3

7 0 0
                                    


               Setibanya di hadapan sebuah vila milik keluarganya, Tengku Fareeq membayar tambang teksi yang dinaikinya tadi sebelum berpisah dengan PA nya, Haziq. Dia sengaja membiarkan haziq pulang ke kampung untuk masa yang lama. Dia tahu haziq terlalu rindukan keluarganya tetapi disebabkan dirinya haziq sanggup berkerja dan menetap di London bersamanya. Sungguh dia kagum dengan semangat haziq demi keluarganya. Tengku fareeq memandang pagar yang tinggi dihadapannya. Dia tidak sangka yang papa nya memiliki vila yang begitu cantik di Malaysia. Memang betul lah orang kata papa ni cilik orangnya sampai dia sendiri pun tidak tahu mengenai vila mewah ini.

              Dia menekan butang loceng pagar. Beberapa saat berlalu pagar masih tidak menunjukkan ianya di buka. Untuk kali kedua tengku fareeq menekannya sekali lagi. Akhirnya, muncul seorang wanita yang tidak dikenalinya. Melihat pada pakaian, dia tahu yang wanita itu adalah pembantu rumah dekat vila itu.

"encik ni siapa?" Tanya pembantu rumah papanya.

Dia tersenyum. Itulah salah dia juga tidak memberitahu papa yang dia akan tiba pada petang nanti.

"saya Tengku fareeq anak kepada Tengku arif. Bos besar vila ni" jawabnya lembut berbaur dengan gurauannya tadi.

Wanita itu terkejut dengan apa yang disampaikan tengku fareeq tadi. Dia segera menekan remote membuka pagar untuk Tengku Fareeq.

"Saya minta maaf tengku. Saya tak berani nak buka pagar tadi. Takut tuan marah kalau orang sebarang masuk rumah" terang pembantu rumah itu lalu mengambil bagasi yang ada di tepi Tengku Fareeq. Tengku Fareeq melihat kejadian itu lalu menghalang pembantu rumah itu dari mengambil bagasinya.

"takpe mak cik biar saya yang angkat beg ni. Lagipun beg ni berat sangat." Tengku fareeq mengambil bagasi lalu berjalan masuk sambil memerhati kawasan luar vila yang sangat luas. Dia meninggalkan wanita itu di belakangya. "Cantik.." getus hatinya semasa memasuki vila itu. Dia tertarik dengan idea dan konsep dalam vila itu.

"tengku mari saya tunjukkan bilik tengku" ajak wanitu itu. Dia sekadar mengikut langkah wanita dia hadapannya itu. Naik beberapa anak tangga dia berhenti. Wanita itu melihat kearah nya.

"takpe. Mak cik beritahu saja bilik saya dekat mana. biar saya cari sendiri."

"bilik tengku di tingkat 3." Jawab wanita itu.

"ok nanti saya cari." Seketika dia hendak beredar dari situ Tengku fareeq melihat wanita itu semula. "oh ya papa dan mama mana?. Lagisatu maaf sebab lambat tanya nama mak cik siapa ye?" soalnya tersengih. Segan disebabkan khilafnya sendiri dari tadi wanita itu bersamanya boleh pula dia lupa nak tanya nama. Hish..buat malu saja muda2 lagi dah pelupa papa dan mamanya pun salah juga kenapalah dari tadi tidak muncul-muncul menyambutnya. Kalau tidak perkara macam ni takkan berlaku tadi.

Wanita di hadapannya itu senyum. "tengku panggil je mak tam. Tuan dan puan ada kat taman belakang rumah kejap lagi mak tam panggilkan."

"takpela mak tam. Saya naik dulu nak bagi segar badan ni kejap lagi saya turun. Lagisatu tolong bagitau mama dan papa tak perlulah naik atas nak jumpa eq nanti selepas mandi semua eq turun jumpa diorang" pesannya pada mak tam.

"baik tengku." Mak tam mengangguk akur dengan apa yang didengarinya tadi.

                   Tengku fareeq beredar dari sini. Dia menuju ke arah lif yang ada dalam rumah itu lalu naik ke biliknya. Sekali lagi dia terpegun apabila melihat hanya ada satu pintu sepanjang tingkat itu. Takkanlah seluruh kawasan di tingkat itu miliknya seorang. Dia tidak sabar untuk melihat ruangan di sebalik pintu itu. Dan sekali lagi dia terkejut. Tanpa disedarinya, bibirnya mengukir senyuman teruja melihat ruangan bilik yang sama seperti yang dia inginkan. Papanya memang tahu sangat dengan cita rasanya.

"so how's your holidays? Best tak?" tanya rakan kerjanya, Sarah sambil duduk di hadapannya. Dalam banyak-banyak pekerja papanya hanya Sarah seorang saja yang tahu dia anak bos. Itupun lepas sarah ternampak gambar di telefonnya. Sejak dari kes tu, firah menukarkan semua gambar background yang ada familynya.

