Prolog 1

316 23 0
                                    

Perlahan kaki dibawa melangkah menuju pusara arwah ibunya.Tiba sahaja di kubur Alea Idriz, gadis itu terus duduk bertinggung di sebelah pusara baru tersebut.

Batu nissanyang masih bersih itu diusap perlahan. Matanya menjadi kabur dek air mata yang semakin deras mengalir tanpa mampu dia tahan. Sungguh tak disangkah oleh dirinya apabila ibu yang dia sayangi telah pergi menghadap Ilahi.

"Assalamualaikum syurga adik" ucap gadis itu perlahan. Tangan mengelus lembut tanah kubur. Air matanya dia biarkan sahaja mengalir.

Sofea Eryna, Atiqah Xaviera dan Melinda Rossaline hanya memerhatinya dari jauh. Mereka tahu betapa sedih dan menderitanya sahabat mereka itu. Hanya mereka lah yang sentiasa ada untuk gadis itu bergantung. Tengok lah sejak ibu gadis itu disahkan meninggal dunia ayah dan ibu tirinya tak pernah tunjuk muka bahkan mereka lah yang telah mengurus jenazah puan Alea.

"Mama I really miss you. Perginya mama dari hidup adik buat hati adik hancur. Adik dah tak ada tempat untuk berkasih sayang. Abah tak pernah ambil berat tentang adik. Tapi tak apa, adik tak nak ambil tahu dah pasal abah. Adik janji akan jadi wanita yang kuat macam mama."Tunggu adik dekat sana. Adik sayang mama." Ucap gadis itu perlahan.

Mereka yang mendengar ucapan lirih gadis itu menahan sebak di dada. Mereka tahu Lashiera adalah gadis yang kuat. Jadi mereka sebagai sahabat takkan pernah meninggalkan gadis itu melainkan ajal yang akan memisahkan mereka. Itu janji yang akan mereka tanam pada diri masing-masing.

Lashiera perlahan bangkit daripada bertinggung. Matanya terus tertuju kepada sahabatnya yang berada tidak jauh darinya.

"Adik" suara garau seorang lelaki yang cukup dikenali gadis itu membuat Lashiera terus menoleh ke arah empunya suara.

"Abang Jib." Balas gadis itu sebaik sahaja menangkap sosok tampan milik lelaki yang bergelar Jibrael Ardiansyah anak kepada ayahnya Mustpha Adli bersama Inayah Naziha ibu tirinya.

"Maaf abang lambat" ucap lelaki itu sambil mengatur langkah mendekatinya. Lashiera hanya menganggukkan kepala sebaik sahaja mendengar permintaan maaf dari lelaki itu.

"Shiera..Kami tunggu dalam kereta." Ucap Xaviera perlahan sebelum melangkah menjauh dari mereka berdua. Jibrael hanya memberikan segaris senyuman kepada tiga orang sahabat baik adiknya.

"Adik takziah abang ucapkan. Maaf sebab tak mampu nak pujuk papa datang sini. Abang harap adik tak terasa hati." Perasaan bersalah menyelimuti dirinya. Dia sendiri tak faham mengapa ayah mereka begitu membencikan adik dan mama Aleanya itu.

"Tak apa Mardhia faham. Abah memang tak pernah ambil berat pun tentang adik dan arwah mama." Kenyataan itu telah lama dia telan. Sejak dia lahir dia tidak pernah mendapat perhatian dan kasih sayang dari lelaki tua itu.

"Adik jangan cakap macam tu" perlahan sahaja suara lelaki itu. Perlahan dia menarik adiknya itu ke dalam pelukannya.

"Abang minta maaf" sekali lagi permohonan maaf menitik di bibir lelaki itu. Hanya disebabkan ayahnya yang tidak mampu berlaku adil terhadap gadis ini. Dia terpaksa menanggung rasa bersalah sepanjang hidupnya.

"Abang..Mardhia nak pergi jauh dari sini. Mungkin lepas ni abang dah takkan jumpa Mardhia lagi. Tolong jaga abah dan pusara mama.Abang pun jaga diri. Sampaikan salam Mardhia pada mama Inayah dan Marsya. Jangan pernah bagitahu sesiapa yang Mardhia akan pergi Sabah..Janji tau abang" ucap gadis itu yang masih dalam pelukan Jibrael.

"Hmmm" Jibrael hanya bergumam perlahan sambil mengeratkan pelukannya. Mungkin membiarkan kepergian adiknya ini adalah pilihan yang terbaik. Dia juga tidak sanggup melihat adiknya menderita jika tinggal bersama keluarganya.

"Jaga diri adik dekat sana. Abang akan sentiasa doakan kebahagian adik. Apa-apa nanti call abang tau." Ucap Jibrael dengan lembut kepala gadis itu diusap perlahan.

Lashiera Mardhia:Tentang Kita (slow update)Where stories live. Discover now