Episode 4

112 15 0
                                    

"Sejauh mana pun kaki melangkah ke hadapan, kita tidak akan pernah tahu bila dan seberapa lama kita akan melupakan masa lalu."

Kini Lashiera sedang fokus memandu manakala Sofea sibuk termenung keluar tingkap. Sofea sedang memikirkan calon suaminya yang sudah beberapa hari tidak memberikan khabar kepadanya. Dulu sesibuk apa pun lelaki itu pasti akan memberi pesan teks untuknya melalui whatsapp atau messenger.

"Sofea! Jauh kau termenung?" Soal Lashiera. Dia perasan sejak balik dari pantai gadis itu asyik termenung sahaja. Tadi semangat sangat nak naikkan mood dia. Kini perempuan itu pula yang seakan tak ada mood bagai orang hilang suami saja.

"Shiera! Kalau aku cakap ni kau jangan buat andaian pula tau?" Soal gadis itu melirik sahabatnya sekilas sebelum menghembus nafas berat.

"Hmmm..Apa dia?" Soal gadis itu. Matanya masih fokus memandang ke arah jalan raya.

"Asraf..Dia dah lama tak inform aku apa-apa. Setahu aku lah kan sesibuk apa pun dia pasti akan hantar pesan teks pada aku bagitahu dia nak pergi mana. Buat apa tapi sekarang dia dah tak macam dulu dah. Aku tahu lah kita orang terpaksa terima perjodohan ni tapi dia sendiri cakap terima aku apa adanya." Perlahan sahaja suara gadis itu.

"Kenapa kau tak call je terus?" Soal gadis yang tengah fokus memandu itu.

"Aku ada call juga tapi dia tak angkat. Kau tahu tak aku dah overthingking tau. Aku syak sebenarnya dia tu ada kekasih hati tapi disebabkan parents dia dah jodohkan kita orang dia terpaksa terima" Adu gadis itu.

"Kau jangan lah cakap macam tu. Cuba fikir benda yang baik. Aku rasa kau patut solat istikharah lah minta petunjuk pada Allah sama ada dia baik untuk kau atau sebaliknya." Ucap gadis itu.

"Entah lah sis. Aku dapat rasakan yang sebenarnya dia ada perempuan lain". Ucap gadis itu semula. Keluhan dilepaskan dia bersandar pada kerusi penumpang. Dia cukup lelah nak fikiran masa depan mereka berdua dia tidak mahu dicop terhegeh-hegeh oleh lelaki itu. Ada sebulan lagi sebelum majlis mereka berlangsung.

Baru sahaja gadis itu ingin membalas ucapan sahabatnya bunyi deringan telefon pintarnya minta diangkat.

Dia melihat ke arah telefon bimbitnya yang terpampang nama abangnya.Dia terus menggeser ikon hijau sebelum meletakan earphone di telinga.

"Assalamualaikum" sapa gadis itu.

"Waalaikumsalam..Selamat hari jadi adik abang" ucap lelaki itu sebaik sahaja panggilannya diterima.

"Terima kasih abang. Ada apa abang call ni?" Soal gadis itu.

"Adik! Adik tak rindu ke nak balik sini jumpa abang?" Soal lelaki itu. Dia rindu kepada adiknya itu sudah tiga tahun mereka tidak bersua muka. Balik-balik dia hanya melayan karena adiknya yang lagi sorang tu manja tak bertempat.

"Maafkan Mardhia? Mardhia tak rasa nak balik lagi" ucap gadis itu perlahan sedangkan Sofea hanya mendengar sahaja ucapan sahabatnya itu.

"Tak apa adik tak perlu minta maaf. Abang faham adik masih tak sedia untuk berjumpa dengan abah."  Ucap Jibrael.

"Abang kalau rindu Mardhia. Datang je lah sini" Ujar gadis itu setelah lama berfikir.

"Boleh ke?" Soal lelaki itu meminta kepastian. Bukan selalu adiknya itu mengajaknya.

"Hmmm..Nanti bagitahu Mardhia bila abang free" ucap gadis itu.

"Okey nanti abang roger. Adik nak buah tangan tak nanti abang boleh belikan untuk adik dan kawan-kawan adik" ucap lelaki itu teruja.

"Boleh je. Okey lah abang Mardhia tengah memandu ni" ucap gadis itu.

"Hati-hati adik.Assalamualaikum" ucap Jibrael sebelum menamatkan panggilan mereka.

"Waalaikumsalam" ucap gadis itu.

Lashiera menghela nafas perlahan sebelum fokus memandu semula. Sofea pula sibuk bermain telefon.

Sampai sahaja di perkarangan rumah banglo milik gadis itu dia segera memarkir kereta miliknya. Pintu rumah itu di buka sebelum mengucapkan salam. Kasut ditanggalkan sebelum melenggang naik ke biliknya. Sofea pula terus menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu.

Lashiera segera m melepaskan baju yang tersarung elok di tubuhnya. Tuala dicapai sebelum masuk ke bilik air. Hampir 20 minit dia berada di dalam bilik air keluar sahaja dia sudah lengkap berbaju tidur.

Dia segera merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Mata perlahan-lahan dipejam erat, kepalanya yang berdenyut-denyut itu diabaikan. Dia sendiri tidak tahu mengapa sukar untuk dia melupakan semua rasa sakit yang selama ini tertanam di hatinya. Selama tiga tahun dia menjauh dari mereka, ingatkan rasa sakit itu akan berkurang nyatanya rasa sakit itu semakin membekas di hatinya.

Lashiera Mardhia:Tentang Kita (slow update)Where stories live. Discover now