"Erix. Jom keluar makan!" Pintu bilik pejabat milik aku dikuak luas oleh sahabat baik aku, Arish Malek. Kawan sebangku dari zaman sekolah menengah lagi.
Dia masuk ke dalam pejabat aku seperti pejabat ni hak dia. Mentang-mentang aku CEO dekat syarikat ni, boleh-boleh je buat sesuka hati dia. Haish.
"Erix! Jomlah. Yang lain dah tunggu nak lunch dengan kau tahu tak. Dah lama kau tak keluar lunch dengan kitaorang." Pujuk rayunya ke aku panjang lebar. Tangan aku secara automatik berhenti menaip dipapan kekunci. Jam di tangan dikerling sekilas menunjukkan sudah masuk jam 1:20 petang.
Lunch time.
Satu keluhan kecil dikeluarkan sebelum aku menutup Window Desktop di pc. Tanpa banyak soal, aku terus bangun dan bergerak kearah pintu tempat di mana Arish berdiri .
"Jom." Ucapku pendek sambil berjalan keluar dari ruang pejabat itu.
Dapat aku lihat sinar mata Arish dengan jawapan aku. Kerana dia tahu betapa susahnya dia nak ajak kawan baiknya yang sorang ni untuk keluar lunch sekali. Apatah lagi melepak.
Selepas Keir motivasikan aku tentang kematian Amanda dua tahun lepas, aku lebih banyak habiskan masa bersendirian. Jarang bersosial dengan orang, walaupun dengan kawan-kawan aku. Melainkan hal-hal penting, baru aku keluar dengan mereka. Selain dari tu memang tak lah nok oi.
Bukan sebab aku tak boleh maafkan diri aku lagi dengan pemergian Amanda. Cuma untuk langkah berjaga-jaga. Aku tak mahu orang lain pula jadi mangsa di sebabkan diri aku. I love them and I don't want to lose them.
Better keep the distance daripada ada yang terluka.
Itu yang aku pegang dalam diri aku semenjak Keir ingatkan aku untuk memaafkan diri sendiri.
Empat tahun sudah kes kematian Amanda ni. Dua tahun aku dihantui oleh rasa bersalah dan dua tahun setelah itu jugak aku bangun balik untuk memaafkan diri aku dan dalam masa yang sama mencari maklumat tentang siapa dalang dalam kes empat tahun lepas.
Tapi hasil dia kosong. Aku masih tak jumpa siapa dia, orang yang nak bunuh aku tu sampai kakak aku sendiri jadi mangsa.
"Erix!" Lamunan aku diganggu oleh suara lantang dari Arish yang memanggil. Aku menoleh melihat wajahnya sambil mengangkat sebelah kening ke arahnya. Dapat aku lihat keteganggan di riak wajah Arish.
But why?
"What?" Namun dia hanya menggeleng.
"Nothing...nanti jelah aku cakap. Takut ada orang lain yang dengar dekat sini." Aku yang mendengar ayatnya itu faham apa yang dia ingin sampaikan. Tak lain tak bukan soal,
Organization.
Aku hanya menganggukkan kepala sebagai tanda faham. Hanya keheningan yang mengiringi kami selama perjalanan kami keluar dari tempat kerja aku.
Tempat biasa yang selalu kami melepak menjadi pilihan mereka untuk keluar lunch hari ni. Aku memarkir kereta agak jauh dari kedai di sebabkan sesak dengan kereta-kereta di perkarangan kedai dekat situ. Biasalah lunch hour kan.
Dalam perjalanan,telefon aku berdering. Dan bila dilihat, tertera nama klien aku. Tanpa mengambil banyak waktu, panggilan tersebut terus aku angkat dan menyuruh Arish untuk pergi berjumpa dengan yang lain dahulu tanpa menunggu.
Hampir 20 minit juga kami berbincang soal projek yang akan datang. Telefon yang telah aku matikan layarnya terus aku masukkan ke dalam kocek seluar. Dan tanpa membuang masa, aku terus berjalan menuju ke kedai makan.
![](https://img.wattpad.com/cover/342795919-288-k984116.jpg)
YOU ARE READING
LOVE'S MELODY [OG]
Художественная прозаDingin dan kejam. Itulah gambaran bagi sosok lelaki yang bernama Erix Iskandar atau juga dikenali sebagai Erix Drystan yang merupakan seorang CEO dan juga ketua kongsi gelap yang dikenali dengan cara mereka tersendiri yang berasaskan undang-undang n...