Episode 1

184 22 0
                                    

Tidak terasa sudah tiga tahun gadis itu hidup di negeri ini. Pahit manis kehidupan yang dia rasakan mengajar dirinya untuk tetap kuat kerana tidak ada yang akan membantunya melainkan dia sendiri yang bangkit disaat terjatuh. Dia perlu buktikan kepada keluarganya yang dia mampu berjaya walau tanpa bantuan dari mereka.

Betullah kata orang usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Lihat lah dia kini sudah berjaya mencapai impiannya atau lebih tepatnya dia sudah berjaya mencapai keinginan arwah ibunya untuk mendirikan sebuah butik hasil dari titik peluhnya selama tiga tahun ini.

Tangannya sedang sibuk melakar sesuatu di permukaan sehelai kertas A4. Helaan nafas sesekali terdengar. Sudah helaian yang ketiga dia mencuba untuk melakar sesuatu namun otaknya tidak mampu memberikan idea-idea yang terbaik untuk dicurahkan, membuat kertas kosong tersebut rosak akibat kesan pensel yang dihapus berulang kali.

Dia melemparkan pensel itu dengan kasar. Kertas itu pula dironyok akibat tidak berpuas hati. Dia segera bangkit meninggalkan bilik kerjanya itu. Keluar sahaja dirinya disapa oleh pekerjanya.

"Selamat petang akak" ucap gadis itu dengan ceria. Dia perasan sejak pagi bosnya itu tidak pernah keluar dari bilik kerjanya. Makan atau tidak dia pun tak tahu. Selalu sangat macam tu nanti sakit risau juga dia.

Lashiera hanya memberikan senyuman segaris sebelum pergi meninggalkan Airin yang masih memandang ke arahnya tanpa berkedip.

"Rits, boleh tolong aku cari bahan ni tak?" Soal gadis itu kepada Warith yang sedang sibuk mengira duit.

"Boleh je. Bila kau nak? Sekarang ke?" Soal lelaki itu sambil menjungkitkan keningnya. Sudah biasa lelaki itu menggunakan kata aku kau kepadanya memandangkan lelaki itu lebih tua darinya.

"Esok" ringkas balasannya.

"Kau okey tak ni?" Soal Warith. Nampak sangat bos mudanya itu tengah kusut memikirkan sesuatu. Muka pun asyik ditekuk saja.

"Biasalah banyak kerja. Aku tak habis jahit lagi Puan Ameera punya baju. Aku cuba buat design baju baru tapi aku kehabisan idea pula. Sudah lah hujung bulan ni kena siapkan kau tahu tak tinggal seminggu je lagi sebelum aku kena hantar design tu macam mana tak kusut" adu gadis itu.

"Its okey. Kau buat je lah perlahan-lahan.Tak perlu nak rushing kan ada seminggu lagi.Aku yakin kau boleh buat. Kadang idea tu akan muncul sendiri. Percayalah cakap aku" ujar Warith memberi semangat yang tak seberapa cerdik.

Belum sempat gadis itu membalas. Tiba-tiba telefonnya berbunyi nyaring minta diangkat. Panggilan dari Sofea membuatkan dia mengerutkan dahi. Tak pernah-pernah gadis itu menghubunginya  kecuali kecemasan biasanya sahabatnya itu hanya meninggalkan pesan lewat whatsapp sahaja.

"Assalamualaikum, ada apa?" Soal gadis itu sebaik sahaja panggilan diterima.

"Waalaikumsalam, kau tak singgah mana-mana tak balik nanti?" Soal gadis itu.

"Tak. Kenapa?" Soalnya semula. Warith yang berada di sebelahnya menghulurkan sebungkus roti dan sebotol mineral. Dia hanya menerima pemberian lelaki itu.

"Kita orang dekat pantai ni. Kau join lah sekali. Kejap lagi Xaviera ambil. Dia dah On the way dah tu" Ujar Sofea.

"Ishhh..Kenapa tak bagitahu awal-awal. Aku malas lah nak pergi" ujar Lashiera tak puas hati.

Lashiera Mardhia:Tentang Kita (slow update)Where stories live. Discover now