LASHIERA MARDHIA: TENTANG KITA
Jika dengan orang yang salah saja kita mampu mencintai dengan begitu indah lalu bagaimana pula jika nanti kita dipertemukan dengan orang yang tepat.
Jika ada cinta yang datang untuk mengetuk pintu hatimu, maka janganlah pula engkau dengan cepat membuka hatimu kerana di luar sana terdapat orang yang seperti anak kecil. Mereka hanya mengetuk pintu itu lalu lari menghilang.
Jika kehadirannya juga menjadi ujian imanku, aku mohon jagalah hati ini agar tidak jatuh dan hanyut kepadanya. Jika kali ini pun dia hadir hanya sebagai pengajaran untukku, jangan Engkau biarkan hatiku jatuh untuknya kerana disaat hatiku mulai terbuka untuknya akan sulit bagiku untuk menutupnya kembali.
Arsh, yakinkanlah hatiku bahawa takdir ini memang terbaik untuk kita. Aku tak ingin memaksa disaat ada keraguan dihatimu.
PERINGATAN MESRA DARI PENULIS
Tiada jaminan bahawa setiap kandungan yang ditulis dalam cerita ini adalah sesuai untuk semua orang pada setiap masa kerana kesesuaiannya mungkin berubah dari masa ke semasa. Namun begitu penulis akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan cerita ini ditulis tepat dan sesuai kepada pembaca yang berusia 18 tahun dan ke atas. Jangan berharap bahawa cerita ini sangat menarik memandangkan cerita ini ditulis oleh seorang insan yang sederhana dan biasa-biasa sahaja. Saya juga seorang manusia yang tidak lari dari berbuat silap.
Selamat membaca semuaDARI PENULIS UNTUK PEMBACA
"Bahagia seorang perempuan itu tidak terletak pada kemewahan pasangannya tetapi bahagia seorang perempuan itu adalah disaat diri mereka dihargai dan perasaan mereka dijaga."~ShielaMitshal
YOU ARE READING
Lashiera Mardhia:Tentang Kita (slow update)
Romance"Aku benci kepada orang yang berusaha untuk membohongi ku hanya untuk melindungi hatiku agar tidak terluka. Aku lebih suka orang itu jujur walaupun membuat hatiku terluka. Namun ketika kamu melakukan itu kepada ku, aku tak mampu membencimu melainkan...