Bab 2

3.4K 77 1
                                    

"Haaa..." entah untuk keberapa kali aku mengeluh macam ni pun aku tak tahu. Terlalu banyak kerja yang aku kena selesaikan beberapa minggu kebelakangan ni. Tak kira kerja melibatkan hal pejabat ataupun organisasi sendiri.

Penat.

Jujur penat.

Semenjak aku dapat maklumat soal organisasi Blood Rose, kerja aku makin bertambah banyak. Bahkan sampai sekarang pun, aku masih lagi tak dapat apa-apa maklumat soal ketua organisasi tu. Sampai bilik kerja aku penuh dengan kertas-kertas untuk cari maklumat ketua diaorang saja.

Tuk. Tuk. Tuk.

Sedang sibuk aku teliti melihat tablet, tiba- tiba pintu kayu bilik kerja aku diketuk dan tak lama lepas tu susuk tubuh orang yang megetuk pun kelihatan. 

Keir.

Muka dia aku tenung dengan raut wajah hairan. Ada apa-apa ke budak ni?

"Nak apa?" Soalku datar.

"Aku nak panggil kau turun makan." Balas Keir tenang tapi tidak dengan wajahnya. Dari raut wajah dia seperti ada yang dia sembunyikan. 

Tapi apa?

Tanpa fikir panjang, aku terus bangun dari kerusi dan berjalan ke arahnya.

"Keir, are you hiding something from me?" Tanyaku dengan tenang sambil memegang bahunya. Dapat aku lihat dia hanya menelan air liurnya dengan kelat selepas mendengar soalan aku.

"Mana ada. Eh dah lah jom turun makan. Semua dah tunggu tu." balasnya dengan suara yang tenang agar dia dapat mengaburinya. Tetapi riak wajahnya masih tidak berubah. Hanya helahan nafas yang dapat aku berikan selepas mendengar jawapan Keir.

"Kier. You know aku ni orang yang tak mudah untuk ditipu right. So you better tell me the truth, before I make you." Tatapan yang serius aku berikan dan sekali lagi halkumnya bergerak sebelum dia menarik nafas dalam-dalam.

"Fine, I will tell you. But, apa-apa saja benda yang keluar dari mulut aku nanti kau jangan marah tau." Pinta Keir dengan nada yang bercampur baur. Aku memang rasakan pelik dengan permintaan  Keir ni, tapi di sebabkan perasaan ingin tahu soal apa yang bermain di fikiran dia  lebih tinggi berbanding dengan permintaan dia tu, aku hanya akurkan saja.

Sekali lagi dia menarik nafas sebelum mengatur ayatnya.

"I heard you will married with papa's friend daughter." Soal Keir. Aku tak terkejut dengan soalan dia tentang hal ni, tapi aku tak sangka hal ini yang jadi masalah dalam fikiran dia. 

"Is that true?" Aku hanya mengangguk.

"Kau yakin dengan keputusan ni?" Aku angguk lagi. Dan kini satu helahan nafas yang di lepaskan oleh Keir.

"Erix, you know the risks if you involve in any relationship right? Dia tu cuma orang biasa. Dia tak tahu apa-apa soal dunia mafia, kahwin dengan orang macam kita ni. Wei... macam-macam boleh jadi. Aku takut kau yang patah hati lagi lepas apa yang dah jadi dekat kakak dulu." Tambah Keir dengan nada risau.

Aku faham kerisauan yang Keir rasakan. Jujur aku pun fikir benda yang sama. Tak bersedia untuk kehilangan untuk kali kedua. Tapi aku kena yakin dengan keputusan yang aku buat ini.

"I don't care if I'm hurt in the end. Aku akan cuba sedaya upaya untuk jaga dia sepenuh hati aku. I will protect her."

"Even kau tak cintakan dia?" Aku hanya mengangguk. Ikhlas dari hati.

"Yes, even I'm not loving her. I will marry and protect her with all my strength." Jelasku. Sungguh, walaupun hati aku sudah lama mati selepas kematian Amanda empat tahun lepas.

LOVE'S MELODY [OG]Where stories live. Discover now