Episode 2

151 19 0
                                    

"Tugas kita hanya menerima takdir Allah dengan ikhlas, jangan tanya kenapa kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita."

Kaki mengorak langkah menyusuri pesisiran pantai. Hembusan nafas berkali-kali terdengar. Mata terpejam menikmati hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Mata dicelik semula melihat keindahan langit yang berwarna jingga.

"Sungguh indah" Ringkas sahaja perkataan yang keluar dari mulut gadis itu mengambarkan suasana langit ketika ini.

Tepukan lembut dibahunya membuatkan dia menoleh ke arah si dia tak lain tak bukan sahabatnya Sofea.

"Kau okey tak ni?" Ringkas sahaja soalan yang dilontarkan oleh gadis itu. Namun membuatkan dirinya menghela nafas berat.

Melihat respon gadis itu membuatkan Sofea mengambil tempat di sebelahnya. Punggung dilabuhkan di atas pasir tanpa alas kain.

"Aku perasan sejak tadi kau diam. Kau ada masalah ke?" Soal gadis itu dengan lembut.

Sekali lagi dia mengabaikan soalan gadis tersebut. Mata dipejam rapat bagi menikmati hembusan angin yang menerpa wajahnya. Perasan soalannya bagaikan angin lalu. Sofea menghela nafas dengan kasar.

"Susah sangat ke kau nak jujur pada aku?" Soal gadis itu semula.

"Aku okey je" Balas Lashiera.

"Dah tu kenapa kau diam aje?. Kau jangan nak tipu aku lah bukan aku tak kenal dengan perangai kau tu. Aku kenal sejak kita sekolah rendah lah bukan sehari dua. Aku tahu kau ada masalah" Terang gadis itu.

"Kau nak tahu tak?. Ada seorang lelaki ni pernah cakap kat aku " hidup itu seperti senja, nikmati setiap detik yang ada kerana esok belum tentu ia datang dengan keindahan yang sama." Perlahan sahaja suara Lashiera ketika itu.

"Shiera?" Panggil Sofea dengan lembut.

"Hmmm" Lashiera hanya bergumam perlahan. Menanti kata-kata yang akan keluar dari sahabatnya.

"Aku tahu ada luka yang tak dapat kau hilangkan dalam diri kau. Tapi sebagai seorang sahabat aku just nak kau ikhlaskan semua luka yang pernah mereka berikan pada kau supaya kau hidup dengan tenang. And yes I know it's not easy to forget and forgive someone. Tapi kau kena cuba. Aku hanya nak yang terbaik untuk kau. Sampai bila kau nak hidup macam ni?" Ujar Sofea dengan lembut. Dia menggenggam tangan sahabatnya memberi kekuatan pada gadis itu.

"Eryna, kau sendiri tahu tak mudah bagi aku untuk melupakan semuanya. Sampai hari ni aku masih dihantui kisah silam. Aku dah maafkan mereka tapi untuk melupakan rasa sakit itu aku tak mampu. Kau rasa betul ke keputusan aku menjauh dari mereka selama ni?" Perlahan sahaja suara gadis itu menyapa halwa telinga milik Sofea.

"Shiera aku..Aku tak tahu nak cakap apa pada kau tapi percayalah semua perkara yang terjadi dalam hidup kita ni semua tak lepas dari takdir-Nya. Mungkin apa yang kau nampak sekarang ni tak sesuai dengan harapan kau, tapi di depan sana Allah dah atur kehidupan yang jauh lebih baik. Kalau kau rasa jarak yang kau bagi pada mereka sekarang ni dapat memberi ketenangan pada diri kau just teruskan tapi bila kau dah dapat cari ketenangan dan jawapan yang selama ni kau cari. Jenguk lah mereka semula. Aku yakin masih ada banyak orang yang sayang pada kau dekat sana sedang menanti kehadiran kau" Terang gadis itu cukup panjang.

"Thanks Eryna. Aku hargai nasihat kau" ucap Lashiera.

