14

3 0 0
                                    

"takde apa. Aku saja nak jumpa kau" lembut sarah berbicara seraya duduk di kerusi hadapan firah. "Apesal...meja kau berhambur? Kau kenapa macam baru lepas gaduh?" Tambahnya.

"Iyala tu nak sebab kau nak jumpa aku. Kau nak tanya pasal gosip baru aku kan? Apa kau ingat aku ni artis banyak gosip sensasi" dia sengaja tidak jawapan soalan terakhir dari sarah. Kalau dia beritahu bertambah gosip mengenainya nanti.

Sarah tersengih.

        Habis terbongkar niatnya datang situ. Ingatkan boleh borak kosong sambil korek kejadian tadi. Tapi dia salah bak kata orang putih "don't judge a book by its cover". Firah memang dah boleh baca perangai sebenarnya. Haha

"Aku kenal kau lama sarah. Perangai kau ni pun aku dah masak so kau jangan nak berlakon." Jelas firah sambil membelek kertas kerjanya tadi. Habis bersepah kertas kertas tu di buatnya. Ni semua mamat tu punya pasal. Haishh..geramnya masih terbuku.

"Ermm...aku" tutur sarah perlahan.

"Stop before you tanya soalan macam macam. I give you the answer...takde benda yang jadi tadi okay. Fullstop!!" Bidasnya pantas. Ada banyak kerja yang menantinya sekarang. Layan soalan dari sarah sudah tentu menambah stress pada kepalanya.

Sarah terkesima.

       Terlepas lagilah peluang dia jadi FBI tidak berbayar. "Okaylah kalau macam tu. Aku keluar dululah... Apa kau ingat kau saja yang sibuk. Aku pun sibuklah. Aku ni datang nak lawat kau tu pun kena halau. Jahat apalah jadi member" rungut sarah. Memang dia sengaja membebel begitu padahal dia pun sudah lali dengan sikap firah.

         Sikap firah semasa bekerja memang agak jauh dari firah selepas waktu bekerja. Sebab itu jugalah firah terkenal di semua syarikat besar. Dia terkenal sebagai seorang jurutera yang sangat berwibawa dan cekap dalam bekerja. Bagi firah kerja adalah benda paling utama. Jadi bila bekerja dia auto berubah menjadi seorang yang sangat tegas kadang jadi singa.

"Aku bukannya menghalau tapi aku ada banyak kerja sekarang. Next time, aku belanja kau minum. Kau sebut je apa kau nak. Aku bayar. Kalau kau nak makan di hotel 5 bintang pun aku on." Pujuknya. Dah macam pujuk boyfriend rasanya. Agak agak bila lagi dia dapat merasa ada boyfriend.

         Sarah yang mendengar pujukan itu terus melompat girang. Ini yang sudah lama dia nantikan. Sebelum ni rajin firah membelanjanya tapi atas sebab kekangan kerja aktiviti mereka terhenti. Akhirnya, penantiannya bakal tercapai. Dia suka bila firah yang belanja memang tidak berkira anak bosnya itu. Apa pun yang dia mahu firah ikut plus firah juga selalu bayarkan. Alhamdulillah...murah rezeki firah.

"Hehe... janji. Jangan pula kau cancel. Iyala kau kan sekarang dah dapat projek baru. Dahlah dapat bos tengku.  Hensem pula tu. Eee..kalau aku kan hari hari aku jumpa dia nak cuci mata." Bukan main gedik lagi gayanya. Bayangkan wajah Tengku Fareeq saja dia berbunga ni kan pula jumpa hari hari lagilah dia berbunga.

Firah malas bersuara.

Dia membiarkan sarah bercerita sendiri. Entah apa yang bagus sangat pada Tengku Fareeq sedangkan dia yang jumpa sebentar pun dah meluat. Nasib rupa hensem harapkan perangai macam langit dan bumi.

         Puas sungguh hatinya dapat mengenakan firah. Melihat wajah merah firah tadi. Dia semakin yakin yang firah pasti akan membencinya. Tapi itu semua tidak penting yang penting sekarang adalah rancangannya untuk menghentikan perkhawinan itu. Tengku fareeq tersenyum puas seraya mengerling jam tangannya. Jarum menunjukkan waktu rehat akan bermula beberapa minit lagi.
Nampaknya masih ada peluang untuk dia menggenakan firah sekali lagi. Tengku fareeq segera mengeluarkan telefon lalu menghubungi haziq. Tanpa menunggu lama haziq mengangkat panggilannya.

Perjalanan Cinta KitaWhere stories live. Discover now