15

4 0 0
                                    

"Eh dhinah! You nampak tak apa yang I nampak tadi. Bukan main gedik lagi si firah tu kan." Panggil rose ke meja sebelah. Biasalah dalam company ni memang Dhinah seorang saja rakan gosipnya. Harapkan yang lain memang tak rancaklah bawang mereka.

"Haah...kan. Pantang jumpa orang kaya mesti mengeletis. I heran betullah" sahutnya di meja sebelah.

"Itulah pasal sebelum ni tuan rahman dan anaknya sekarang tengku pula dia nak kebas. Dasar perempuan murah" marah rose. Dia selalu cemburu bila semua tumpuan lelaki adalah firah bukan dia. Dia pun apa kurangnya dahlah seksi, tinggi seperti miss world tapi satu pun tak pandang.

"Rose...I rasa kan baik you mulakan plan you nak khawin dengan orang kaya. Sebab I dengar firah yang handle projek baru tu. Dah alang alang tengku tu pun join sekali dalam projek tu. Baik you pikat dia"

"Ishh... Taknak la I. Kalau nak pikat tengku tu I kena join dalam projek tu sekali. Malaslah nak handle projek besar nanti takde masa nak shopping"

"Betul juga. Lagipun, you tak hebat macam firah" tutur dhinah selamba tanpa sedar yang dia sedang menyimbah minyak ke dalam api.

"Dhinah!! You jangan nak melampau. You sedar tak apa yang you cakap" jeritnya kecil lalu melemparkan pen yang ada di tangannya. Pakk!!!. sasarannya tidak tepat. Pen itu terkena dinding meja sarah.

         Sarah yang terganggu menggangkat kepala. Dia melihat ke arah meja dhinah dan rose yang duduk bersebelahan.

"Korang dah kenapa?" Soalnya bengis.

Panas hati sarah dibuat mereka. Kalau kepalanya kena tadi memang siap mereka berdua. Sudah pasti dia denda dengan kerja yang banyak.

Dhinah yang mula takut dengan pertanyaan Sarah segera memohon maaf. "Maaflah sarah. Kami tak sengaja" mohonnya lembut.

"Ni mesti bawang korang kali ni sedap kan. Tambah lagi sekarang ni banyak cerita sensasi yang nak di gosipkan" perli sarah. Sarah pun apa kurangnya dalam bab sindir menyindir orang. Kalau saja itu menjadi aktiviti sukan sudah pasti dia yang akan menang.

"Mana ada. Dhinah tadi nak pinjam pen I tapi I terlempar jauh. You okay tak? Manalah tau kepala you kena" rose yang sedari tadi menyaksikan gelagat sarah dan dhinah tiba tiba bersuara. Panas pula hatinya di bilang membawang walaupun ada betulnya.

" Dah kenapa kak oiii..? Tergigit lidah sendiri ke..." Perli sarah. Macamlah dia tak kenal perangai mereka dua. Kalau bab gosip memang top tapi kerja kelaut. Aku tak faham betullah company ni boleh lagi pakai orang macam mereka.

Rose mengetus marah. Nak backup member kita pula yang nampak salah. Dhinah hanya membiarkan sarah dan rose bergelut mulut. Member tak member kalau dah melibatkan sarah takut dia bhaii. Kalau kak sera tu orang kanan bos besar sarah pula orang kiri.

        Semua masalah pekerja dalam company ni kena jumpa sarah dulu lepas tu kak sera dan terakhir sekali bos besar. Sebab tu bila salah di mata sarah maka salahlah di mata bos besar. Sarah ni nampak je biasa dia sebenarnya memiliki pendidikan tinggi dan bijak dalam menyelesaikan masalah pekerja. Antara sebab dia menjadi kepercayaan bos walaupun nampak saja kuat bergurau. Bila bertindak memang bijak dan saksama orangnya.

"Rose dahlah tu. Baik you sambung balik kerja you tadi" pujuk dhinah. Takut pula dia nanti kena tindakan tatatertib. Bahaya tu.

"Ish...iyalah. Iyalah" rose mengalah.

          Firah sedari tadi memandu tiba tiba membolok ke tepi jalan lalu memberhentikannya.

"Why do you stop the car? I thought you drive sampai hujung dunia tadi." Perli tengku fareeq di sebelahnya.

Perjalanan Cinta KitaWhere stories live. Discover now