Bab 5

3.9K 55 8
                                    

Warning: Chapter ni penuh dengan keganasan dan darah.


"Hahhh" Sedari tadi hanya yang itu saja yang aku dengar dari orang sebelah aku ni.

"Haaaaaahhhhhhhh" Dan semakin lama semakin panjang bunyinya.

"HAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHH-"

"Kau ni dah kenapa!?" Kini kesabaran aku sudah menghilang. Makin lama makin kuat dan panjang pula bunyi dia buat. Orang yang ditegur itu hanya mencebikkan bibirnya kehadapan. Dah mcam itik aku tengok.

"Kenapa abang heret aku datang sini? Bosanlahhhh!"

Ya. Aku heret Keir untuk teman aku fitting baju kahwin aku dengan Adreanna. Dan aku tahu yang Keir tengah sumpah serapah aku dalam hati sebab aku paksa dia ikut sekarang ni.

"Ehh.. aku bawa kau teman aku supaya kau tu tak membongkang je dekat rumah. At least kau teman aku ni ada juga kerja kau."

"Kerja apanya... tunggu kau fitting baju? Bosanlahhh! Baik aku duduk rumah. Tido. Lagi bagus."

"Eh kau! Aku cepuk juga kepala kau tu kang." Keir hanya menjeler lidahnya apabila aku acah untuk memukulnya. Tapi belum sempat aku berbuat apa-apa, kedengaran bunyi langsir dari fitting room.

Adreanna keluar dengan baju pengantin pilihannya.

"Ermm.. macam mana? Okey tak?" Soalnya. Aku hanya mengganggkan saja.

"Good. It's suit with you honestly." Komenku. Jujur baju tu kena dengan bentuk tubuh Adrenna yang berbentuk macam jam pasir tu. Bukan sebab aku saja nak puji okey.

"Awak punya baju dah dapat?" Soalnya lagi. Dan kini aku hanya menggelengkan kepala pula.

"Lah. Kenapa tak dapat? Awak tak berkenan ke dengan baju-baju dekat sini?" Aku menggeleng lagi.

"Bukan tak berkenan. Tapi takde saiz aku." Jelasku. Tapi Keir hanya gelakkan aku.

"Ha itulah. Siapa suruh besar sangat badan kau tu bang. Kan dah susah nak cari baju kahwin. Hahahaha." Gelaknya. Puas ejek aku budak ni.

"Diam ah kau." Balasku sambil menjulingkan mata keatas. Adreanna hanya gelak melihat telatah kami dua beradik.

"Keir, abang awak badan dia besar sebab otot. Bukannya sebab lemak. Kan Erix."

"Err..." Terhenti gelak Keir selepas dengar apa yang Adreanna cakap pasal badan aku.

"Hmm... yelah. Abang kan badan berotot. Idaman semua perempuan. Tak macam Keir..." Lah. Merajuk pulak budak ni. Aku hanya melihat muka Keir dengan riak meluat. Dan sekali lagi Adreanna tergelak melihat telatah Keir.

Yang bakal isteri aku ni pun kenapa. Gelak je memanjang. Kenapa? Aku dengan Keir ni muka macam badut ke apa? Mudah sangat terhibur dia ni.

"Kenapa Keir cakap macam tu? Kalau Keir nak tahu. Keir ni adalah lelaki tercomel yang Adreanna pernah jumpa." Setelah mendengar ucapan dari Adreanna tadi, terdapat sinaran kegembiraan di balik mata Keir.

"Betul ke?" Adreanna hanya mengangguk. Dan muka Keir lagi bertambah gembira melihat respon daripada Adrenna. Aku hanya menepuk dahi.

"Syoklah tu. Kena puji dengan perempuan." Kini Keir mencebik lagi.

"Eleh... bagilah orang can kena puji pula. Asyik kau je dapat. Aku pun nak jugak." Bidasnya sambil memuncungkan bibir. Kalau ada getah atau tali, memang dah lama aku ikat muncung itik dia ni. Geram.

"Kau... aku rasa macam nak ikat-ikat je mulut muncung kau tu sekarang ni Keir. Cakap tu macam takde insuran." Balasku pula. Dan siapa sangka di keranakan perang mulut antara kami dua beradik telah mencetuskan gelak besar si Adreanna.

LOVE'S MELODY [OG]Where stories live. Discover now