"apa yang bestnya kalau balik sini kerja belambak" jawab firah. Ralit sungguh dia membaca dokumen di mejanya. Sungguh dia bersyukur tidak menolak tawaran papanya untuk ada bilik kerja sendiri. Tidak sia-sia papa dan along memujuknya.

                     Walaupun pada mulanya sukar untuk dia terima tawaran papa dan along agar dia bekerja di situ tapi bila di fikir-fikirkan balik. Akhirnya dia akur tapi dengan syarat semua pekerja tidak perlu tahu status dirinya yang sebenar. Pada mulanya papa dan along menolak tapi disebabkan firah bekeras papa dan along mengalah dengan keputusannya.

"alahh.. kerja banyak pun kalau lambat siap takdenya bos nak marah. Kau kan special"

"banyaklah kau punya special. Kau tau tak kalau aku tak siap kerja bukan bos je tau yang marah siap dengan bakal bos sekali marah aku. Aku ok lagi bila papa je yang bebel tapi bila along yang masuk sekali semua gelaran pemalas dia panggil aku. Sakit telinga aku ni dengar."katanya geram siap dengan menunjuk telinganya. Sarah sekadar tergelak mendengarnya.

"kau ni pulak takde kerja ke? Siap bawa aku bual lagi ni kenapa?" tambah firah. Berani pula minah ni duduk selamba di hadapannya ni kalau ketua department dia tahu habis minah ni kena sembur.

"kau ingat kau seorang je yang banyak kerja aku takdelah. Eh hello!!!aku pun banyak kerja ok. Aku masuk bilik kau ni pun sebab nak ajak kau pergi lunch. Kau tu yang sayang sangat dengan kerja sampai lunch hour pun kau tak keluar makan."jelasnya sambil memetik jari.

"Eh hello!!! aku tanya kau sikit je kan tadi yang kau membebel panjang ni kenapa? Aku tau lah sekarang waktu lunch tapi aku malas nak keluar la. Kau pergi je lah aku tak nak." Bebelnya sambil meniru kelakuan sarah tadi.

"alahhh... firah. Jomlah teman aku makan sekali. Kau tak kesian ke dengan kawan kau ni dahlah cantik tapi makan sendiri nanti nampak sangatlah aku ni loner. Jomlah....kali ni aku belanja kau ok." Pujuk sarah bukannya dia tak kenal firah. Kalau di biarkan memang taklah minah tu makan selagi kerja dia tidak siap. Firah sekadar melihat Sarah lalu menyambung kerjanya semula.

               Sekali lagi sarah memujuk kali ni dia bergerak ke sebelah firah lalu merampas pen yang ada di tangan firah. Firah terkejut. Sarah tersenyum lalu menggeletek pingggang firah. Ini saja cara untuk firah temankan dia makan.

"ok...ok...aku..makan. aku teman kau!!! Aku teman kau makan!!!" jerit firah menggalah. Nasib baik semua staff sudah keluar kalau tidak mesti semuanya menuju ke biliknya untuk menyaksikan perkara yang berlaku.

"good. Jom" sarah tersenyum seraya membersihkan tanggannya seperti berjaya menyelesaikan kerja yang berat.

                      Firah patuh mengikut langkah sarah. Malas sungguh dia bertanya pada sarah megenai lokasi tempat makan mereka nanti. Dalam kepala Firah hanya memikirkan kerjanya yang masih berselerak di mejanya.

                      Setelah beberapa minit mencari kedai makan akhirnya sarah berhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran yang tidak jauh dari company papa Firah. Sungguh firah geram dengan sarah memaksanya keluar makan. Banyak masanya terbuang hanya kerana berpusing pusing mencari kedai makan. Mereka berdua menuju ke dalam restoran lalu memilih tempat duduk yang berdekatan dengan pintu masuk.

lama menunggu menu tanpa firah sedari dia sedang mengelamun. sarah yang sedar akan sikapnya itu segera  mengenakannya.

Sarah menggetuk meja depan firah. "kau termenung ni. Kenapa?".

firah terkejut.

"mana ada aku termenung. Aku Cuma ingatkan kerja yang berlambak kat atas meja aku tu hah" alasannya seraya membetulkan duduknya.

"ish.. kau ni masa makan pun mahu ingat kerja" bebel sarah. "orang kalau masa makan tu ingatlah nak makan apa. Ni tak nak juga ingat boyfriend kau yang tak habis-habis ngadanya kat meja tu." tambahnya. geram juga dengan firah ni. Haih... mahu kata apa lagi kalau dah seluruh keturunan kuat kerja. 

firah tergelak. lucu mendengar sarah menggelar kerja-kerja di mejanya sebegai boyfriend. Macam-macam betul perangai sarah ni.

Perjalanan Cinta KitaWhere stories live. Discover now