si dia, mimpi ngeri yang dahulunya gelap bertukar menjadi indah. Tiada lagi babak tragis, suara - suara ibu dan sua...