11

5 0 0
                                    

Selesai saja waktu bekerja firah segera menghubungi alongnya. Dia perlu berjumpa dengan along. Kali ni dia nekad. Sudah berapa hari dia membuat janji tetapi tidak menjadi dengan alasan along terlalu sibuk dengan kerjanya.

“along dekat mana sekarang?” soalnya seraya mengemas meja kerjanya.  Firah mengepit telefonnya antara bahu dan telinganya memandangkan tangannya terlalu sibuk mengemas kerjanya.

“along dah ada di tempat parking ni tengah tunggu adik habis” sahutnya di sana.

“along tunggu adik ke?” soalnya lagi. Dia terus beredar dari situ apabila melihat mejanya telah di susun rapi. Alhamdullilah hampir semua kerjanya yang tertangguh sudah siap. Untung juga bila along asyik membatalkan perjanjian mereka kalau tidak mesti bertambah kerjanya nanti. Nasib baiklah esok hujung minggu dapat juga dia berjumpa along sambil-sambil menyiapkan kerjanya yang lain di rumah.
    
       Kalau ikutkan prosedure syarikat memang salah untuk dia membawa balik kerja-kerjanya ke rumah tetapi disebabkan dia juga tengah kekangan masa sekarang memang terpaksalah dia bawa balik. Itupun hanya beberapa dokumen yang perlu di siapkan menggunakan laptopnya. Harapkan fail memang tak lepaslah dia nak bawa keluar silap hari bulan dia diberhenti kerana membawa keluar kerja-kerja syarikat.

“iya sayang. Along dah ada dekat bawa ni. Adik cepatlah.” Gesa alongnya dalam talian. Lama dia tunggu adiknya janji tadi lepas kerja. Ini sudah beberapa minit berlalu tetapi adiknya belum muncul jua. Dia sendiri pun tidak tahu perkara apa yang penting sangat sampai adiknya itu memaksanya untuk berjumpa.

“okay. Okay. Adik dah otw ni” ujarnya seraya menekan butang lif.
Beberapa minit dalam lif akhirnya dia tiba jua di tingkat yang dijanjikan. Melihat kelibat farish dari jauh firah terus bergegas ke arahnya.

“along nak kita pergi mana?” soalnya apabila tiba di hadapan farish.

“kita pergi makan dekat-dekat sajalah adik jadi senang sikit nanti bila along nak hantar adik balik ke kereta adik. Ke adik nak along hantar terus ke rumah adik. Along ok je.” Soal alongnya. Dia memandang wajah firah. Kasihan juga sebenarnya melihat adiknya itu kehulur kehilir. Dia sedar yang adiknya itu banyak kerja sekarang disebabkan cutinya yang terlalu banyak kali ni. Kalau bukan disebabkan emergency leave mesti adiknya dapat notis berhenti 24 jam.

“along tak penat ke?” soalnya bimbang.

“along tak penatlah sayang” ujarnya lembut seraya membelai kepala adiknya. “dah jomlah. Adik kata adik ada banyak soalan nak tanya along.”tambahnya. dia membukakan pintu untuk adiknya itu masuk ke dalam. Acah-acah gentlemen la sangat.

Menyedari tujuan sebenarnya untuk berjumpa along. Firah terus menaik keretanya farish tanpa berkata apa-apa. Cukuplah mereka berbual di situ kang nanti pekerja lain nampak tak pasal-pasal jadi gosip pula.
       
           Betullah kata pepatah orang dulu malang tidak berbau, tanpa firah dan farish sedari ada mata yang memerhati kelibat mereka dari jauh. Siap ambil gambar lagi.

Setibanya di tempat yang mereka tujui, farish dan firah segera turun dari kereta lalu memasuki kedai makan itu. Saja sebenarnya dia suruh along mencari tempat yang mewah jadi agak privasi sikit untuk mereka. Takut pula nanti ada mata yang mengenali mereka. Cukuplah selama ni dia menutup rahsia mereka agar tiada siapa yang tahu latar belakangnya. Penat tahu tak!
        
         Sebenarnya dia sengaja untuk menyembunyikannya sejak kes tak jadi kahwinnya beberapa tahun yang lepas. Malu asyik kena serang oleh wartawan menyebabkan dia membawa diri ke Australia untuk belajar disana.  Sungguh pahit hidupnya waktu itu. Itupun nasib baik abah ramai kenalan yang dapat membantunya untuk menyembunyikan berita itu dari orang ramai kalau tidak memang dia taklah dia nak balik Malaysia. Sungguh memalukan.

“adik nak tanya along apa? Sampai ke sini kau bawa along lari” soalnya setelah selesai memesan makanan mereka. Pelayan itu beredar apabila tugasnya di situ selesai.

Perjalanan Cinta KitaWhere stories live. Discover now