" I know life has tough you to believe in yourself tapi kau tak perlu berusaha terlihat tegar depan aku. Cukup selama ni kau tutup rasa sakit dan kecewa kau pada keluarga kau. Dekat sini kau cuma perlu hidup bahagia bersama kita orang. Dah jangan sedih-sedih hari ni hari jadi kau. Cuba senyum sikit tengok dia orang dekat sana dan aku. Kita orang sayang dan hargai kewujudan kau tau" ucap Sofea menghibur sahabatnya itu.

Lashiera menganggukkan kepala. Dia cukup bahagia dengan kehadiran mereka dekat sini yang sentiasa ada memberi sokongan kepadanya.

"Kenapa kau tak terima je lamaran Ayub?" Soal gadis itu semula.

Lelaki itu sempat melamar gadis itu tapi dia menolak dengan alasan hatinya tidak bersedia menerima sesiapa pun buat masa ini. Mereka akur dan tetap menjalinkan hubungan sebagai adik dan abang tak lebih dan tak kurang.

"Aku tak sedia buka hati aku untuk sesiapa dah. Aku takut bagi hati aku pada seseorang seandainya dia tak mampu nak hargai aku. Aku tak nak mencintai apatah lagi sampai menjatuhkan hati yang sangat dalam untuk seseorang. Aku tak nak sakitkan hati sesiapa dan aku tak nak kembali merasakan patah hati. Episode luka yang pernah terjadi membuat aku sedar tak ada seorang pun yang layak untuk aku cintai melainkan cinta kepada-Nya" Lembut sahaja suara Lashiera.

"Kau takut dia sama macam cikgu Eidul? Kau masih simpan perasaan dekat dia ke? Soal Sofea bertubi-tubi.

"Bukan macam tu. Aku cuma takut nak letakkan harapan pada lelaki yang salah dan berakhir terluka" Kata Lashiera sebelum menghela nafas dengan kasar.

"Kau masih dendam pada cikgu Eidul ke?. Sampai bila kau nak hidup dalam bayangan masa lalu?" Soal gadis itu semula.

"Dah kenapa dengan Sofea hari ni banyak tanya betul" bisik Lashiera pada dirinya.

"Be strong enough to forgive but not stupid enough to trust again. Kita boleh memaafkan tapi bukan bermaksud apa yang dah jadi boleh terlupakan begitu saja" tutur gadis itu memberi hint kepada sahabatnya tentang isi hatinya.

Ketukan pintu membuatkan dia terpaksa memberhentikan kegiatannya yang sedang menaip diatas keyboard laptop nya. Kepala dia angkat sebaik sahaja melihat seorang lelaki memasuki bilik kerjanya.

"Dul kau busy ke?" Soal lelaki itu. Tangan pula sedia menghulurkan sampul berwarna coklat ke arah lelaki itu sebaik sahaja sampai tepat di hadapan meja yang terdapat papan bertulis nama Eidul Arshyal bin Eidwin Meus.

"Busy juga lah ada apa?" Soal lelaki itu kepada Jibrael Ardiansyah. Sampul yang dihulur itu diletak di atas meja bersama kerutan di dahi.

"Tak ada apa-apa. Tadi aku tak sengaja terjumpa Hazziq dekat bawa tapi lelaki tu nak cepat so dia suruh aku bagi sampul ni pada kau? " laju sahaja lelaki itu membidas sebelum mendapat soalan dari Eidul.

"Aku tak tanya pun" ucap lelaki itu datar.

"Memang kau tak tanya aku saja nak bagitahu. Kau tak nak buka ke nak aku tolong bukakan?" ujar lelaki itu semula.

"Tak payah aku ada tangan boleh buka sendiri" balas lelaki dengan malas. Tangannya bergerak membuka sampul tadi. Terbuntang luas matanya sebaik sahaja melihat ke dalam isi sampul yang terdapat gambar gadis yang selama ini dia cari.

"Kau dah kenapa?" Soal Jibrael sebaik sahaja melihat reaksi bosnya itu. Dia terus menarik gambar yang berada ditangan lelaki itu tanpa sempat dihalang oleh Eidul.

"Dul! Kenapa kau ada gambar ni?" Soal lelaki itu sedikit tegas. Nada lelaki itu sudah naik seoktaf.

Lashiera Mardhia:Tentang Kita (slow update)Where stories live. Discover now