Episode 8

88 11 0
                                    

Turun sahaja dari pesawat Eidul dan Jibrael segera membawa langkah ke arah ruang menunggu bagasi. Hampir 15 minit menunggu akhirnya tiba bagasi milik mereka di keluarkan kemudian diserahkan kepada mereka berdua. Setelah itu mereka berdua terus sahaja berjalan menuju ke arah tempat letak kenderaan mencari Lashiera yang mungkin sudah tiba sejak tadi.

Jibrael melilaukan mata mencari keberadaan adiknya. Nampak sahaja sosok yang dikenalnya itu dia terus mengheret bagasinya menghampiri si adik yang masih tidak perasan akan ke hadirannya bersama Eidul yang tidak banyak bercakap dan hanya mengikuti langkahnya.

"Assalamualaikum adik" Sapa Jibrael sebaik sahaja berdiri tempat di belakang Lashiera. Lashiera segera memusingkan tubuh menghadap suara yang cukup dikenalinya itu.

"Waalaikumsalam. Abang Jibrael" Ucap gadis itu teruja sebelum memeluk tubuh si abang melepaskan rasa rindu begitupun dengan Jibrael yang membalas pelukan si adik dengan begitu erat.

"Lama tak adik tunggu?" Soal Jibrael dengan lembut sedangkan Eidul yang dipulaukan sejak tadi hanya memerhati gelagat adik beradik itu. Gadis itu pun masih tidak perasan akan kehadirannya di situ.

"Tak adik baru je sampai" Balas Lashiera dengan jujur tak sampai sepuluh minit pun lagi dia berdiri.

Jibrael hanya bergumam mendengar balasan dari adiknya itu. Seakan teringat sesuatu dia terus menoleh ke arah Eidul yang sedang memandangnya tanpa riak di wajah tampan lelaki itu.

"Adik kenalkan ni kawan abang " Ucap Jibrael dengan lembut sebelum memperkenalkan Eidul kepada adiknya. Sengaja dia menolak tubuh lelaki itu kehadapan untuk melihat sejauh mana reaksi yang akan ditunjukkan oleh adiknya itu.

Lashiera terkejut sebaik sahaja matanya menikam tepat ke arah mata hazel milik lelaki itu namun dengan pantas dia mengubah riak terkejutnya menjadi datar semula seakan tidak terjadi apa-apa.

"Long time no see Encik Eidul or should I call you cikgu Eidul Arshyal" Ucap Lashiera mendatar. Eidul hanya memandang ke arahnya tanpa berkedip atau menjawab soalan dari gadis itu.Entah apa yang ada dalam fikiran lelaki itu saat ini.

"Adik boleh tunggu kejap tak? Abang nak pergi toilet.Korang berdua borak lah dulu" Ucap Jibrael memberi ruang kepada sahabat dan adiknya. Tanpa menunggu balasan dari mereka berdua dia segera meninggalkan mereka di situ. Nafasnya seakan tersekat melihat suasana itu.

"Mardhia apa khabar?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Eidul.  Sebaik sahaja dia melihat Jibrael sudah jauh dari mereka.

"Macam yang kau nampak aku sihat je belum mati lagi" Jawab gadis itu sarkastik. Membuatkan Eidul hampir tersedak mendengar jawapan gadis itu.

"Mardhia masih marah dekat saya ke pasal kejadian enam tahun lalu?" Soal lelaki itu dengan lembut walaupun gadis itu seakan terpaksa menjawab soalan darinya.

"Entah lah aku pun tak tahu sama ada nak marah atau tak. Persaan aku kosong sekosong hati aku saat ni"  Lashiera segera menghela nafas berat tak sangkah kehadiran abangnya hari ini membuat luka yang dia simpan selama ini berdarah kembali.

Dia masih tidak bersedia berjumpa dengan lelaki itu namun takdir mempertemukan mereka semula hari ini. Dia membenci lelaki itu namun jauh disudut hatinya dia tidak mampu untuk tidak membencinya.

"Mardhia! Saya minta maaf? Saya tahu perkataan maaf tak mampu untuk pulihkan semula rasa sakit yang saya beri pada awak"Eidul memandang tepat ke dalam mata Lashiera sedangkan gadis itu hanya mengeluh perlahan.

"Aku tak nak dengar permintaan maaf dari kau. Aku just nak minta kau jangan pernah muncul depan aku lagi lepas ni?" Ucap Lashiera tanpa memandang ke arah lelaki itu. Dia segera berjalan ke arah kereta kesayangannya sambil mengheret bagasi milik abangnya. Kunci kereta di tekan sebelum dia masuk ke dalam perut keretanya diikuti oleh Eidul.

"Mardhia saya belum habis cakap lagi. Boleh tak Mardhia bagi saya peluang untuk tebus kesalahan saya?" Ucap Eidul sebaik sahaja masuk ke dalam kereta di bahagian sebelah pemandu. Lashiera memandang tak puas hati ke arah lelaki tersebut.

"Kau nak cakap apa lagi?" Lashiera memusingkan bola matanya ke atas tidak suka dengan cara lelaki itu bercakap dengannya.

"Boleh tak Mardhia dengar cakap saya dan hormat saya?" Soal Eidul dengan lembut. Dia tidak suka dengan nada yang digunakan oleh gadis itu ketika bercakap dengannya. Dia tidak sangkah gadis ini sungguh keras kepala berbeza dengan gadis itu yang dulu.

"Bukan sekarang ni saya tengah dengar encik Eidul  membebel ke?" Soal Lashiera tak puas hati. Asal lama sangat abangnya ke tandas ni. Dia dah tak tahan duduk berdua dengan lelaki ini.

"Memang lah saya tengah bercakap tapi saya tak rasa awak dengar apa yang saya cakap" balas Eidul namun masih dengan kelembutan.

"Saya dengar tapi saya malas nak layan. Otak encik ni rasanya dah tertinggal kat rumah kot sebab tu slow sangat" Balas gadis itu dengan geram.

Belum sempat Eidul membalas tingkap kereta itu diketuk oleh Jibrael. Lashiera segera membuka kunci di bahagian belakang.

"Gerak hospital sekarang" Arah Jibrael dengan lembut.

"Kau dah kenapa duduk depan?" Patutnya dia yang duduk situ.

"Aku malas nak duduk belakang" ringkas sahaja balas Eidul sebelum matanya memandang ke arah Lashiera yang memandu.

Lashiera Mardhia:Tentang Kita (slow update)Where stories live. Discover now